**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, April 1, 2009

KENAPA NIZAR PERLU DITOLAK PENGUNDI BUKIT GANTANG


Kenapa Nizar perlu di tolak pengundi Bukit Gantang? Jawapannya adalah seperti berikut:-

1) Nizar adalah boneka dan kuda tunggangan DAP yang memerintah Perak dahulu.

2) Nizar sebagai MB Perak telah meluluskan hak milik tanah kepada kampung baru yang kebanyakkannya adalah penyokong DAP. Tidak perlu sebut bangsa apa!.

3) Rakyat Melayu Perak tidak mengecapi apa-apa setelah setahun Pakatan Rakyat mengambil alih Perak.

4) Membeli kereta mewah , camry untuk dirinya dan exco kerajaan negeri Perak yang mana agen penjualan kereta tersebut ialah seorang ADUN DAP dari Selangor.

5) Menyokong hak keistimewaan orang Melayu melalui DEB dimansuhkan.

6) Janji akur kepada keputusan Sultan mengenai peralihan kuasa di Perak tetapi menentang apaila Sultan meminta beliau melepaskan jawatan dan memohon untuk derhaka kepada Sultan . “Patik mohon derhaka Tuanku”.

7) Dilantik oleh Sultan tetapi menentang Sultan kerana gilakan kuasa dan tidak mahu melepaskan jawatan walaupun diminta oleh Sultan.

8) Enggan keluar dari kediaman rasmi dan enggan memulangkan semula kereta rasmi kerajaan.

9) Enggan melepaskan jawatan tetapi akhirnya akur dan mengakui bahawa jawatan MB kini hanya menjadi sejarah

10) Gila kuasa, sudah menjadi ADUN tetapi mahu pula kerusi Parlimen. Sebagai bangsa yang terhormat dan sebagai bangsa yang budiman, janganlah kita menjadi seperti Nizar yang derhaka dan menggunakan Islam sebagai perisai untuk kuasa.

11)Satu lagi “kejayaan” kerajaan boneka PAS di Perak adalah dengan mengenakan bayaran cukai pintu yang 500% lebih tinggi dari tahun-tahun sebelum ini.

Apa bezanya Nizar dengan DAP. Apa bezanya Nizar dengan Anwar Ibrahim? Apa bezanya Nizar dengan Exco-Exco DAP di Perak.

Cukuplah sekali kita membuat kesilapan, jangan diulangi sekali lagi kerana maruah bangsa dan nasib anak-anak kita ditentukan oleh undian kita.

Adalah penting kita meluahkan protes terhadap Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan Negara.

Jangan mempertikaikan hak keistimewaan bangsa Melayu. Kita tidak mampu untuk menjadikan negara tercinta ini sebagai `Malaysian Malaysia’ seperti yang diperjuangkan DAP.

Kita bukannya terdesak untuk merampas kerusi Parlimen ini. Kalah atau menang kita masih menjadi pemerintah. Tetapi apa yang kita mahu adalah rakyat Perak mesti insaf dan memartabatkan semula agama, bangsa dan negara.

Maruah perlu kita tebus kembali. Setahun sudah cukup untuk membuktikan bagaimana kepimpinan bangsa Melayu Pakatan Rakyat memang tidak berjiwa Melayu.

Rujukan : Tepak Bersulam

6 comments:

Anonymous said...

terima kasih kerana terus memfitnah dan melakukan dosa ... anda hanya beremosi tanpa fakta yang benar .. rakyat malaysia kini bukan bodoh dan jahil .. semoga Allah menunjukkan kebenaran kepada saudari .. please open ur mind !!!!!!!

Unknown said...

bodoh kau..camry 150000 bukan kete mewah..mmg umno memperbodohkan fikiran umat melayu..yg lain statement nampak dangkal dan ntah apee...tutup je website ni...
hantu altantuya bermaharaja lele di bukit gantang

Sofian said...

Kenapa nizar perlu dipilih di Bukit Gantang.
1) UMNO sebuah parti yang mengamalkan rasuah dan akan berterusan mengamalkannya sehingga akhir zaman nanti.
2) Telah diterangkan oleh Nizar amalan Menteri Besar BN yang lalu terhadap kelulusan yang lebih banyak merugikan rakyat perak. Apakah anda tidak tahu?
3) Sejauh mana MB dari BN dahulu memperbaiki status ekonomi rakyat melayu perak? Tidak nampak apa-apa pun.
4) Yang lain-lain tu tak perlu nak komen lah, kami rakyat negara ini tahu siapa yang derhaka dan siapa yang tidak derhaka. Melayu UMNO mudah lupa apa yang terjadi pada era Mahathir, Trengganu, dan Perlis.

Unknown said...

mengapa takut sangat DAP???

adakah polis, MACC, peguam negara, hakim besar & SPR bertindak mengikut arahan DAP???

DAP makan duit rakyat ???

DAP bunuh anak Mongolia ke???

DAP naik harga petrol & menyebabkan infasi teruk ke???

DAP yang menyusahkan hidup rakyat ke???

Anonymous said...

kamu berjiwa melayu..tetapi tidak berjiwa ISLAM...Islam itu sempurna
kamu banyak perkauman...

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

salam...terlebih dahulu sy ingin mengucapkan tahniah kerana penulisan anda dalam blog...tetapi bgi saya, penulisan anda jelas menampakkan penulisan yang kurang dari segi penyelidikan kerana unsur-unsur taksub kepada sebelah pihak agak keterlaluan sehingga menimbulkan rasa benci yang juga keterlaluan kepada pihak yang satu lagi. saya mencadangkan agar anda tidak terlalu emotional ketika menulis dan banyakkan penyelidikan supaya dunia politik kita tidak dicemari dengan perkara-perkara yang negatif. walau apa pun saya menghormati penulisan anda dan berharap kita akan dapat bertukar-tukar idea di masa akan datang bagi mewujudkan suasana harmoni khususnya di kalangan org2 melyu. terima kasih... http://hilmiahmad.blogspot.com/