**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, May 12, 2009

RAKYAT MESTI DIUTAMAKAN DI PERAK


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak yang terlibat dalam kemelut politik di Perak harus mencari satu jalan penyelesaian secepat mungkin kerana masalah itu akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

"Kalau tidak ada satu pendekatan menyeluruh untuk menangani masalah ini kita bimbang kerana ia sudah berlarutan sekian lama dan oleh sebab itu semua pihak mungkin boleh melihat pendekatan lain walaupun ia ada kaitan dengan soal perlembagaan.

"Segala-galanya mesti kita lihat dari segi kepentingan rakyat. Walau apapun keputusan mesti tidak membelakangkan kepentingan rakyat dan sah dari segi undang-undang supaya rakyat tidak berhadapan dengan masalah kerana pentadbiran tidak boleh berjalan," katanya selepas melawat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran di Bukit Kiara di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyuarakan kesediaan untuk mencari titik persamaan untuk menyelesaikan konflik politik di Perak itu.

1 comment:

Mamak Penang said...

Salam,
Inilah dikatakan Pemimpin Rakyat.Bukan sekadar Ahli Politik tetapi Negarawan.Ini ahli politik Pakatan Rakyat cuma ingin Pilihan raya nak buktikan betapa egonya mereka ini.Dah tentu ke Depa ini boleh menang?.Wasalam.