**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, April 6, 2009

SEKIRANYA ANDA SUKAKAN "POLIGAMI", PILIHLAH NIZAR DI BUKIT GANTANG


Besok pagi Insya-Allah saya akan bertolak ke Bukit Gantang. Hari terakhir berkempen sebelum hari mengundi pada 7 April 2009.

Sebelum itu elok rasanya kalau saya bertanya kepada pengundi di Bukit Gantang. Adakah anda suka kepada `poligami'?

Kalau jawapannya “YA”, maka anda pilihlah Nizar. Tetapi kalau jawapannya “TIDAK”, maka anda mestilah menolak Nizar.

Kenapa saya berkata begitu? Jawapannya adalah kerana pemimpin PAS secara amnya `mengagungkan poligami’. Mereka tidak cukup dengan hanya satu `cawangan'.

Poligami di dalam perkahwinan ini terbawa-bawa ke dalam dunia politik sehingga boleh diistilahkan sebagai “poligami politik”.

Poligami politik yang saya maksudkan disini ialah apabila wakil rakyat yang telah memegang jawatan ADUN tetapi masih berkeinginan untuk memegang jawatan Ahli Parlimen.

Mereka tamak dan sentiasa bernafsu besar untuk memegang seberapa banyak jawatan walaupun sebenarnya mereka tidak layak.

Nafsu besar mereka ini telah menyebabkan pengundi dipaksa untuk `berkongsi kasih' wakil rakyat dengan pengundi di kawasan lain.

Sanggupkah anda berkongsi kasih?. Seperti yang kita ketahui, Nizar adalah ADUN Pasir Panjang. Sekiranya pengundi Bukit Gantang memilih Nizar, maka mereka terpaksa untuk berkongsi kasih dengan penduduk di DUN Pasir Panjang.

Sebagai ADUN Pasir Panjang, sudah tentu Nizar tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada Parlimen Bukit Gantang. Samalah dengan suami-suami yang mempunyai `lebih dari satu cawangan’.

Berbeza sekiranya Ismail Safian yang di pilih. Sebagai anak tempatan, beliau mengetahui selok-belok dan ceruk pelosok daerah ini. Tumpuannya tidak akan berbelah bagi di dalam memberikan khidmat kepada penduduk Bukit Gantang.

Lagipun Nizar bukanlah calon pilihan PAS. Memberi kemenangan kepada Nizar, samalah dengan memberikan kemenangan kepada DAP kerana sebenarnya Nizar adalah calon pilihan DAP.

Calon pilihan PAS yang sebenarnya ialah Ustaz Idris Ahmad, seorang anak tempatan Bukit Gantang tetapi kerana terlalu taksub dengan DAP, maka Ustaz Idris sanggup diketepikan dengan memilih calon pilihan DAP.

Perkara ini bukan lagi menjadi rahsia. Ianya menjadi perbualan hangat dikalangan penyokong parti itu sendiri dan mereka sebenarnya menolak calon pilihan DAP ini.

Itulah sebabnya PAS tidak lagi menggunakan slogan `Membangun bersama Islam’, sebaliknya digantikan dengan slogan `PAS untuk semua’.

Apakah maksudnya `PAS untuk semua’?. Adakah PAS juga untuk DAP?

Berfikirlah dengan fikiran yang waras. Janganlah kita ditipu berterusan sehingga tiada titik noktahnya.

Jalan yang lurus dan benar telah terbentang di hadapan mata. Pilih dan sokonglah calon yang tahu isi hati rakyat Bukit Gantang. Pilihlah pemimpin yang mempunyai wawasan dan kemampuan yang senada dengan kerajaan negeri dan pusat.

Pilihlah seorang wakil rakyat yang diterima oleh parti dan juga rakyat. Kita tidak mahu pemimpin yang ditolak oleh ahlinya sendiri.

10 comments:

taraknama said...

AWAT HARAM KA POLIGAMI BRO...
ALLAH TAALA TAK BAGI KAAA...
NABI LARANG KAAA...

LANTAK MEREKA LAA NAK KAWIN BERAPA PON
JANJI ISTERI TUA SUKA DAN REDHA...

MASALAHNYA KAWIN SEMBUNYI X CAKAP ISTERI TUA...
TAKPON GALAK NAK KAWIN TAPI TAKUT BINI PASTU X MAMPU BAGI NAFKAH ZAHIR BATIN... INI YG X BOLEHNYA...

CARI ISU LAIN LA BRO... INI HAL DAH TERMAKTUB DALAM ALQURAN TAK SALAH NAK BERPOLIGAMI TAPI YG SALAHNYA PERANGAI MANUSIA YG BERPOLIGAMI TUU....

KENAPA KO JELES KA TAK DAPAT NAK BERPOLIGAMI...

Anonymous said...

Rakyat tidak lupa jasa-jasa umno yang menaikkan harga minyak sehingga RM 2.70 seliter. Rakyat tidak keliru dengan perkataan Rasuah dan Politik wang.

Umno yang ada pada hari ini adalah umno baru ciptaan Tun Mahathir. Umno ini telah dijadikan parti yang mengamalkan rasuah dan kronism yang menjahanamkan bangsa melayu.

Umno inilah yang menghapuskan penggunan bahasa melayu sebagai bahasa utama negara,umno inilah yang mengusulkan kuasa raja-raja dihapuskan . Pemimpin umno inilah yang melarikan puteri sultan selangor dan menteri besar umnolah yang membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat berfoya-foya bersama anak isteri +orang gaji diluar negara.

Umno yang dulunya berjuang utk kepentingan orang melayu dan islam bermula pada tahun 1946 sudah lama berkubur. Insaflah.

Suara Rakyat Adalah Suara Keramat.

Anonymous said...

aku sokong poligami, lelaki normal mana yang tak mahu? baik berpoligami daripada bermaksiat.... org UMNO paling banyak enjoy benda macam ni tetapi poligami dipandang sebagai dosa, pe lah! termasuk PM6^

Anonymous said...

assalamu'alaikum. poligami itu dianjurkan Nabi sebagai satu sunnah untuk umatnya. ia bagi membela kaum wanita yang menjadi balu peperangan, janda di samping berperanan mengelakkan zina. lelaki yg mengamalkan poligami seharusnya mampu zahir dan batin serta adil.

elok jangan samakan poligami dalam bentuk pernikahan dengan amalan berpolitik. nanti berdosa, sunnah Nabi jangan dicampuraduk dan dipermainkan.

tentang amalan berkongsi kuasa dalam politik, UMNO telah lama mengamalkannya bersama MCA, MIC dan banyak lagi sejak merdeka. itu bukan isu.

ini nasihat ikhlas dari saya. elak merojakkan sunnah dalam politik. ini menjadikan orang pandang rendah pada UMNO. wassalam.

Azuwar Halim said...

aku bukannya penyokong mana2 pihak tapi aku confuse la..sebenarnya yang bertanding dalam PRK Bukit Gantang ni berapa orang. Bukan apa, sebab aku tengok dalam tv asik muka orang tu je yang keluar. Yang lain dah tarik diri ker?

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Cik Rosha Tadika
Islam e 2 indah dan sempurna di bentuk oleh Allah SWT. Isu yang di utarakan oleh Blogger UMNO BAGAN PINANG iaitu "POLIGAMI" menjadi satu "haram" bagi parti melayu sekular.Ugama islam menghalalkan "poligami" kenapa Cik Rosha Tadika seolah -olah nak mengharamkannya pulak . Cik Rosha Tadika ini kumpulan "SISTER IN ISLAM KE? Kalau geng dengan depa , saya sungguh sedih sekali .Cik Rosha Tadika ISLAM ITU INDAH ok

Anonymous said...

Pilih lah BN, Pilih lah BN as long as semi value is there and walking free no one will vote BN. This fool is the living testimony of power, lust and greed who will sell off his own kind for money.

ROSHATIKA said...

Salam semua,

Nampaknya ramai yang tidak faham dengan isu yang ingin saya huraikan.

Perkataan `poligami' telah menenggelamkan isi sebenar isu ini.

Apa yang saya ingin huraikan di sini ialah wakil-wakil rakyat PR ini adalah tamak dan bernafsu besar.

Sikap mereka ini bukan sahaja di dalam perkahwinan tetapi juga di dalam politik.

Ramai yang memegang dua jawatan iaitu sebagai ADUN dan juga ahli Parlimen.

Persoalannya adakah mereka ini mampu memberikan khidmat kepada rakyat bagi memenuhi kedua-dua jawatan tersebut.?

Nizar adalah ADUN Pasir Panjang, kenapa dia masih berkeinginan untuk menjadi ahli Parlimen Bukit Gantang? PAS sudah ketandusan calon kah?

Dan Kalau pengundi Bukit Gantang memilih Nizar, adakah dia mampu memberi khidmat kepada rakyat di DUN Pasir Panjang dan di Parlimen Bukit Gantang yang terdiri dari tiga DUN lagi?

Rakyat tidak boleh dipaksa untuk berkongsi kasih wakil rakyat.

Saya harap anda semua tidak memberikan komen dengan hanya membaca `tajuk'.

T. kasih

Anonymous said...

teringat pulak saya semasa PRK Permatang pauh dulu.. salah seorang calon ialah seorang ADUN.. dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen..

ini jugak contoh 'poligami' sebelum PRK Bukit Gantang ni lah kan..

Anonymous said...

Saya Ahli BN jugak tapi taklah sampai mencerca dan merendahkan apa yg sunnah dan apa yang diberikan olih Allah dalam Al-Quran seperti poligami...politik.poltik juga tapi jangan sampai langar semuanya BroOO.. AKHIRNYA bn KALAH PUKULAN kO kalau Bro kempen cara yang macam ni..??