**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, July 3, 2009

PAS PERLU KALAH DI MANEK URAI.....


Semalam saya sempat `berjalan-jalan’ ke beberapa kawasan peti undi seperti Laloh, Lata Rek, Manik Urai dan Manik Urai baru walaupun hujan lebat membataskan pergerakan saya.

Saya sempat singgah di beberapa kedai kopi yang dipenuhi pelanggan. Daripada cara berpakaian saya dapat mengagak parti mana yang mereka sokong.

Dengan bantuan suami yang memang berasal dari Kelantan, dapatlah saya berkomunikasi dengan penduduk setempat yang begitu pekat `loghat’ Kelantannya.

Secara keseluruhannya, mereka yang saya temui tidak dapat mengagak dengan tepat parti mana yang akan menang pada kali ini. Kebanyakkannya berkata peluang ialah 50-50.

Ramai juga pengundi di sini sebenarnya tidak peduli tentang parti. Kata mereka “PAS atau UMNO sama saja, dua-dua parti orang melayu beragama Islam”, tetapi kriteria calon yang akan menjadi pilihan.

Lalu saya mencelah, “kalau macam tu, sudah tentu Tuan Aziz yang akan menjadi pilihan”. “Nampaknya begitulah” kata mereka. Saya fikir mereka membandingkan latarbelakang akademik Tuan Aziz berbanding calon PAS.

Lagipun kata mereka Tuan Aziz lebih dekat dengan mereka. Sebagai seorang pegawai KESEDAR, beliau banyak membantu penduduk-penduduk di kawasan ini.

Daripada cerita yang saya dengar dari penduduk disini, Tuan Aziz tidak `kekok’ berdampingan dengan penduduk. Beliau akan sama-sama melapah lembu di kenduri-kendara, sama-sama melawat penduduk-penduduk yang `sakit demam’ dan yang terpenting deria hidungnya telah `imun’ dengan bau `pot getah’.

Selain daripada itu, yang begitu mengejutkan saya ialah apabila sekumpulan penyokong PAS yang saya kenali daripada cara berpakaian mereka, meluahkan PAS mesti dikalahkan di PRK Manek Urai kali ini.

Alasan yang mereka berikan ialah untuk menyedarkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Kenyataan-kenyataan keras dan tidak berlapik TG Nik Aziz seperti menyamakan UMNO dengan ajaran sesat ayah pin, komunis dan menolak perpaduan dengan UMNO telah melukakan hati penyokongnya sendiri.

Mereka dengan tegas menyatakan seandainya kekalahan Pas di Manek Urai boleh menghapuskan wabak, sindrom dan virus riak pemimpin tertentu PAS, maka membantu mengalahkan Pas adalah lebih baik dari membantu memenangkannya.

Sekiranya kumpulan ini terus dengan sikap tersebut dan dibantu dengan jentera UMNO/BN
yang bersemangat dan tersusun disini, saya berpendapat tidak mustahil UMNO/BN akan merampas semula kerusi DUN ini.

2 comments:

PaKMie said...

Salam...

Satu actikel yg baik...

Sepanjang lawatan Pmie ke peti2 undi
ramai mengatakan PAS kena akur jika para penyokongnya tdk mengudi parti itu atau tdk keluar mengundi 14hb nanti.

Katanya melalui tindakan seperti ini Pas skan kalah. Ramai pemimpin pas skrg tdk seperti pas dulu2 katanya.

Calon Umno Tuan Aziz juga selalu mendampingi masyarakat, tiada sebab para penyokong pas akan memihak kpd Umno nanti..

Asalamualikum dan salam sejahtera...Slmt berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

Nik Aziz memang melampau.

Sampai hati umat Islam parti lain dikaitkan dengan komunis dan Ayah Pin.

Orang PAS selalu menasihatkan jangan sebarangan tuduh orang munafik dan kafir.

Tapi ketua2 PAS buat juga.

Apa nak jadi?