**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, April 1, 2009

NIZAR : SAYA BUKAN BONEKA DAP?

APABILA saya kata Nizar adalah calon pilihan DAP, ramai yang marah dengan saya. Komen-komen yang saya terima kebanyakkannya menggunakan kata-kata kesat sehingga saya rasa tidak layak untuk menjadi tatapan di blog ini.

Sebab itulah semua komen-komen tersebut saya `reject'. Saya menghormati perbezaan pendapat di sini tetapi biarlah kita menggunakan hujah-hujah yang lebih ilmiah dan di terima akal.

Jangan buangkan masa anda dengan memberikan komen-komen menggunakan bahasa kesat kerana sudah tentu komen-komen tersebut tidak akan saya siarkan.

Sekiranya anda terus-terusan menggunakan bahasa kesat, sebenarnya anda telah merendahkan martabat diri anda sendiri dan memberikan gambaran kepada saya bahawa penyokong Pakatan Rakyat memang tidak tahu berbudi bahasa.

Kita balik kepada realiti. Saya rasa tidak perlu saya memberikan hujah lanjut kepada topik ini. Gambar-gambar di bawah dapat menceritakan segalanya.

Senarai exco kerajaan Perak bawah Nizar. Siapa majoritinya?

Senarai exco Perak bawah Datuk Dr. Zambry. Nampak tak perbezaannya.


Siapa disekeliling Nizar? Mana pemimpin-pemimpin PAS?


Yang kita nampak hanya seorang yang berkopiah. Yang lain?

Siapa yang mengapit Nizar? Anda boleh menilainya sendiri!

4 comments:

Anonymous said...

nak nilai camner..mmg xde nilai langsung Nizar nie..kalu x percaya ni hah puncanya..

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/04/video-sidang-dewan-buktikan-pas-mahu.html

Cicit Mat Alam said...

Saya setuju dalam keadaan begini memang menampakkan keadaan seolah2 saudar Nizar ibarat boneka padaDAP tapi yang menjadi persoalan nya.. kenapa org melayu pada PRU 12 dulu tak berubah sedang kan kita tahu ekonomi di kausai orang2 cina tapi meraka sanggup berubah kepapda pakatan Rakyat.. tapi kenapa orang melayu pada waktu tak berubah, sedangkan pada waktu tu suasana memang memerlukan pada perubahan. Kalau di renungkan kenapa pada ketika UMNO pada pru12 memang berada dalam keadaan defensif yang kecamuk.. kenapa org melayu tak pilih parti teras melayu lain. Kalau PAS menang majoriti adakah pekara ini akan berlaku? Kalau nak dikatakan marah PAS bersama DAP, kenapa masa PAS masa tidak bersama DAP pun hanya mampu dapatkan KELANTAN saja? Mana orang MELAYU? Kalau nak kata PAS berkompromi dgn DAP kita marah... bagaimana dengan UMNO berkompromi dgn MCA Gerakan dan MIC. UMNO pun bergantung harap pada mereka keran kita masyarakat majmik. Begitu juga PAS. Perlu bergantung harap pada masyarakat lain. So pada ketika UMNO dalam keadaan yang goyah pada PRU12 kenapa orag melayu masih disitu. Bagi saya UMNO parti untuk orang MELAYU begitu jugak dengan PAS juga parti MELAYU, tapi dalam keadaan yang memrerlukan pengobanan dalan saisah politik, kita perlu berubah dari yang bermasaalah kepada yang kurang bermasaalah. Apa yang saya lihat selepas PRU12 kompenan BN yang lain letak salah pada orang MELAYU keran mereka kalah. Tapi DAP walaupun hilang kerajaan BONEKA mereka mereka tetap memperthankan saudar NIZAR, orang melayu, kenapa kita tak bela melayu jugak. Cuma beza Nizar Melayu PAS. Tun Mahathir pun pernah berubah daripada jadi ahli UMNO keluar dari UMNO, kerana nak perubahan. Orang bijak macam TUN pun mahukan perubahan kenapa kita tak ikutbuatperubahan. UMNO perlu berubah tapi itu aka ambil masa, jadi dalam keadaan kita perlu kepaad sau pati melayu yang kuat kenapa kita tak pilih PAS pada masa PRU12 dulu. Biarkan pemimpin UMNo buat perubahan dari bawah semula. Biar mereka bekerja semula dari usul mereka. Yakinkan kita bahawa mereka kembali kepada perjuangan usul mereka. Baru kita dapatlihat mereka memang ikhlas untuk membela melayu atau untuk projek. Mereka perlukan kita maka mereka kena kerja. Bukan kita yang berkerja untuk mereka.
Saya pun terkilan juga apabila PAS bagi tanah pada orang cina, tapi pada masa yang sama jugak UMNo pun ada bagi tanah pada orang cina. (Genting Highland, Pulau Batu Pitih, Bukit Bintang dan Pulau Pianag sendiri yang kawasan mealyu makin megecil sehinggakan ramai orang Pulau Pinang berhijarh ke Sungai Petani dasn Kulim. Adakah orang2 UMNO perasan. Pemimpin UMNo berkeras sedikit dengan mereka dah kena gantung (Bukit Bendera) maka dimana bezanya kerajaan NIZAR dengan kerajaan UMNO/BN. Mungkin sifat kita orang melayu memang pemurah macam juga Pak Kadok. UMNO pun Pak Kadok dan PAS pun jadi pak KADOK. Semua tu kerana kepentingan agenda masing2. Realitinya sekarang cuma UMNO dalam keadaan lemah dan PAS semakin kuat dan pemimpin2 UMNO sekarang dalam keadaan gelabah kehilangan jawatan bukan kerana kehilangan tanah.

Cicit Mat Alam said...

ermm.. nampak gak memang tak der orang melayu lain.. tapi kenapa orang malyu tak bela melayu yang sorang nie.. dia pun melayu gak...? Klu nak kira pasal kawan dgn cina.. umno pun kawan cina gak.. atau pun memang sifat melayu suka menjatuhkan bangsa sendiri...

MUHAMMAD FADHLI B. MOHD DIAH... said...

emm...bukankah sepatutnya kita berbangga ada pemimpin Melayu yang masih menjadi TUAN kepada yang lain dengan menjadi MB?bukankah UMNO membela Melayu?DSNizar bukan MELAYU ker?adakah cukup dengan menunjukkan gambar dia diapit oleh yang bukan melayu menunjukkan dia boneka?kenapa racist sangat?yang penting..bukankah dia seorang MUSLIM?adakah hebat sangat MELAYU berbanding seorang MUSLIM?

http://fadhlimd.blogspot.com/2009/03/ketuanan-melayu.html