Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengesahkan Nizar sah sebagai Menteri Besar Perak.
Dengan keputusan itu, Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar. Hakim Datuk Ramly Ali yang membuat keputusan itu berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh dalam waktu terdekat bagi mendengar rayuan Dr Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.
Menurutnya, keputusan ini membuktikan keterbukaan undang-undang negara serta amalan demokrasi. Harapan beliau, pihak pembangkang menerima keputusan tersebut dan tidak bertindak seperti sebelum ini yang tidak menerima keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan beliau dan enam Exconya.
"Seperti saya menerima keputusan Mahkamah semaam, saya harap mereka juga menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini," katanya pada sidang media di Ipoh.
Mengenai tindakan Nizar menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dr Zambry berkata, sesuai dengan penangguhan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu, penggantungan itu terbatal dan kedua-dua pegwai itu kekal memegang jawatan.
Beliau juga menegaskan, Barisan Nasional (BN) akan menjalankan tugas sebagai kerajaan negeri sesuai dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Ditanya apakah komen beliau sekiranya Nizar dan pembangkang tidak menghormati keputusan Makamah Rayuan itu, Dr Zambry berkata "ini keputusan mahkamah. Ia libatkan soal tata susila."
Kita tunggu adakah pemimpin pakatan rakyat akan menghormati keputusan mahkamah ini atau mereka akan bertindak gila sekali lagi.

1 comment:
kalau Zambry ada teloq... sila pakat dengan Nizar untuk mengadap Sultan untuk memohon dibubarkan DUN... kembalikan kepada rakyat untuk tentukan... Kalau Bn terus juga dengan rayuan... nampak sangat BN ni GILA KUASA.... negara ni kan negara demokrasi.. so kembalikan kepada rakyat... apa le sangat tentang kos pilihanraya jika hendak dibandingkan dengan sangsara rakyat akibat krisis ni... pelabur pun takut melabur sebab adanya ketidaktentuan.. yg ada di Perak pun mungkin lari keluar ke Selangor/Penang... negeri PR...
Post a Comment