**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, July 13, 2009

PRK MANEK URAI : KEMENANGAN MENANTI BN

PAS baru? Selepas berkawan dengan PKR dan DAP.


Selepas selesai mengikuti Wacana 1Malaysia selama 2 hari di PWTC, saya bergegas semula ke Manek Urai untuk menyambung perjuangan yang belum selesai. Insya-Allah saya akan berada di sini sehingga selesai hari pembuangan undi.

Banyak sekali perubahan yang berlaku di Manek Urai jika dibandingkan dengan beberapa hari yang lepas semasa saya meninggalkan Manek Urai.

Malam tadi saya terperangkap di dalam kesesakan jalan raya hampir satu jam di Sungai Sok yang terletaknya Pusat Operasi BN. Pusat Operasi pula penuh sesak dengan jentera BN yang datang dari seluruh pelusuk tanahair.

Pada pandangan saya, ini adalah perkembangan yang luar biasa. Semangat jentera BN berada dikemuncaknya. Hasrat untuk melihat kemenangan BN adalah cerah di Manek Urai. Itulahah telahan yang boleh saya buat setakat ini.

Malam tadi saya sempat juga ke peti undi Laloh, memang berbeza sekali berbanding beberapa hari yang lepas. Dikebanyakkan tempat poster-poster BN telah menenggelamkan poster-poster PAS.

Di kedai-kedai kopi, penyokong BN begitu ceria sekali. Kebanyakkan perbualan menjurus kepada BN akan memenangi kerusi DUN ini.

Bukankah itu menandakan PAS akan mendapat malu besar di Manek Urai? Sama-samalah kita tunggu kebangkitan gelombang biru rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Dikala Pusat Operasi BN mendapat sambutan hangat daripada jentera dan pengundi, markas-markas PAS pula kelihatan lesu. Ceramah-ceramah yang mereka anjurkan tidak mendapat sambutan.

Oleh itu mereka mengulang-tayang ceramah-ceramah pemimpin Pakatan songsang termasuklah ceramah Lim Guan Eng di skrin besar.

Inilah melayu/Islam yang tidak sedar diri. Mengaku memperjuangkan Negara Islam tetapi bersekongkol dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Negara Islam.

3 comments:

bungaraya said...

Yakin nampanya Sdri ini. Syukurlah tu!

red rooster said...

Sdri,
Syabas dan teruskan perjuangan. Saya nampak sdri kat Manek Urai beberapa hari lepas... tak dan nak tegork!!!!
Semoga berjaya!

Anonymous said...

kalau pas tuduh umno ajaran sesat, umno pun boleh tuduh pas ajaran sonsang. Allah suruh berpeggang teguh dengan tali Allah, dia tetap peggang teguh tali dap. Allah larang bermusuhan sesama islam, dia lagi rapatdengan dap, Islam suruh berpadu sesama UMNO untuk Islam , lagi dia lagi minat nak langka mayat dap. bukan kah itu ajaran sonsang.