**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, May 19, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU WANITA UMNO BAGAN PINANG

AJK PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN BAGAN PINANG BERSAMA PENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG

KUMPULAN NASYID NUR HUMAIRAH YANG MENGHIBURKAN TETAMU YANG HADIR PADA MAJLIS INI

Majlis ini telah diadakan pada 17 Mei 2009, bertempat di Dewan Orang Ramai, Bagan Pinang. Tetamu Kehormat untuk majlis ini ialah Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato' Haji Abd Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.

Hadir sama ialah YB Azman bin Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang bersama isteri.

Majlis ini telah diserikan dengan nyanyian nasyid dari kumpulan Nur Humairah, bacaan sajak, cabutan bertuah, acara memotong kek hari ibu dan pertunjukan Busana Muslimah.

Majlis ini telah menganugerahkan Keluarga Cemerlang kepada Puan Hajah Salmah binti Mohamed (balu kepada Allahyarham Cikgu Musa bin Bakri) yang telah mendidik 11 orang anaknya sehingga berjaya ke menara gading dan menjawat jawatan tinggi dalam kerjaya masing-masing.

Majlis ini juga telah menganugerahkan jasamu dikenang kepada veteran UMNO, Puan Hajah Munah binti Sentut (bekas ketua wanita UMNO Bagan Pinang) dan Puan Hajah Rasiah binti Bakri (bekas setiausaha wanita UMNO Bahagian Port Dickson tahun 60an) dan juga menganugerahkan pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM anak-anak Bagan Pinang.

Majlis ini telah mendapat sambutan memberangsangkan dan diluar jangkaan penganjur. Sehubungan dengan itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bagan Pinang, Puan Hajah Zaimah binti Zakaria mengucapkan jutaan terima kepada semua AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.
Sekalung budi penghargaan kepada semua penyumbang yang sentiasa memberi sokongan kepada kami untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Syabas Wanita UMNO Bagan Pinang!

1 comment:

SangRajawali said...

Rakyat Tidak Akan Lupa Sejarah Pembohongan Terbesar 16 September ~ Jom sertai kempen No@AnwarIbrahim916 bagi mengigatkan kembali sejarah penipuan terbesar negara, kami akan adakan majlis besar besaran di blog kami menjelang detik 16 Sept. Lihatlah telenovela Anwar 16 Sept semua nya di
Semuanya dalam anak wayang - eh silap semuanya dalam NO2anwaribrahim.blogspot.com , anda di alu-alukan untuk berkunjung ke halaman kami.Hari ini Menu Pok Lak