**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, March 17, 2009

SIAPA YANG KENA AKAN TERJAWAB 4 PETANG INI

Desas desus yang bertiup kencang menyebabkan ramai yang hadir pada majlis pengenalan calon dengan para perwakilan UMNO Selangor di Shah Alam malam tadi lebih tertumpu kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Sama ada betul ataupun tidak, belum dapat dipastikan lagi. Tetapi sejak beberapa hari ini namanya sudah hangat diperbualkan sebagai calon Timbalan Presiden UMNO yang bakal dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana didakwa melanggar etika berkempen.

Jika desas-desus itu benar, beliau dikatakan akan hilang kelayakan untuk bertanding jawatan nombor dua tertinggi dalam parti. Ada juga desas desus beliau mungkin akan menarik diri dari bertanding.

Namun sepanjang majlis yang bermula pada jam 8 malam hingga berakhir sekitar jam 10.30 malam, beliau kelihatan mesra bertegur sapa dengan para perwakilan serta mereka yang hadir di majlis itu.

Ketika ditemui oleh para wartawan sebelum majlis bermula untuk mengulas desas desus mengenai dirinya itu, beliau dengan ringkas berkata, “Itu kena tanya Lembaga Disiplin.”

Dijolok pula dengan soalan apakah beliau bimbang dengan desas desus itu, Ali berkata, “Kenapa saya perlu bimbang?”.

Oleh itu kita sebagai ahli yang setia kepada parti harus menerima apa saja keputusan Lembaga Disiplin parti. Politik wang tidak boleh dimaafkan, ianya mesti dihapuskan sama sekali.

Jadi bersedialah kita menerimanya walaupun calon tersebut adalah `idola' kita.

2 comments:

Wak Labu Farm said...

Wang! Wang! Wang!
Itulah yang ada dalam jiwa pemimpin UMNO atau mana2 parti pun.

Cuma bezanya UMNO lebih berkuasa - memerintah.

Mengapa pemimpin UMNO sanggup berbelanja besar untuk merebut jawatan? - kerana membela rakyat?

Percaturan pemimpin UMNO seperti berjudi - keluar wang untuk mendapatkan lebih banyak wang - 'pelaburan'.

Bolehkah UMNO mengubah 'minda wang' ini?

Tai said...

Kepada yang dihukum, terimalah seadanya.