**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, July 23, 2009

KJFC MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

Khairy Jamaluddin Fan Club (KJFC) yang baru dilancarkan semalam di Laman Facebook diberitakan mendapat sambutan hangat. Sehingga berita ini ditulis seramai hampir 450 orang yang mempunyai akaun dengan Facebook telah menjadi ahli KJFC.

Melihat kepada sambutan hangat setakat ini, maka tidak mustahil sasaran awal 10,000 ahli akan dapat dicapai dalam masa terdekat.

Saya tertarik dengan kata-kata presiden Kelab ini bahawa penubuhan KJFC ini bukanlah kerana nama, harta atau wang berjuta tetapi adalah dari perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas.

Ianya adalah tanda sokongan berterusan kepada YB KJ. Apa juga badai, fitnah dan niat jahat pihak tertentu, bukanlah halangan kepada para penyokongnya untuk terus menyokong YB KJ demi melihat pemimpin muda ini terus gagah dipersada politik tanah air.

Yang menariknya ahli-ahli Kelab ini dapat berbincang dan memberi pandangan dalam apa jua isu dan YB KJ sendiri telah memberi pengakuan akan sentiasa aktif menyumbang kepada sebarang perbincangan dan menjawab sebarang pertanyaan yang diutarakan.

Sekiranya anda mempunyai akaun Facebook dan berminat untuk menyertai kelab ini, anda boleh pergi ke link yang saya sertakan di sini :- http://www.facebook.com/group.php?gid=134165467813&ref=nf

Terima kasih dan Salam Setiakawan.

15 comments:

RBF Online said...

parpukari pun minat nak join juga. boleh ke ?

ROSHATIKA said...

RBF, semua dialu-alukan termasuk Parpukari. Saya pun dah invite dia.

T. kasih

Generasi Pejuang Bangsa said...

faisal , kalau bro parpu nak join amat dialu-alukan .. kita kan rakan perjuangan ...

salam perjuangan

budak kecil said...

http://budak2kecil.blogspot.com/

mcm mana saya nak join kjfc ni

eM said...

kelab ni kalau ada niat yang baik tak per. Jgn ada kutuk mengutuk sesama sendiri yang amana akan memecahbelahkan orang melayu.

ROSHATIKA said...

Budak kecil, pergi ke link yang saya bagi tu.

PARPUKARI said...

RUANG BICARA FAISAL, AKU MASUK BLOG NI SEBAB AKU KENAL ROSHATIKA, OH MAAF SAYA TAK BERMINAT DENGAN KJ NI, ORG LAIN TAK KENAL MACAM SAYA KENAL DIA, MATI HIDUO BALIK PUN SAYA TAK AKAN JOIN...SORRYYY...HE HE HE

RBF Online said...

kpd parpukari

rilek ah. jgn marah2. semua diantara sama arah perjuangan. yang dah selesai tu selesailah. kita support yang terpilih. kalau tak nak support pun duduk diam2 ja. supaya org tak tahu permasalahan kita.

resepi kejayaan pas ialah kerana ahli mereka setia kepada ketua yg dipilih atau dilantik,walau mcm mana teruk sekalipun ketua mereka itu.

rilek parpu,rilek. jom mahbob. pekena teh tarik dulu

Nabau said...

Buang masa aku nak melayan si KJ tu...
Maleh aku!...

mail lambong said...

betul3..parpukari.. yang teruk kita tolak.. yang amanah,jujur dan berlandaskan islam kita sokong..

sebab tak tegur dan membantah lah umno bakal lingkup

merombak kepimpinan umno agar bergerak selari dengan islam..

budak kecil said...

saya dahulu membenci kj teramat sangat tetapi bila melihat kebolehan kj menjadikan saya rasa bersalah kerana membencinya dan setelah memerhatikannya saya merasakan kj memang layak menjadi ketua pemuda malaysia.dan kerananya saya membuat blog berkenaan politik demi membantu kj dalam meyatupadukan melayu
http://budak2kecil.blogspot.com

Detguaq said...

Aku tak pernah menyokong kj, apatah lagi ketika mula diparacutkan kedalam Pemuda UMNO hanya kerana Pak Metua dia. Akar umbi yang ada bukannya naturally pro, tetapi di 'derive' dgn catalyst berbentuk zetti. Aku bergerak rapat dgn G2 semasa PAU yg lepas dan tahu apa yg berlaku di PWTC tempohari.

Unknown said...

Sebagai penyokong KJFC ketua Pemuda UMNO Malaysia itu, Saya juga secara diam2 menyuruh perwakilan Pemuda UMNO dari beberapa Bahagian d Negeri Sabah membantu dan Mengundi KJ. Sekarang apa yg saya minta dan Mahu KJ dan KJFC ini lakukan adalah BERSUARA agar Kerajaan Persekutuan dan JPN melalui JPN dan Kerajaan Negeri Sabah menghentikan Pengeluaraan Surat Beranak serta May Kad kepada Pendatang2 daripada Philipine,Indonesia,Pakistan dan India d hentikan dengan kadar seberapa SEGERA yg boleh....D dalam Negara kita Malaysia ini saya lihat2 bukannya Pihak Pembangkang PR yg mengadai "HAK MELAYU" tetapi yg nyata adalah UMNO @BN itu sendiri. Semasa mengalahkan PBS pada tahun 1994 dahulu Kerajaan Persekutuan telahpun mengeluarkan May Kad kepada PATI dari Indonesia dan Philipine melebihi 2 juta orang. Sekarang lagi ura2 mahu mengeluarkan 3.5 juta orang....D Negeri Sabah perkara ini amat2 d pandang serius. D Malaysia timur mengikut ramalan dan desas desus yg saya dengar Komponen BN dari 2 buah Negeri Sabah/Sarawak akan keluar daripada BN sekurang kurangnya 3 buah Parti yg berpengaruh 2,3 bulan sebelum PRU ke 13 nant,Kerana mereka kurang senang hati d atas Pemberian status kewarganegaraan kepada Warga Asing ini tanpa memikirkan Kesan yg timbul d kemudian hari. Insyallah kita lihat sejauh mana kebenarannya.....

Pemuda PAS Kijal said...

Salam...

Hambe pun nok join jugok !!! boleh ke ???