**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, April 9, 2009

TUN MAHATHIR GEMBIRA MUKHRIZ DILANTIK

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tentunya gembira apabila anaknya, Datuk Mukhriz dilantik menganggotai Kabinet baru sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Tentulah gembira, gembira teramat sangat," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak campur tangan dalam pelantikan barisan Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak, khususnya mengenai kedudukan Mukhriz.

Betulkah Tun tidak campur tangan? Sekiranya betul, DS Najib harus menerangkan sebab sebenar kenapa Mukhriz dilantik sedangkan beliau tewas di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Perkara ini penting supaya kabinet DS Najib ini tidak ditohmah sebagai kabinet yang mengikut telunjuk Tun.

Selain daripada itu, Tun janganlah bergembira sangat, bebanan sekarang terletak pada Mukhriz, sekiranya beliau tidak menunjukkan prestasi, sudah tentu pada akhirnya akan di `checkmate'.

Betulkah perlantikan ini bukannya satu perangkap?

18 comments:

USD said...

dibimbangi najib akan menjadi pak lah kedua..turun jawatan kerana desakan. siapa?

KINAS said...

tak perlu DSN perjelaskan...Mukhriz kalah kerana beliau tak sogok perwakilan sedangkan Menantu Paklah sogok perwakilan...tak payah la nak kecoh2 lg...

Permaidani Dunia said...

kita tunggu dan tengok..

Anonymous said...

Nampak sangat Najib ikut telunjuk Mahathir. Lepas ni segala keputusan Najib akan mendapat perkenan Mahathir dulu. Mana perubahan? Memang jelas perubahan UMNO memang tidak wujud. Senari kabinet pun tak menyakinkan.

Anonymous said...

Ramai yang telah mula pertikai, sebenarnya kabinet ini pilihan siapa?

Anonymous said...

Kabinet yang tiada apa-apa yang luar biasa. Kabinet yang tidak menggambarkan sebarang perubahan. Kabinet ini tidak ada ‘wow factor’.

Ia bukan satu barisan kabinet yang menggambarkan usaha untuk mengukuhkan kembali negara tetapi satu barisan kabinet yang berusaha mengukuhkan Barisan Nasional dan UMNO melalui cara tradisional.

Kepanasan sokongan saya kepada Perdana Menteri baru ini nampaknya begitu cepat menjadi sejuk. Sejuk bila melihat dia menghantar Tun Dr. Mahathir ke perbatasan Pilihan Raya Kecil yang menggambarkan satu usaha tradisional yang ketandusan idea dan ternyata keputusan yang dibuat tanpa berfikir panjang dan sekarang bertambah sejuk bila melihat senarai kementerian di bawahnya dan barisan Menterinya.

Saya masih belum mahu mengkritik Perdana Menteri baru Malaysia. Saya masih berusaha menyakinkan diri saya untuk tidak cepat mengalah dalam sokongan saya kepadanya. Saya cuba memahami masalahnya.

Malangnya bila saya rasa saya faham masalahnya, ia tambah menyakinkan saya bahawa Najib juga akan mengulangi apa yang dilakukan oleh Abdullah. Yang menggerunkannya ialah, Najib melakukan apa yang Abdullah lakukan dalam tempoh yang terlalu cepat.

Ternyata apa yang kurang dalam keputusan Najib dari segi politik dan juga dari segi kepimpinan ialah kreativiti dan keberanian menentang arus. Tindakan-tindakan Najib setakat ini semuanya tindakan yang sudah diramal oleh pengkritik dan musuh politiknya. Tindakan Najib membawanya tidak lain tidak bukan, ke jerat yang tersedia buatnya.

Apakah ini benar-benar tindakan Najib atau tindakan seorang yang bercelaru dengan pelbagai tekanan? Tindakan Najib terlalu berbau Mahathir di dalam banyak aspek.

Saya mengharapkan Najib mempunyai kekuatan sendiri, bertindak diluar norma biasa politik UMNO, BN dan Malaysia. Tindakan-tindakan yang tidak pernah diramal yang membuktikan beliau seorang yang kreatif dan berani mengambil risiko.

Bagaimanapun, Najib cepat melihatkan tindakannya hanyalah tindakan seorang pentadbir dan bukan tindakan seorang pemimpin ulung.

Tiada apa yang berubah didalam kabinet Najib kalau dibandingkan dengan Kabinet Abdullah selepas PRU 12. Orangnya mungkin bertukar tetapi tabii dan ragamnya sama.

Setidak-tidaknya Abdullah sedikit berani dan kreatif bila menamakan Zaid Ibrahim sebagai Menteri. Seorang yang jelas menentang arus. Seorang yang jelas mahukan reformasi sebenar dan berani berusaha melakukannya. Bukan sekadar retorik dan hanya reformasi untuk tujuan politik. Malangnya perlantikan Zaid menjadi tindakan bodoh dan bahan jenaka kerana mengapa Zaid tidak diberi peluang mempertahankan kerusinya dalam PRU 12 kalau sudah ikhlas rancangan Abdullah mahukan Zaid ke dalam kabinetnya?

Kabinet baru Najib tidak menunjukkan sebarang muka baru dalam ertikata sebenar-benarnya. Orang-orangnya tetap orang lama dalam politik. Orang-orangnya semua kita tahu dan kita boleh dengar cerita-cerita masam dan masin mereka.

Tidak ada satu nama yang membuat kita tertanya ‘wah siapa dia tu’ dan bila kita mendapat jawapannya kita rasa teruja dengan latar belakangnya.

Bahkan, Najib telah melepaskan peluang untuk membawa nafas baru ke dalam kabinet apabila akur dengan desakan-desakan luar dan dalam. Najib mengorbankan Khairy Jamaluddin (KJ), satu-satunya penjawat jawatan di dalam UMNO yang mempunyai ‘cv’ yang bisa membuat orang yang tidak mengenalinya teruja dengan latar belakangnya dan laluannya ke menara politik.

Mengapa harus diketepikan KJ kalau kaki disko yang suka melakukan gangguan seksual ditempat awam boleh diambil ke dalam kabinet. Mengapa harus diketepikan KJ kalau ‘lelaki’ yang suka menghunus keris dan mengguris perasaan kaum lain boleh dikekalkan?

Kalau dikatakan KJ jahat, rasanya Johari Baharom lebih jahat kerana menderhaka dan menghina bekas Presiden UMNO. Johari Baharom juga walau berjaya membersihkan dirinya, terus dicurigai.

Setidak-tidaknya KJ tidak pernah bertindak memukul seseorang sehingga lekuk kepalanya seperti Menteri yang terus dikekalkan oleh Najib.

KJ memang tidak popular, tetapi dia lebih berakal berbanding hampir keseluruhan pilihan Najib. Kalau mahu melantik penipu, penjenayah atau pun Menteri, biarlah yang berakal.

Melihatkan senario ini, bukankah lebih baik melantik KJ daripada Mukhriz. Bahkan adalah lebih senang bagi Najib mempertahankan perlantikan KJ daripada perlantikan Mukhriz.

Seolah-olah Najib tidak mempunyai kuasa penuh dalam perlantikan Menteri kabinetnya. Kabinetnya menjadi begitu bercelaru sehinggakan satu kementerian yang bertanggungjawab menjaga kepentingan orang Melayu dalam aspek perniagaan dan pendidikan lenyap tak tahu hilang ke mana.

Beberapa kali saya melihat dan mencari siapakah menteri Kementerian Pembangunan Usahawan tetapi tak jumpa-jumpa. Ke mana perginya MARA? Rasanya tak juga dijelaskan dalam ucapan panjang Najib sebelum pengumuman kabinetnya.

Mungkin harapan saya kepada Najib terlalu tinggi. Saya harapkan kabinet yang akan membuat Anwar Ibrahim berpeluh dan membuat Nasharuddin Mat Isa menangis kerana terlepas peluang untuk turut serta bergelar menteri.

Satu barisan kabinet yang membuat anak-anak muda berasa masa depan mereka di Malaysia akan lebih bermakna.

Selain dari Peter Chin, senarai lain mengecewakan. Ianya dipenuhi dengan ‘has been’ dan mereka yang sepuluh tahun dulu dikatakan ‘berpotensi’ tetapi hingga kini tinggal potensi.

Merenung kembali senarai kabinet ini, semakin suram sejuk harapan saya untuk melihat perubahan seterusnya di dalam institusi lain seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Di Raja Malaysia dan lain-lain.

Namun, jauh disudut hati saya, masih ingin terus memberi sokongan kepada Najib. Sekurang-kurangnya biarlah sehingga beberapa bulan. Harap-harapnya.

Tetapi, juga jauh disudut hati saya, terus berkata-kata, ini bukan Kabinet Najib! Ini bukan Kabinet Najib! Ini bukan keputusan Najib. Kabinet ini langsung tidak melambangkan retorik yang Najib uar-uarkan sejak menjadi Perdana Menteri. Kabinet siapakah ini?

http://kickdefella.wordpress.com/

Anonymous said...

Tahniah kabinet kawalan jauh Tun Mahahthir !!!!

SameerKhan said...

Yang PALING penting di negara kita sekarang adalah, Tun Dr. Mahathir berpuas hati atau tidak. Kalau negara hancur ke tangan pembangkang pun tak mengapa, asalkan Tun Dr. Mahathir senang hati. Kalau akar umbi tidak berpuas hati pun tak mengapa.

Itu saja.

Syabas.

Anonymous said...

Tanya KJ sendiri menagapa dia tidak terpilih dalam kabinet. Muhasabahlah diri sendiri.

Sebut sahaja KJ dia synonym dengan Rasuah dan Tkt 4.Budak sekolah pun tahu.

Anonymous said...

pATUTLAH PUAK PAS PANGGIL KO ROSHA TADIKA. SBB NYA PEMIKIRAN KO TENDAH DARI BUDAK TADIKA. KALAU DAH JELAS KJ KO TU ADA KES RASUAH YANG BELUM SELESAI BUAT PER NAJIB NAK JERUT LEHER DIA TANGGUNG BIAWAK HIDUP TU ROSHA TADIKA OIII.... KANG JENUH DIA NAK TEPIS TOHMAHAN DAN SERANGAN PEMBANGKANG. KO JGN PIKIR KEPALA KO JER .... NEGARA PERLU DI UTAMAKAN . KO NI SUKA SANGAT BUAT ARTIKEL YANG BOLEH MENIMBUL KEBENCIAN SESAMA ANTARA ORG UMNO SENDIRI LA. KO DUDUK DIAM2 BUAT KEJA KO. NI DOK BEBEL TAK TENTU PASAL KEJA ORG PER HEY NYER .......... COME ON LER ROSHA TADIKA .... APA PUN KITA PERLU BERSATU SEKARANG NI . BUKAN MASA NAK PUSH2 ORG YANG KITA SUKA, KITA PUJA . AKU TAK TAKSUB SESIAPA PUN. YANG PENTING BILA DAH ADA TANGGUNGJAWAB TU .. TUNAIKAN LAH DGN IKHLAS. KJ KO TU DAH DI BERI MANDAT PERJUANG PEMUDA, JAGA LER BETUL PEMUDA KITA . APA NAK GELOJOH SANGAT NGAN JAWATAN2 TU??? NI LA KELEMAHAN MELAYU MCM KO .bawa2 ler mengucap rosha tadika

KHAIRUL NAZRI said...

Salam ziarah,

1. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang lebih-lebih lagi hati sendiri. Kita amat mudah menghakimi sesuatu itu sedangkan kita sendiri tidak faham, tidak jelas, tidak berkaitan langsung.

2. Memang mudah berkata-kata, menulis rasa kerana bukan bebanan itu yang kita pikul. Lantak pi la.

3. Maka, kita seharusnya bertanggungjawab, memberi peluang dan dalam pada masa yang sama mengenengahkan idea dan saranan-saranan yang dapat membantu kita semua di dalam memperbaiki apa juga kaedah dan sistem yang sebelum ini tampak kelemahannya demi faedah bersama.

Kurangkan sengketa, Lebihkan kerja !

Anonymous said...

Saya gembira Mukhriz dipilih. Mukhriz diterima majoriti pemuda UMNO bahagian semasa pencalonan KP UMNO baru-baru ini sedangkan KJ hanya dipilih oleh perwakilan sahaja. Ini bermakna Mukhriz masih mendapat sokongan majoriti akar umbi pemuda UMNO bahagian.

Blogger UMNO said...

Salam,
seharusnya beliau gembira.Dan kita rakyat malaysia juga harus gembira.Khairy tumpu pada kepimpinan UMNO,Mukhriz berjinak-jinak dalam kabinet.Semoga semua success

Anonymous said...

DS Najib wajib ikut segala2 kata TDM sebab kalu tak, tak pasal2 DS kena serang oleh TDM.hanya TDM sorang saja yang paling betul kata2nya di Malaysia.

memandangkan anak beliau sudah ada dlm kabinet, TDM tak mungkin serang secara terbuka macam beliau pernah buat kat Pak Lah sebelum ni.

Lepas ni, giliran DS Ali Rustam pulak.Sapa2 berminat nak jadi KM Melaka, bolehlah isi borang sekarang ni dan hantar kepada TDM untuk approval.

Anonymous said...

betul kata jasa tu...mukhriz x sogok duit kt perwakilan,kj menang sogok perwakilan ' nak jadi wakil pd rakyat kena org yg amanah,telus dan jujur.......apalahhh.x usahlah nak riuh rendah lagi....hakikatnya org yg byk masaalah tidak diterima utk jdi pemimpin.........

Bro Jinggo said...

Salam Ziarah

Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri

Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.

Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.

Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan. Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau .

Salam Setiakawan

BJ

Anonymous said...

nak muntah aku dengar mukhriz tak sogok duit. piirah. korang bukan perwakilan, korang tak tau apa2, korang cuma dengar cakap mahathir saja.

Anonymous said...

Salam..
Inikah wajah KABINET RAKYAT? rasanya semakin lucu pula.Orang yang tiada sekolah dan tinggal didalam hutan di atas bukit pun kan mentertawakan kabinet baru ini.

Tun Mahathir,betulkah dia tak campurtangan dalam pelantikan Mukhriz? 1 dunia nampak dia d tv menyibuk dalam urusan politik la. jangan cakap tidak sebab Tun adalah mastermain dalam semua ini.

Sya adalah penyokong kuat kerajaan dan tidak mahu melihat kerajaan kita hilang maruah di mata masyarakat malaysia..jadi saya harap kabinet baru ini akan dapat jadi barisan pemimpin yang baik,adil dan berdisiplin. jangan ada gossip liar macam yang melanda DSN.