**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, April 9, 2009

KHAIRY SEDIA BANTU PM

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia membantu Perdana Menteri walaupun tidak terpilih menganggotai barisan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, jawatan dalam kabinet tidak penting bagi dirinya apatah lagi dengan tanggungjawab berat yang dipikulnya sebagai ketua Pergerakan Pemuda.

"Sebagai Ketua Pemuda Umno, saya sedia membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib), sama ada dalam atau luar kerajaan dan saya rasa jawatan itu tidak penting," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara di Melaka.

Situasi Ketua Pemuda Umno tidak terpilih menganggotai kabinet bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Suhaimi Kamaruddin (1978-1982) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1996-1998) adalah antara peneraju pergerakan itu yang tidak terpilih sebelum ini.

Sementara itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai Khairy yang tidak dilantik di dalam kabinet berkata, Khariy masih lagi Ketua Pemuda dan berpendapat ia tidak menjadi masalah kepada Ketua Pemuda itu. " Kita akan bantu dia perkasakan Pemuda,"

2 comments:

Anonymous said...

Eloklah KJ tak masuk kabinet, kalu tak pening najib nak tempis serangan Dr.M yang menganggap KJ musuh ketat beliau selain Anwar. lagipun KJ masih muda dan masih banyak masa lagi.

biarkan KJ membuktikan pemilihan beliau sebagai ketua pemuda adalah sangat tepat. kalu 2-3 tahun lagi, sekiranya prestasi KJ memimpin pemuda benar2 cemerlang apa salahnya melantik beliau menjadi menteri.

Mungkin pada masa tu kemarahan Dr.M kepada beliau sudah reda dahulu. lagi pun Melayu mudah lupa...

Anonymous said...

pada aku la...muhkriz pun tak layak dapat jawatan dlm kabinet...
sama dengan khairy juga....
sebab dua2 tue baru penggal pertama jadi MP.........

MP pontian tu lagi berpengalaman dan muda... YB NUR JAZLAN....