**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Sunday, May 31, 2009

UNDI PKR MEROSOT DI PENANTI

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan undi merosot. Calonnya, Mansor Othman, menewaskan tiga calon Bebas dengan memperoleh 6,052 undi,

Keputusan ini menunjukkan undi yang diperolehi Mansor merosot berbanding 7,346 undi yang diperoleh Mohammad Fairus Khairuddin pada pilihan raya umum lalu.

Kemerosoton undi yang diperolehi PKR pada kali ini adalah sebanyak 1,294.

Jelas, rakyat sudah bosan dengan Pakatan Rakyat.

CUMA 46.15% MENGUNDI DI PENANTI

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti cuma 46.15 % atau 7,100 orang sahaja.

Demikian menurut pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Peratusan tersebut menunjukkan pengurangan yang ketara sekiranya dibandingkan 82.1% keluar mengundi dalam pilihanraya umum lalu.

Ini adalah petanda rakyat sudah mula bosan dengan permainan politik Pakatan Rakyat.

Thursday, May 28, 2009

PRK MANEK URAI 14 JULAI 2009

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan diadakan pada 14 Julai 2009.

Penamaan calon pula pada 6 Julai 2009. Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Ini bermakna tempoh berkempen ialah selama lapan hari.

Pilihanraya kecil itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat PAS Ismail Yaacob pada 23 Mei yang lalu.

Pada pilihanraya umum Mac 2008 lalu Allahyarham Ismail telah menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1, 352 undi.

Tuesday, May 19, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU WANITA UMNO BAGAN PINANG

AJK PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN BAGAN PINANG BERSAMA PENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG

KUMPULAN NASYID NUR HUMAIRAH YANG MENGHIBURKAN TETAMU YANG HADIR PADA MAJLIS INI

Majlis ini telah diadakan pada 17 Mei 2009, bertempat di Dewan Orang Ramai, Bagan Pinang. Tetamu Kehormat untuk majlis ini ialah Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato' Haji Abd Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.

Hadir sama ialah YB Azman bin Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang bersama isteri.

Majlis ini telah diserikan dengan nyanyian nasyid dari kumpulan Nur Humairah, bacaan sajak, cabutan bertuah, acara memotong kek hari ibu dan pertunjukan Busana Muslimah.

Majlis ini telah menganugerahkan Keluarga Cemerlang kepada Puan Hajah Salmah binti Mohamed (balu kepada Allahyarham Cikgu Musa bin Bakri) yang telah mendidik 11 orang anaknya sehingga berjaya ke menara gading dan menjawat jawatan tinggi dalam kerjaya masing-masing.

Majlis ini juga telah menganugerahkan jasamu dikenang kepada veteran UMNO, Puan Hajah Munah binti Sentut (bekas ketua wanita UMNO Bagan Pinang) dan Puan Hajah Rasiah binti Bakri (bekas setiausaha wanita UMNO Bahagian Port Dickson tahun 60an) dan juga menganugerahkan pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM anak-anak Bagan Pinang.

Majlis ini telah mendapat sambutan memberangsangkan dan diluar jangkaan penganjur. Sehubungan dengan itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bagan Pinang, Puan Hajah Zaimah binti Zakaria mengucapkan jutaan terima kepada semua AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.
Sekalung budi penghargaan kepada semua penyumbang yang sentiasa memberi sokongan kepada kami untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Syabas Wanita UMNO Bagan Pinang!

Friday, May 15, 2009

PAS PUN ADA POLITIK WANG?

Memeranjatkan! Menjelang Muktamar Agung PAS Jun ini, sudah ada cerita-cerita yang tidak sedap didengar berlaku dalam proses pemilihan parti tersebut.

Jika selama ini PAS mengaitkan UMNO dengan amalan rasuah politik, kini gejala itu dikatakan berlaku dalam PAS. Pendedahan tersebut bukanlah didedahkan oleh orang luar parti itu tetapi oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Daud Iraqi sendiri yang menyatakan wujudnya gejala membeli undi menjelang pemilihan parti itu pada muktamar yang akan diadakan di Shah Alam tersebut.

Mengulas mengenai pendedahan itu, Ahli Lujnah Politik PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun menggesa pucuk pimpinan parti tersebut menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh Mohamad Daud itu.

Katanya pendedahan itu memeranjatkan ahli-ahli parti dan memperlihatkan seolah-olah PAS sama dengan parti-parti lain.

“Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau (Mohamad Daud) sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar harus diambil terhadap beliau,” katanya.

Abdul Fatah yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata demikian di Kota Bharu sebagai mengulas pendedahan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi ‘hadiah’ kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu.

Menurut Abdul Fatah, Mohamad Daud yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

Thursday, May 14, 2009

HADI KEKAL PRESIDEN PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya setelah menerima 129 pencalonan daripada 170 PAS Kawasan. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut dicalonkan merebut jawatan itu tidak layak bertanding kerana tidak mendapat pencalonan yang mencukupi.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustapa Ali, menyatakan hanya 130 PAS Kawasan sahaja yang membuat pencalonan dan daripada jumlah itu hanya satu PAS Kawasan yang tidak mencalonkan Hadi.

Difahamkan hanya PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz. "Namun, Abdul Hadi hanya akan sah kekal sebagai presiden jika beliau mengembalikan surat tawaran mempertahankan jawatan sebelum 25 Mei ini, yang mana surat tawaran kepada semua calon yang layak bertanding sudah diedarkan sejak 11 Mei" katanya pada sidang media di Kuala Terengganu semalam.

Mustapa pada sidang media tersebut juga mengakui persaingan sengit berlaku untuk jawatan Timbalan dan Naib presiden. Bagi jawatan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok dikatakan akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta dua Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Pemilihan PAS kali ini dikatakan menjadi medan untuk ahli-ahli parti itu menentukan sama ada kumpulan ‘Erdogan’ iaitu kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menguasai kepimpinan parti berkenaan.

Tuesday, May 12, 2009

RAKYAT MESTI DIUTAMAKAN DI PERAK


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak yang terlibat dalam kemelut politik di Perak harus mencari satu jalan penyelesaian secepat mungkin kerana masalah itu akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

"Kalau tidak ada satu pendekatan menyeluruh untuk menangani masalah ini kita bimbang kerana ia sudah berlarutan sekian lama dan oleh sebab itu semua pihak mungkin boleh melihat pendekatan lain walaupun ia ada kaitan dengan soal perlembagaan.

"Segala-galanya mesti kita lihat dari segi kepentingan rakyat. Walau apapun keputusan mesti tidak membelakangkan kepentingan rakyat dan sah dari segi undang-undang supaya rakyat tidak berhadapan dengan masalah kerana pentadbiran tidak boleh berjalan," katanya selepas melawat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran di Bukit Kiara di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyuarakan kesediaan untuk mencari titik persamaan untuk menyelesaikan konflik politik di Perak itu.

TERBARU!!! NIZAR ENGGAN KELUAR PEJABAT MB


MAKLUMAT TERBARU YANG DI TERIMA, NIZAR BINTANG 3 MASIH ENGGAN MEMATUHI KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG 'MENANGGUHKAN PERLAKSANAAN' KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SEMALAM.

HEBATNYA DR ZAMBRY, SEJURUS SELEPAS MENDENGAR KEPUTUSAN SEMALAM, DIA BERSIKAP PROFESIONAL KELUAR DARI PEJABAT MB SEBAGAI MEMATUHI KEPUTUSAN .

DAN HARI INI, NIZAR BINTANG 3 TERUS BERKELAKUAN SUMBANG. EGO NYA SUDAH TIDAK BERTEMPAT, BODOH SOMBONGNYA MENCAPAI TARAF DEWA.

AKU DAPAT RASAKAN NIZAR BINTANG 3 SUDAH MENTAL, JIWANYA KACAU DAN WAYAR OTAKNYA SUDAH PUTUS !

AYUH BANGSAKU..PERTAHANKAN ISLAM DARIPADA TERUK DILACURKAN OLEH PAS,NIZAR BINTANG 3 DAN ANWAR ATTATURK !

MELAYU SUDAH BANGKIT ! SUDAH BERSEDIA MENOLAK PAKATAN PENGGADAI !
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

PAS MERANCANG KEJAHATAN TERHADAP ISLAM, NAMUN PAS LUPA PERENCANAAN ALLAH SWT LEBIH BAIK !

~ http://www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

NIZAR BELUM MB


Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengesahkan Nizar sah sebagai Menteri Besar Perak.

Dengan keputusan itu, Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar. Hakim Datuk Ramly Ali yang membuat keputusan itu berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh dalam waktu terdekat bagi mendengar rayuan Dr Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Menurutnya, keputusan ini membuktikan keterbukaan undang-undang negara serta amalan demokrasi. Harapan beliau, pihak pembangkang menerima keputusan tersebut dan tidak bertindak seperti sebelum ini yang tidak menerima keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan beliau dan enam Exconya.

"Seperti saya menerima keputusan Mahkamah semaam, saya harap mereka juga menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini," katanya pada sidang media di Ipoh.

Mengenai tindakan Nizar menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dr Zambry berkata, sesuai dengan penangguhan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu, penggantungan itu terbatal dan kedua-dua pegwai itu kekal memegang jawatan.

Beliau juga menegaskan, Barisan Nasional (BN) akan menjalankan tugas sebagai kerajaan negeri sesuai dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Ditanya apakah komen beliau sekiranya Nizar dan pembangkang tidak menghormati keputusan Makamah Rayuan itu, Dr Zambry berkata "ini keputusan mahkamah. Ia libatkan soal tata susila."

Kita tunggu adakah pemimpin pakatan rakyat akan menghormati keputusan mahkamah ini atau mereka akan bertindak gila sekali lagi.

NIZAR BINTANG TIGA BALAS DENDAM

Langkah pertama Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak apabila Nizar bintang tiga diisytiharkan Menteri Besar yang sah adalah menggantung setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid.

Keputusan menggantung dua pegawai kanan ini dilihat kerana menyokong kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry.

ZAMBRY TIDAK GILA KUASA SEPERTI NIZAR

Lagak seorang pemimpin harapan rakyat untuk memperjuangkan ISLAM? Bongkak sungguh!!!


Berbeza sungguh jika dibandingkan antara Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dengan Nizar Bintang Tiga.

Nizar Bintang Tiga memberontak seperti orang gila apabila hilang kuasa tetapi DS Dr Zambry pula menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Nizar Bintang Tiga sebagai menteri besar yang sah.

"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.

Zambry juga meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat negeri Perak supaya bertenang dengan perkembangan berkenaan.

"Kita akan kemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat secepat mungkin," kata Mohd Nizam.

NAJIB `CHECKMATE' ANWAR

1. AnWAR tersentak dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah. Keputusan ini pasti memeningkan AnWAR untuk terus menyalahkan mahkamah yang tidak telus dan tidak adil dalam membuat keputusannya.

2. AnWAR sedar dengan majoriti 28 orang pembangkang dalam DUN Perak, bila-bila masa Perak bakal dirampas kembali BN apabila persidangan DUN diadakan kelak. Tambahan pula pembangkang perlu juga menerima keputusan mahkamah yang membenarkan DS Zambry, 5 exconya dan 3 ADUN bebas menghadiri sidang DUN. Dengan speaker di tangan BN, pembangkang bakal menemui jalan sukar mengekalkan Nizar sebagai MB.

3. Helah untuk mengekalkan sidang bawah pokok nanti bakal mendedahkan PAS, PKR dan DAP mengamalkan 'double standard' dalam menerima keputusan mahkamah. Maka taktik AnWAR adalah mengheret rakyat ke kancah pilihan raya semula sebelum sidang DUN Perak nanti.

4. AnWAR menerusi DAP dan Nizar sengaja mengajak rakyat ke kancah pilihan raya semula bagi menutup kelemahan pembangkang yang punya kurang majoriti di DUN Perak. mereka sengaja mengumumkan mahu pilihan raya semula sedangkan kuasa membubarkan DUN adalah hak mutlak Baginda Sultan Perak.

5. Tambahan pula dikhabarkan DS Zambry dan barisan exconya sedang meninggalkan pejabat masing-masing dengan aman dan penuh kerjasama. AnWAR mengharapkan MB dan exco BN ini melawan serta tidak mahu meninggalkan pejabat dengan aman, maka AnWAR akan 'spin' isu dengan katakan BN memang samseng serta tidak menghormati keputusan mahkamah.

6. AnWAR kini sedang berkahak dan meludah ke arah langit, dan kahak serta ludahnya bakal terkena di mukanya sendiri.......

~ http://www.x-pkr.blogspot.com/

Monday, May 11, 2009

HIKMAH DISEBALIK KEPUTUSAN MAHKAMAH

NIZAR BINTANG TIGA YANG BONGKAK!

Jangan bersedih dengan keputusan mahkamah petang tadi. Sudah tentu setiap apa yang ditakdirkan Allah ada hikmah disebaliknya.

Keputusan tersebut sebenarnya membuktikan bahawa mahkamah di Malaysia adalah adil dan tidak berpihak seperti yang selalu didakwa oleh Pakatan Rakyat apabila mereka tidak memenangi kes.

Sementara itu keterbukaan Datuk Seri Dr. Zambry untuk mengosongkan pejabat menteri besar membuktikan bahawa kerajaan BN bukan `gila kuasa’ dan sentiasa menghormati keputusan Mahkamah.

Itulah teladan seorang pemimpin yang berfikiran waras. Semoga teladan yang ditunjukkan oleh Dr. Zambry tersebut akan memberi pengajaran kepada Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat di Perak. Semoga apa yang ditunjukkan di sidang DUN tempoh hari tidak akan berulang sekiranya Nizar dikenakan undi tidak percaya.

Dan sudah tentu rakyat akan ternanti-nanti apakah Nizar akan mengulangi perangai `degilnya’ dengan tidak mahu mengosongkan pejabat dan tidak mahu memulangkan kereta dan rumah rasmi apabila dijatuhkan dengan undi tidak percaya nanti.

Begitu juga dengan kes liwat Anwar yang akan dibicarakan pada bulan julai nanti. Mereka tidak boleh lagi mengatakan mahkamah tidak berlaku adil sekiranya kes liwat tersebut tidak berpihak kepada mereka.

Rakyat sebenarnya sedang menilai!!!

NIZAR BERHADAPAN DENGAN UNDI TIDAK PERCAYA DI DUN PERAK?

Mahkamah Tinggi telah memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dalam keputusanya Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata Menteri Besar hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya sedangkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak mengadakan undi berkenaan keatas Nizar.

Kita menerima keputusan tersebut secara terbuka dan tidak akan sekali-kali menuduh hakim berat sebelah seperti yang selalu dilakukan oleh Pakatan Rakyat apabila mereka tidak memenangi kes.

Walaubagaimanapun saya difahamkan Datuk Seri Dr. Zambry boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi bagi menilai semula keputusan tersebut ataupun Dr. Zambry boleh berbalik kepada DUN Perak dan mengadakan undi tidak percaya kepada Nizar.

Seperti yang kita ketahui, majoriti DUN Perak sekarang adalah berpihak kepada BN, jadi keputusan Mahkamah ini bukanlah perkara yang sukar bagi Dr. Zambry.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat apakah kesudahannya apabila pergolakan politik di Perak memasuki pusingan kedua.

SIAPA MENTERI BESAR PERAK YANG SAH?


Mengikut berita yang disiarkan oleh ASTRO Awani, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim akan membuat keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah pada pukul 2.30 petang nanti di kompleks mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur .

Keputusan yang menentukan dari segi perundangan ke atas pertikaian di Perak itu dijangka akan berpihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang telah diperkenankan oleh Baginda Sultan Perak.

Walaubagaimanapun sekiranya keputusan adalah disebaliknya, saya difahamkan Dr. Zambry masih boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi atau berbalik kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Nizar.

Thursday, May 7, 2009

TERKINI : SIDANG DUN PERAK

4.12 petang: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguh ke satu tarikh ditetapkan nanti. Usul oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan diluluskan Ganesan walaupun dibantah Adun pembangkang.

4.10pm Naib Presiden PAS Mohamad Sabu - yang ditahan semalam di Kuala Lumpur - dibebaskan jam 3.30 petang di mahkamah Tanjung Malim, Perak setelah magistret menolak permohonan reman pihak polis.Beliau dibebaskan dengan jaminan polis dan disambut isterinya Normah Alwi dan seorang anak mereka di situ.

4.07 petang: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, ditahan polis di pintu masuk Bangunan SUK selepas ingkar arahan larangan.

4.01 petang: Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, selesai sampaikan titah perasmian. Dewan berhenti rehat 15 minit bagi mengiringi keberangkatan pulang baginda.

3.31 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Adun pembangkang mengadu sesuatu kepada Raja Dr Nazrin sebelum baginda bertitah. Nizar kemudian minta semua Adun pembangkang duduk. Baginda kemudian titah polis keluar Dewan.

3.20 petang: Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, memasuki dewan dan sedang sampaikan titah perasmian.

3.11 petang: Speaker, Ganesan keluar dewan untuk menjemput Raja Dr Nazrin Shah masuk dan rasmi sidang Dewan.

3.07 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, buat usul sidang diteruskan dan untuk titah perasmian Raja Dr Nazrin Shah. Tapi Adun pembangkang terus membuat bising dan tidak duduk di tempat masing-masing.

2.59 petang: Ganesan kini duduk di tempat Speaker dewan dan minta ahli dewan bertenang. Beberapa Adun pembangkang masih cuba halang tapi dikawal polis.

2.44 petang: Suasana terus tegang dalam Dewan. Adun pembangkang terus berkumpul di tempat Speaker

2.43 petang: Sivakumar dibawa anggota keselamatan keluar dewan

2.39 petang: Bentara Dewan cuba bawa Sivakumar keluar dewan, tapi cuba dihalang Adun pembangkang sehingga berlaku tolak menolak termasuk dengan anggota polis.

2.35 petang: Ketika ini semua Adun pembangkang berkumpul kelilingi Sivakumar bagi melindunginya.

2.32 petang: Kekecohan tercetus apabila Adun BN bawa Ganesan ke tempat duduk lain dan ini membuatkan Adun DAP cuba 'mengejarnya'.

2.26 petang: Polis masuk dalam Dewan apabila keadaan tidak terkawal berikutan berlaku pergaduhan.

SIDANG DUN PERAK MASIH KECOH

Berita yang saya petik daripada blogger warisan 2057, Hamidzun diblognya menyatakan sidang DUN Perak boleh diibaratkan seperti Parlimen Taiwan.

Tolak menolak berlaku seperti gelanggang WWF. ADUN DAP kelihatan seperti ahli gusti, cuma yang belum berlaku ialah tarik menarik rambut.

Hamidzun menambah, Sivakumar masih tidak mahu berganjak dari kerusi speaker. Makan dan minumnya dihantar dan mengikut Hamidzun siap ambil air yang disediakan untuk Raja Nazrin. Kurang ajar betul!.

Sementara itu blogger Faisalrohban yang juga berada disana secara bergurau menyeru kita semua berdoa supaya Sivakumar terkena cirit birit lepas ini supaya dia meninggalkan kerusi speaker.

Blogger Parpukari yang juga mengikuti sidang DUN ini secara berjenaka pula mengatakan Sivakumar terkena jangkitan virus S1N3 sehingga menyebabkan dia mengganas gila di dalam dewan. Babi pun tak gila macam ini kata Parpukari.

MB KESAL ADUN PEMBANGKANG TAK HORMATI RAJA NAZRIN DAN TUMBUK EXCO DALAM DUN

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang tidak menghormati Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Malah, kata Zambry, Adun pembangkang bersikap samseng dengan menumbuk ahli Exco, Datuk Dr Mah Hang Soon, semasa di dalam Dewan.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui selepas sidang DUN Perak berhenti rehat selama sejam sebentar tadi.

Wednesday, May 6, 2009

NASIB SIVAKUMAR AKAN DITENTUKAN ESOK?

Sukar untuk diramalkan apakah yang mungkin berlaku apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang yang dijadual mulai Khamis ini hingga 13 Mei.

Tumpuan pastinya kepada isu jawatan Menteri Besar yang masih dipersoalkan hingga ke mahkamah dan kedudukan Speaker V.Sivakumar daripada DAP yang masih memegang jawatan itu walaupun pentadbiran negeri kini dikuasai Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah pun mengemukakan usul bagi memilih seorang Speaker yang baru dengan menamakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungkai Datuk R.Ganesan daripada MIC sebagai calon.

Bagi BN, jawatan Speaker penting bagi membolehkannya mengatur agenda pentadbiran dengan lebih lancar selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada Februari lepas.

Mampukah Sivakumar menghalang rancangan BN itu?Apabila Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri mengedarkan surat pemberitahuan sidang itu mulai 17 April lepas, pakatan pembangkang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS menimbulkan pelbagai alasan, termasuk mahu memboikot, untuk menggagalkan persidangan yang telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Terbaru Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa penggantungan selama 18 bulan yang diputuskan oleh Sivakumar sebelum ini terhadap Zambry dan enam anggota Exco beliau kononnya masih sah walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa penggantungan itu adalah tidak sah dan batal.

Sivakumar pula telah menulis surat kepada Sultan Azlan Shah memohon agar baginda menunda tarikh persidangan DUN itu dengan alasan mahkamah masih belum memutuskan mengenai kedudukan Menteri Besar.

Persidangan DUN kali ini, yang akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, adalah amat penting kerana jika tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan iaitu 28 Nov 2008, DUN Perak secara automatik akan terbubar dan pilihan raya negeri perlu diadakan.

Jadi, DUN perlu bersidang semula selewat-lewatnya pada 13 Mei ini. Sementara itu, pakar undang-undang perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata jika usul untuk melucutkan jawatan Sivakumar dibentangkan Khamis ini, Sivakumar perlu mengecualikan dirinya memandangkan beliau tidak boleh mempengerusikan usul berhubung perlucutan jawatannya sendiri.

Beliau berkata Sivakumar juga tidak boleh menghalang Menteri Besar dan enam anggota Exco yang lain daripada menghadiri persidangan DUN memandangkan jika beliau berhasrat berbuat demikian, satu usul perlu dibentangkan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan.

Bagaimanapun, beliau berkata usul seperti itu perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum dewan bersidang dan tidak ada usul seperti itu yang telah pun dibuat. "Saya tidak fikir beliau mempunyai alasan munasabah untuk menghalang mereka daripada menghadirinya," katanya.

MENJELANG SIDANG DUN PERAK ESOK


MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, (kanan) menjawab pertanyaan wartawan berhubung perjalanan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal berlansung esok.

Beliau memberi jaminan semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) dan tiga Adun Bebas yang menyokong BN akan menghadiri persidangan itu dan berharap ia berjalan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sempena persidangan itu, semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat dan Jalan Hospital akan ditutup dan dilencongkan mulai 9 malam ini.

Monday, May 4, 2009

DR ZAMBRY BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KHALIL IDHAM LIM

IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim yang didakwa membuat tuduhan melampau kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) menerusi satu kenyataan media hari ini.

Zambry yang juga Adun Pangkor berkata tuduhan melampau dan keterlaluan itu turut disiarkan dalam laman blog milik Khalil Idham di idhamlim.blogspot.com.

"Ini sikap seorang Adun yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau.

"Dia membuat tuduhan yang begitu terdesak. Kalau ia pun, ini bukan cara untuk bertindak mengikut suka hati dia. Ini satu tindakan keterlaluan. Saya membuat laporan polis dan telah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini malam ini.

Zambry mengulas entri bertajuk 'Kenyataan Media Adun Titi Serong' yang disiarkan di laman blog berkenaan.

Entri itu antara lain mendakwa Zambry dan BN telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker DUN dan mendesak Mufti Perak supaya mengeluarkan fatwa berhubung perkara berkenaan.

Zambry berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Rapat di sini.

Beliau menyifatkan tindakan itu berniat jahat dan cuba menanam serta mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap beliau dan BN dalam keadaan di mana DUN akan bersidang Khamis ini.

"Penipuan ini tidak boleh dibiarkan. Saya telah banyak bersabar termasuk dengan ceramah-ceramah yang dijalankan mereka yang melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas tetapi kenyataan media pagi tadi satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap Adun Titi Serong tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.

"Saya tidak boleh bertolak ansur dan tindakan ini sangat tidak bertanggungjawab kerana dia (Khalil Idham) juga merupakan seseorang yang memegang 'Yang Berhormat' ditambah lagi 'orang agama' yang sepatutnya tahu hukum-hakam agama," kata Zambry.

-- BERNAMA

Sunday, May 3, 2009

KABINET NAJIB DIBAYANGI?


Kabinet baru telah hampir sebulan dibentuk. Persoalannya, adakah rakyat berpuashati dengan prestasi yang telah ditunjukkan oleh barisan kabinet baru ini?.

Hebatkah mereka?. Dan yang lebih penting, adakah mereka ini dilihat mampu untuk menyelesaikan segala permasalahan dalam kerajaan sekarang.

Secara jujur, rata-rata yang saya temui menyatakan kabinet kali ini tidak begitu memberangsangkan walaupun bukan mengecewakan.

Lebih merisaukan, ada yang berpendapat, kabinet kali ini adalah `kabinet kawalan jauh’ kerana dipercayai dibayangi oleh seseorang yang masih berpengaruh.

Perkara ini mestilah ditangani dengan segera oleh Datuk Seri Najib. Kalau Pak Lah hilang populariti kerana isu `tingkat 4’, Datuk Seri Najib pula boleh dihantui oleh isu `dibayangi’ ini sekiranya rakyat terus memperkatakannya.

Di dalam politik, sesuatu perkara itu betul ataupun tidak bukan soalnya. Perkara yang tidak betul pun akan dianggap betul sekiranya.....Baca seterusnya di SUARAPORTDICKSON.