
Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu.
Katanya, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa.
Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978.
~Agendadaily
2 comments:
Ha, setuju sangat-sangat tu. ISA dia tu.
Razali ni kan ke Peguam...lawan je lah Karpal tu.
Atau Razali takut?
Post a Comment