**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, May 11, 2009

NIZAR BERHADAPAN DENGAN UNDI TIDAK PERCAYA DI DUN PERAK?

Mahkamah Tinggi telah memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dalam keputusanya Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata Menteri Besar hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya sedangkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak mengadakan undi berkenaan keatas Nizar.

Kita menerima keputusan tersebut secara terbuka dan tidak akan sekali-kali menuduh hakim berat sebelah seperti yang selalu dilakukan oleh Pakatan Rakyat apabila mereka tidak memenangi kes.

Walaubagaimanapun saya difahamkan Datuk Seri Dr. Zambry boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi bagi menilai semula keputusan tersebut ataupun Dr. Zambry boleh berbalik kepada DUN Perak dan mengadakan undi tidak percaya kepada Nizar.

Seperti yang kita ketahui, majoriti DUN Perak sekarang adalah berpihak kepada BN, jadi keputusan Mahkamah ini bukanlah perkara yang sukar bagi Dr. Zambry.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat apakah kesudahannya apabila pergolakan politik di Perak memasuki pusingan kedua.

4 comments:

Anonymous said...

Tak yah lah kau nak komen... ATAS PAGAR

ROSHATIKA said...

Salam,

Saya berharap supaya pembaca blog ini tidak menghina sultan Perak diatas keputusan mahkamah petang tadi.

Sebenarnya komen-komen anda tersebut mencerminkan kerendahan akal anda semua.

Sultan Perak tidak harus dilibatkan dengan keputusan mahkamah ini.

T. kasih

jamilkucing said...

Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

Yangretibase said...

Assalamualaikum ROSHATIKA,
Anda tahu siapa speaker DUN Perak yang sah? Ganesan? Ganesan speaker haram jadah. Sivakumarlah Speaker DUN Perak yang sah. Jadi anda fikir adakah Sivakumar akan menerima usul undi tidak percaya terhadap Nizar yang akan dikemukakan oleh Zambry ?

Baiklah, katalah ya; Nizar dan kerajaannya tumbang. Apa yang akan berlaku selepas itu? Adakah secara automatis Zambry menjadi menteri besar Perak? Adakah Tuanku Sultan Perak akan berkenan melantik Zambry lagi dengan mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia?

Namun, kalau Zambry tidak secara automatis tertabal sebagai menteri besar setelah Nizar tumbang, satu
pilihan raya negeri Perak terpaksa diadakan! Maka inilah yang dihajati oleh Nizar sejak sekian lama.
Kesimpulannya: Sentiasalah kita ingat akan KEMAHABESARAN ALLAH SWT.
Sentiasalah kita mencari KEREDHAAN-NYA.