**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, May 12, 2009

ZAMBRY TIDAK GILA KUASA SEPERTI NIZAR

Lagak seorang pemimpin harapan rakyat untuk memperjuangkan ISLAM? Bongkak sungguh!!!


Berbeza sungguh jika dibandingkan antara Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dengan Nizar Bintang Tiga.

Nizar Bintang Tiga memberontak seperti orang gila apabila hilang kuasa tetapi DS Dr Zambry pula menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Nizar Bintang Tiga sebagai menteri besar yang sah.

"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.

Zambry juga meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat negeri Perak supaya bertenang dengan perkembangan berkenaan.

"Kita akan kemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat secepat mungkin," kata Mohd Nizam.

17 comments:

dino_yp@yahoo.com said...

MB Boneka, memang camtu perangai nya.

Anonymous said...

mmg wajar. Apa lagi yg patut dibuat oleh Zambry? Rakyat jelas menolaknya dan kini mahkamah pula menolaknya. Cuma 3 Adun bebas yg terlompat-lompat tu jer yg menyokong beliau. Nizar jelas pentingkan rakyat, beliau dpt kuasa semula hari ini, hari ini juga beliau mengumumkan hak kuasa memilih kpd rakyat. Soalnya, beranikah Umno berdepan dgn p/Raya? Jika berani, buat apa nak merayu kes itu lagi?

Anonymous said...

siapa yg gila kuasa sampai jadi MB haram,DS NIzar tidak pernah dipecat,diberhentikan,kenapa D Zambry kalut nak jadi MB.hidung tak mancung pipi disorong sorong.berselindung di balik istana,tapi siapa yg mengusul dan meluluskan kuasa rajax di caci cela.PAS ke DAP ke PKR ke atau BN.
SOUR GRAPES.

Kamal said...

tau takpe...

Anonymous said...

Macam basi je blog korang nih. takkan la dalam 20 ribu pelawat, aku sorang je kasi komen. sian korang.. lawan blog pon kalah. takkpon sume comments ngutuk korang balik, sbb tu tak publish. hahaha. kesian

Anonymous said...

aku cabar ko publish comment aku tadi. hahaha.

Yangretibase said...

Assalamualaikum Sdr,
Nizar tidak gila kuasa. Nizar hanya mempertahankan haknya. Nizar hanya mempertahankan maruahnya.
Tetapi Zambrylah yang gila kuasa. Zambry melalui pakatan jahat di bawah naungan UMNO telah merampas kerajaan Perak secara haram.
Kalau Zambry tidak gila kuasa, dia sekali-kali tidak akan mengemukakan rayuan; terima sahaja keputusan Mahkamah Tinggi itu walaupun dengan hati yang hancur luluh.
Dan PM Najib yang berslogan untuk mendeahulukan atau mengutamakan rakyat, tunjukkan kejujuran dan integriti anda dengan mengadakan pilihan raya baru bagi seluruh Perak. Buat apa nak rayu-rayu lagi.
Mengapa takut kalah sangat? Terlalu lemah anda wahai PM Najib, lebih lemah daripada Pak Lah.
Sampai bila anda nak biarkan masalah kecil yang terlalu mudah untuk diatasi itu berlarutan?
Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar anda dihidayahi kebenaran oleh-Nya.
Wassalam. Tolong maafkan saya yang ikhlas.

Anonymous said...

Nak kata pa lagi?????????? padan muka hangpa!!! dah rampaih hak orang, cakap banyak pulo. kita sama-sama tengok apa dia nak buat.tak gila kuasa, sebab tu dia rakus. hangpa ni tak penah sedaq!!!.

Ahmad Putra said...

cakap nak sedapkan hati je ni...:-)

Yanaam said...

Zambry mahu terus pegang kuasa. Nizar mahu serah kepada rakyat Perak untuk tentukan siapa yang lebih berhak. Bukan gerenti Nizar dan Pakatan akan menang pun.

Siapa lebih gila kuasa?

nalapambu said...

BN/UMNO nampak jelas takut menghadai PRU di negeri Perak.

Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.

Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.

Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.

Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.

Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.

Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.

Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.

PR pasti akan dapat menawan semula Perak.

Anonymous said...

Aaaa. puak-pauk korang ni akan putar belitkan apa saja fakta.

kumb@ng said...

Salam Kak,

Ucapan MB Nizar yang gila kuasa...

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak.

Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya.

Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu.

Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama.

Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.

Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.

HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR

YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Anonymous said...

kau roshatika....balik pose telanjang lepas tu kau ambil gambar and masukkan dalam blog gila kau....tulis macam budak tak sekolah......

ROSHATIKA said...

Salam,

Saya publishkan semua komen supaya rakyat boleh menilai akhlak penyokong pakatan rakyat ini.

Pengecut Anonymous tu tunjukkanlah diri anda kalau betul-betul ada t****.

T. kasih

ROSHATIKA said...

Salam,

Saya nak tunggu tengok siapa yang Nizar lantik jadi exco.

Sedarlah bangsaku.

T. kasih

Ahmad Putra said...

nasib la Zambry dapat merayu dengan 'menangis' depan hakim. Kalau tak, malu weiii..selama ni kata BN benar rampas Perak dari sudut perundangan.

Sekarang mahkamah dah tetapkan depan salah...

Malu la UMNO weii

Dr Tg Malim