**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, March 4, 2009

INJUNKSI HALANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan, usaha sekumpulan ahli UMNO yang hendak mengambil tindakan injunksi bagi mengahalang Perhimpunan Agung UMNO tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan sedemikian dalam Akta Pertubuhan.

Malah beliau mengingatkan kumpulan berkenaan, berdasarkan perlembagaan UMNO, mana-mana ahli UMNO yang membawa perkara parti ke mahkamah akan gugur keahliannya secara automatik.

Berikut adalah jawapan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Kadar Ninam Shah dan Datuk Mazlan Harun:

Saya telah membaca kenyataan media yang telah dibuat oleh Datuk Kadar Ninam Shah dan juga Datuk Mazlan Harun di One World Hotel Bandar Utama, Petaling Jaya.

Mereka telah mempertikaikan berkenaan tuduhan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim dan surat yang telah dihantar kepada saya dan tuduhan ke atas Presiden dan Timbalan Presiden. Untuk makluman, saya telah menjawab pertuduhan tersebut dan Kapten (B) Datuk Zahar telah pun keluar dari parti sekali gus dipecat dari ahli UMNO. Justeru itu, tidak timbul seperti apa yang telah dibangkitkan dalam kenyataan media mereka.

Berkenaan laporan-laporan lain kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Lembaga Disiplin UMNO yang dituduh tidak mengambil sebarang tindakan, menunjukkan tuduhan terhadap kedua-dua pemimpin tertinggi parti bukan menjurus politik wang, jika ada unsur-unsur politik wang di mana peringkat sekalipun, sudah pasti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan.

Masalah ini wujud kerana persepsi UMNO sebuah parti korup sedangkan UMNO menjalankan amalan politik sihat. Mereka tidak ada hak untuk menekan supaya Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan sehingga kes-kes politik wang diselesaikan dan tidak ada peruntukan dalam Akta Pertubuhan dan Perlembagaan UMNO yang mengatakan Perhimpunan Agung UMNO tidak boleh diadakan melainkan masalah politik wang telah selesai.

Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya telah menyebut sekiranya ada laporan yang telah dihantar, yang menunjukkan penyelewengan berlaku, tindakan mesti diambil sebelum Perhimpunan Agung UMNO berlangsung. Jika ada sebarang penyelewengan berlaku, tidak semestinya Perhimpunan Agung UMNO dibatalkan.

Selain dari itu, saya ingin ingatkan kepada mereka tentang Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO yang menyatakan “mana-mana ahli yang membawa perkara parti ke mahkamah hilang keahliannya secara sendirinya”. Manakala, mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan, 1966 melarang mahkamah daripada mendengar apa jua keputusan parti (termasuklah tarikh Perhimpunan Agung) dan selepas 25 Mac, jika pemilihan tidak dijalankan, ianya telah melanggar peruntukan Akta Pertubuhan, 1966 dan Perlembagaan UMNO yang menyatakan bahawa pemilihan mestilah diadakan tiga tahun sekali (atau 18 bulan selepas tiga tahun).

Saya juga ingin menegaskan supaya, persepsi tentang seseorang calon itu tidak diterjemahkan kepada satu realiti.


~Agendadaily

No comments: