**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, April 17, 2009

KEMENANGAN BN DI PENANTI BUKANNYA MUSTAHIL

Walaupun DUN Penanti dikatakan kubu kuat PKR kerana berada di bawah Parlimen Permatang Pauh yang diterajui oleh Anwar Ibrahim tetapi untuk BN membuat kejutan bukanlah sesuatu perkara yang terlalu mustahil.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Datuk Arif Shah Omar Shah yang telah memenangi DUN Seberang Jaya yang juga berada di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Perlu diingat, sokongan pengundi boleh berubah pada bila-bila masa berdasarkan isu-isu semasa. Dan sekarang kelebihan nampaknya berpihak kepada BN apabila konsep `Satu Malaysia' yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib telah diterima baik oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

Masyarakat secara beransur-ansur mula memahami konsep `Satu Malaysia' bukanlah satu retorik kosong dan tidak menyamai konsep Malaysian Malaysia yang agendanya adalah persamaan total.

Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti ekoran perletakan jawatan Mohd Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.

Serentak itu, beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) mengarahkan Pemuda UMNO negeri serta Pemuda UMNO Permatang Pauh membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Di Permatang Pauh pula, Pemuda UMNO bahagian ini berharap pilihan raya kecil DUN Penanti kelak tidak akan dicemari dengan sebarang keganasan serta pergaduhan lain sepertimana yang berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.

Ketua Pemudanya, Mohd Zaidi Mohd Said berkata keganasan serta provokasi yang berlaku sebelum ini cukup menakutkan sepertimana yang berlaku pada hari penamaan calon apabila seorang jurugambar parah dipukul penyokong parti pembangkang.

Menurut beliau selain itu jentera BN termasuk wanita dan puteri serta petugas lain diganggu sehingga memaksa puluhan laporan polis dibuat bagi menjamin keselamatan para petugas ketika melaksanakan tanggungjawab.

3 comments:

RBF Online said...

saya bersependapat dgn anda

kena caranya penanti akan jadi milik bn

pengkalan pasir di kelantan dulu pun kita pernah ragut drp pas

one one no belen said...

Salam. mmg UMNO boleh memenangi PRK tersebut sekiranya calon yg dipilih adalah calon yg rakyat suka.Yg penting sekarang ada mencari calon yg baik. Jgn letakkan calon yg bangsat kerana calon yg bangsat akan buatkan UMNO kalah dan rakyat tidak akan melihat bahawa UMNO bersungguh sungguh untuk berubah.Masaalah UMNO tidak di terima rakyat sekarang adalah kerana pemimpin UMNO yg tidak ikhlas berjuang untuk bangsa.mereka lebih berjuang utk kepentingan diri sendiri sahaja. marilah kita tolak pemimpin yg sebegini jika kita sygkan UMNO.

Prof. Era Pasca said...

BN nak letak calon ke puan? bukan DSNAJIB taknak letak ke?