**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, May 6, 2009

NASIB SIVAKUMAR AKAN DITENTUKAN ESOK?

Sukar untuk diramalkan apakah yang mungkin berlaku apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang yang dijadual mulai Khamis ini hingga 13 Mei.

Tumpuan pastinya kepada isu jawatan Menteri Besar yang masih dipersoalkan hingga ke mahkamah dan kedudukan Speaker V.Sivakumar daripada DAP yang masih memegang jawatan itu walaupun pentadbiran negeri kini dikuasai Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah pun mengemukakan usul bagi memilih seorang Speaker yang baru dengan menamakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungkai Datuk R.Ganesan daripada MIC sebagai calon.

Bagi BN, jawatan Speaker penting bagi membolehkannya mengatur agenda pentadbiran dengan lebih lancar selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada Februari lepas.

Mampukah Sivakumar menghalang rancangan BN itu?Apabila Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri mengedarkan surat pemberitahuan sidang itu mulai 17 April lepas, pakatan pembangkang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS menimbulkan pelbagai alasan, termasuk mahu memboikot, untuk menggagalkan persidangan yang telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Terbaru Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa penggantungan selama 18 bulan yang diputuskan oleh Sivakumar sebelum ini terhadap Zambry dan enam anggota Exco beliau kononnya masih sah walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa penggantungan itu adalah tidak sah dan batal.

Sivakumar pula telah menulis surat kepada Sultan Azlan Shah memohon agar baginda menunda tarikh persidangan DUN itu dengan alasan mahkamah masih belum memutuskan mengenai kedudukan Menteri Besar.

Persidangan DUN kali ini, yang akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, adalah amat penting kerana jika tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan iaitu 28 Nov 2008, DUN Perak secara automatik akan terbubar dan pilihan raya negeri perlu diadakan.

Jadi, DUN perlu bersidang semula selewat-lewatnya pada 13 Mei ini. Sementara itu, pakar undang-undang perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata jika usul untuk melucutkan jawatan Sivakumar dibentangkan Khamis ini, Sivakumar perlu mengecualikan dirinya memandangkan beliau tidak boleh mempengerusikan usul berhubung perlucutan jawatannya sendiri.

Beliau berkata Sivakumar juga tidak boleh menghalang Menteri Besar dan enam anggota Exco yang lain daripada menghadiri persidangan DUN memandangkan jika beliau berhasrat berbuat demikian, satu usul perlu dibentangkan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan.

Bagaimanapun, beliau berkata usul seperti itu perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum dewan bersidang dan tidak ada usul seperti itu yang telah pun dibuat. "Saya tidak fikir beliau mempunyai alasan munasabah untuk menghalang mereka daripada menghadirinya," katanya.

1 comment:

Atuk Banjar Masin said...

Kerajaan BN/UMNO akan tetap tumbang pada PRU13 nanti.

Kebencian rakyat terhadap BN/UMNO akan semakin bertambah.

Kita tunggu dan lihat di Penanti, UMNO akan di malukan sekali lagi.

Kekerasan akan menambah kebencian rakyat terhadap BN/UMNO.