**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, April 6, 2009

BN YAKIN MENANG DI BUKIT GANTANG


Dengan hanya tinggal satu hari untuk berkempen, pemerhati politik dan mereka yang terbabit dalam berkempen yang memantau perkembangan itu dari dekat, sedikit sebanyak telah mendapat pertunjuk awal akan kecenderungan pengundi.

Mereka sudah dapat membuat ramalan, siapa yang akan berputih mata dan siapa yang akan muncul sebagai juara.

Walaupun jawapan pasti akan hanya diketahui lewat malam Selasa ini, Petanda awal menunjukkan BN memiliki kelebihan. Malahan pucuk pimpinan PAS sendiri mengakui yang parti itu ketinggalan di belakang BN.

Sumber dari PAS dan PKR berkata tiada keyakinan 100 peratus yang kemenangan berada dalam genggaman mereka berikutan isu baru seperti kepimpinan baru negara yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberikan impak di kawasan luar bandar, terutamanya di kalangan pengundi Melayu.

Tidak hairanlah daripada analisa terbaru yang dikeluarkan, menunjukkan peningkatan sokongan pengundi melayu dan juga bukan melayu kepada BN.

Sekiranya pada pilihan raya umum 2008, BN dikatakan mendapat 51 peratus sokongan pengundi melayu dan hanya 38 peratus pengundi bukan melayu tetapi pada pilihan raya kecil kali ini keadaannya berbeza.

Analisa terbaru menunjukkan sokongan pengundi melayu kepada BN meningkat kepada 60 peratus, manakala sokongan pengundi bukan melayu pula berada pada kedudukan 50-50.

Apa yang mengembirakan pada kali ini ialah BN akan mendapat semula sokongan daripada 3,000 anggota UMNO yang tidak keluar mengundi pada 2008 kerana memprotes calon daripada luar. Pada Pilihan raya kecil kali ini mereka telah mendapat calon yang diidam-idamkan iaitu anak tempatan.

Oleh itu sama-samalah kita berdoa semoga perkembangan terbaru dalam BN seperti kepimpinan baru di peringkat persekutuan, kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pembebasan tahanan ISA serta konsep Satu Malaysia yang didukung oleh DS Najib bakal memberikan kelebihan kepada BN.

HIDUP BN! HIDUP UMNO! HIDUP RAKYAT BUKIT GANTANG!

( Saya akan bertolak ke Bukit Gantang. Tunggu perkembangan terkini terus dari Bukit Gantang pada malam ini ~ Insya-Allah)

6 comments:

x-pkr said...

perkembangan terkini saksikan ada peningkatan sokongan kepada BN. gandakan usaha utk kekalkan situasi ini...

AnWar n Nizar dah mula pening, PAS n Pkr gaduh kat salah satu tpt ceramah, berebut pemimpin memasing sapa nak ckp last...

x-pkr
http://x-pkr.com

Unknown said...

Kalau dengar RTM1 dan TV3 suku memang kita akan selalu rasa yakin BN menang.

Tapi mereka nak sedapkan hati kita saja. Di peringkat akar umbi keadaannya sungguh berlainan.

Ape ape jer.. said...

Manenye kak? x update2 pn..?Kate nk update..?

Anonymous said...

Syabas PKR!!! anda mampu membuktikannya. Dua bukit PKR sapu satu sagu hati Batang Ai Kasi BN.
ASYIK KALAH JER BN...

Anonymous said...

BN sudah kalah la..
nyata rakyat negeri Perak menolak BN mentah2..
kali ni PR menang dengan majoriti yang lebih besar...

kumb@ng said...

rasionalnya KITA merancang...
ALLAH juga merancang...
tapi hakikatnya perancangan ALLAH yang menentukan siapa pemenangnya...