**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, May 11, 2009

HIKMAH DISEBALIK KEPUTUSAN MAHKAMAH

NIZAR BINTANG TIGA YANG BONGKAK!

Jangan bersedih dengan keputusan mahkamah petang tadi. Sudah tentu setiap apa yang ditakdirkan Allah ada hikmah disebaliknya.

Keputusan tersebut sebenarnya membuktikan bahawa mahkamah di Malaysia adalah adil dan tidak berpihak seperti yang selalu didakwa oleh Pakatan Rakyat apabila mereka tidak memenangi kes.

Sementara itu keterbukaan Datuk Seri Dr. Zambry untuk mengosongkan pejabat menteri besar membuktikan bahawa kerajaan BN bukan `gila kuasa’ dan sentiasa menghormati keputusan Mahkamah.

Itulah teladan seorang pemimpin yang berfikiran waras. Semoga teladan yang ditunjukkan oleh Dr. Zambry tersebut akan memberi pengajaran kepada Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat di Perak. Semoga apa yang ditunjukkan di sidang DUN tempoh hari tidak akan berulang sekiranya Nizar dikenakan undi tidak percaya.

Dan sudah tentu rakyat akan ternanti-nanti apakah Nizar akan mengulangi perangai `degilnya’ dengan tidak mahu mengosongkan pejabat dan tidak mahu memulangkan kereta dan rumah rasmi apabila dijatuhkan dengan undi tidak percaya nanti.

Begitu juga dengan kes liwat Anwar yang akan dibicarakan pada bulan julai nanti. Mereka tidak boleh lagi mengatakan mahkamah tidak berlaku adil sekiranya kes liwat tersebut tidak berpihak kepada mereka.

Rakyat sebenarnya sedang menilai!!!

2 comments:

Lathfi said...

masalahnya adakah speaker yang baru dilantik itu sah? kerana semasa perlantikan itu, timbalan speaker Yit Fong Telah mengambil alih Fungsi Speaker sedangkan speaker sedia ada masih duduk di kerusinya..sah kah tindakan yit fong itu?jikalau tidak dah maka perlantikan ganesan yang diluluskan beliau juga tidak sah dan perkara ini menjadi kunci kepada semua permasaalahan ini.Lagipun speaker telah diheret keluar dan semasa sidang 7 mei tersebut banyak perkara telah dicabuli termasuk membawa masuk orang luar,senjata yang semuanya tidak dibenarkan dalam peraturan tetap dewan...malah calon speaker juga bukanlah ahli dewan..relevankah???otak mana otak?kat lutut ke?

kumb@ng said...

Salam Kak,

Jalan terbaik bubarkan DUN dan beri peluang kepada rakyat pilih semula.