**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, July 15, 2009

PRK MANEK URAI : PENJUAL IKAN MENANG `NYAWA-NYAWA IKAN'


Saya sekarang dalam perjalanan balik ke Port Dickson. Saya menerima hakikat kekalahan tipis di Manek Urai (MU) tetapi saya meninggalkan MU dengan perasaan penuh bangga dan semangat baru kerana UMNO/BN kini kembali diterima rakyat.

Saya belum menerima analisa penuh keputusan PRK tersebut tetapi yang pasti, kita dapat menyaingi mereka di semua saluran termasuk pengundi muda yang mula berpihak kepada kita.

Seperti SMS daripada Eizwan Abdullah (Ketua Biro Unit Media Baru Pemuda UMNO Kelantan – http://www.eizwan.com/) yang baru saya terima sebentar tadi, kita akan teruskan semangat ini kerana sesungguhnya perjuangan ini tiada penghujungnya.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama baik kepada saya semasa di MU terutamanya Tun Faisal, Eizwan Abdullah, Che Soh, team penerangan UMNO Malaysia (Ai, Combi, Shidah), Kak Mimi (SUK Wanita UMNO Kelantan), unit IT UMNO Kelantan (Bob), rakan-rakan bloggers (RBF, Minaq Jinggo), Media massa (BH, Utusan, Star, Malaysiakini (Jimadie), Bernama) dan semua rakan-rakan bloggers di luar sana.

Tahniah juga daripada saya kepada SEMUA jentera BN yang begitu bersemangat sekali bekerja untuk Parti disini. Seperti kata Datuk Rauf malam tadi, kita jangan kecewa, Insya-Allah kita akan diberikan Allah kemenangan selepas ini.

17 comments:

kumb@ng said...

salam,

hakikatnya walau nyawa-nyawa ikan kemenangan tetap berpihak pada PAS walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai cabaran termasuk termasuklah jambatan 7 juta untuk penduduk manik urai. dan saya berharap TPM dapat tunaikan janji kerana RM7 juta bukan duit poket UMNO atau BN tapi duit rakyat dan sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat. jangan bila menang baru rakyat dapat nikmati semua ni. tanggungjawab sebuah kerajaan mestilah jelas. wajib sediakan infrastruktur dalam apa keadaan sekali walau tidak menyokong UMNO/BN. saya harap pru akan datang jambatan itu sudah siap di bina untuk rakyat manik urai.

Anonymous said...

Tehniah juga utk Tok Pa dan Awg Adek.

kelambuharimau said...

ish10 sepatutnya pas dah sedar

Darth Anwar said...

Woi Kumbang, parti kau kalau menang pun tak mahu tunai janji. Ini kami kalah, kenapa nak mintak janji dari kami? Kami tunai janji kalau menang.

Puak2 PAS ni memang tak boleh berfikir.

Dan kami kalah pun tipis sebab ramai anak muda Manek Urai yg kat KL tak balik - kes ini lebih baik sikit je compare dgn KT dulu - sebab KT lebih jauh dr KL. Insya'allah PRU13 depa balik semua.

Allah bersama-sama dgn perjuangan UMNO yang ingin menegakkan kekuasaan Islam, bukannya PAS yg nak menegakkan BONEKA DAP. Sebab itu kami kalah tipis di KUBU KUAT kamu. Sepatutnya kami kalah banyak lagi.

Anonymous said...

itulah UBN berkempen tabur janji manis tujuannya nak tarik undi. Sebenarnya tak ikhlas langsung nak tolong penduduk manik urai. Kami tak heran pun dengan majoriti tipis yg penting menang!kalau umno betol2 berjuang kerana islam tolong lah tutup punca2 maksiat spt konsert,disco dll.isteri PM tu suruhlah tutup aurat!ada berani ka?

mail lambong said...

sudah lah tu..BN dah kalah..
UMNO ni asyik cari sebab dan alasan. dah memang kenyataan pun UMNO dah kalah.jangan lah nak buruk-burukkan orang lain.

berubah lah..jangan asyik tidur je..

kenapa UMNO kalah..

Pada tahap pertamanya iaitu tahap kejayaan mengatasi penentangan dan berjaya mendapat kekuasaan, pihak penguasa menjadi model bagi rakyatnya dengan sifat-sifat baiknya; dalam membuat keputusan-keputusannya rakyat ikut serta dalam usaha demikian kerana itulah yang dituntut oleh semangat perpaduan. Dan sifat itulah yang menyebabkan tercapainya kemenangan dan dengan sifat itu pula dinasti itu akan berterusan.

Tahap kedua ialah tahap bila penguasa akan bertindak sewenang-wenang dan membuat keputusan-keputusan tanpa diikut serta oleh mereka yang dipimpin. Pada tahap ini pihak penguasa akan berusaha untuk menghimpunkan pengikut yang ramai untuk mendiamkan pendapat lain dan aspirasi lain. Maka seluruh kuasa berada di tangan keluarganya. Maka timbul usaha untuk mengemilangkan keluarganya sahaja.

Tahap ketiga tahap senang sentosa, bila hasil daripada kedaulatan itu dicapai: harta, kekuasaan, nama yang masyhur, adanya monumen-monumen. Demikian seterusnya. Anugerah diberikan kepada wakil-wakil asing, juga kepada rakyat sendiri. Tahap ini tahap terakhir pihak penguasa bertindak sewenang-wenang terhadap mereka yang diperintahnya.

Tahap keempat tahap puas hati. Dia hidup damai dengan mereka yang menjadi sahabat sepemerintahannya. Tradisi dan kebiasaan diteruskan.

Tahap kelima tahap boros yang berlebihan. Pada tahap ini pihak penguasa menjadi perosak apa yang terbina sebelumnya. Ia menuju kepada pemuasan hawa nafsu, kesenangan, hiburan diri bersama dengan kaumnya, menunjuk-nunjukkan kedermawanan kepada orang-orangnya; ia mengambil mereka yang berwatak jahat untuk bertugas dengannya. Akhirnya orang ramai membenci pihak penguasa yang membawa kepada kejatuhan dinasti berkenaan.

Manek Urai said...

SALAM..
SAYA JUGA UCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KERJA KERAS AKAK DAN KAWAN-KAWAN DARI NEGERI SEMBILAN DALAM MEMBANTU KEMPEN BN DI MANEK URAI.

TERIMA KASIH JUGA ATAS KESUDIAN MENJENGOK manekurai2009.blogspot.com

Anonymous said...

bn boleh menang dan sepatutnya menang... cuba semak undi rosak. ada 117 semuanya. bn hanya perlu 92 undi saja daripada undi rosak tu untuk menang dengan majoriti 1 undi.

kepada bn yg kalah, jangan berputus asa dan teruskan usaha. bn boleh menang tetapi kena ubah cara berkempen.

ingat: menang tetap menang, kalah tetap kalah.

Eizwan Abdullah said...

UMNO perlukan lebih ramai pejuang sejati seperti Kak Ika dan suami. Saya amat kagum dan tertarik dengan semangat yg ditunjukkan oleh kakak & suammi.. TAHNIAH & Terima kasih kerana menjadi sebahagian drpd jentera kita di MU. Insya Allah, kemenangan menanti kita di hari-hari yang mendatang. Teruskan perjuangan kita, kerana sesungguhnya perjuangan kita tiada noktahnya....

kumb@ng said...

salam,

di negara ini perjuangan yang tiada noktah ialah perjuangan menegakkan hukum ALLAH!

sesatkah PAS berjuang untuk tegakkan hukum ALLAH?
sesatkah PAS galakkan wanita tutup aurat?
sesatkah PAS ingatkan kita jangan tinggal solat?

kalau umno kata umno tak sesat buktikan apa yang umno dah buat untuk Islam.

bina masjid?
bank islam?
pusat islam?
sekolah islam?
cukupkah semua ini bila rompak, rogol, bunuh, seks bebas, rempit, ganster, ragut, hiburan melalaikan semakin berleluasa?

saya tak kisah apa umno nak kata PAS sesat sebab PAS pun kata umno sesat.

apa susah sangat nak cari kebenaran siapa yang sesat.

caranya PAS dan umno debat di TV dan siarkan secara langsung. biar rakyat nilaikan sendiri siapa yang sesat. berani?

ROSHATIKA said...

Salam kumb@ng,

Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan permainan politik PAS yang selalu menyalahkan pihak lain dan hanya bijak berkata-kata.

Mungkin tahun pertama dan kedua, rakyat akan percaya janji-janji PAS. Tetapi selepas hampir 20 tahun memerintah Kelantan, rakyat ingin melihat janji-janji tersebut dilaksanakan.

Janji ingin jalankan hudud dan tubuhkan negara Islam, tapi berpakat dengan DAP dan PKR yang terang-terang menolak hudud dan negara Islam. Mana rasionalnya? Bukankah bikin tak serupa cakap?

Janji tingkatkan syiar Islam tetapi di Kelantan selama 20 tahun hanya satu masjid dibina iaitu masjid tradisi cina di Rantau Panjang. Alasannya tak ada duit tapi berhala boleh pula di luluskan dan dibina dimana yang terbaru dan terbesar di Asia yang berdiri megah di Bachok menerima sumbangan kerajaan negari sebanyak RM0,000.00

Kuil hindu boleh pula dibesarkan dan yang paling mengejutkan sekarang di Kota Bharu dah ada Pusat Injil. Syiar apakah ini?

Itulah yang banyak diperkatakan di Manek Urai, Rakyat dah bosan dengan PAS yang bikin tak serupa cakap.

kumb@ng said...

salam,

tentang Kelantan akak berhak kata apa saja kerana suami akak orang Kelantan dan melihat semua itu di depan mata. Saya tak nafikan semua yang akak cerita. bagi saya itu tanggungjawab kerajaan negeri yang amalkan kebebasan agama walaupun Islam tetap diutamakan. Hak ugama lain juga kena hormati.

Saya pernah ke Kelantan dan pada pandangan saya Kelantan amalkan ciri-ciri sebuah pemerintahan Islam. cuma hukum hudud belum laksana atas sebab-sebab halangan dari perlembagaan persekutuan. nak laksana hudud di negeri boleh tapi kena tukar perlembagaan persekutuan dulu. dalam pas kita terima dan sebab itu saya kata perjuangan yang tiada NOKTAH ialah perjuangan menegakkan undang-undang Islam. Umno ada kuasa kenapa tak tegakkan? maknanya umno juga boneka MCA, MIC, PPP sebab takut nak laksana undang-undang Islam.

berbalik tentang Kelantan apa yang saya lihat perkara tentang solat diutamakan. saya pernah ke sebuah bazar di kota bahru. sebaik saja azan waktu solat kebanyakan peniaga tinggalkan premis mereka untuk solat berjemaah di surau. mereka tidak risau premis mereka di curi tapi yang penting solat diutamakan. ini persoalan pokok ajaran Islam. Solat 5 waktu dan berjemaah.

Selain itu pada hari Jumaat shopping kompleks di Kelantan akan tutup kira-kira sejam setengah untuk beri laluan pada solat Jumaat. Banyak lagi ciri-ciri islam lain seperti tutup pusat maksiat dan galakkan terutama kaum wanita tutup aurat.

Pada saya ciri-ciri ini tiada di tempat lain dan ini merupakan antara kejayaan TG MB tarbiyah rakyat Kelantan supaya utama solat iaitu tiang agama Islam selain menutup aurat. disco, pusat karaoke jangan harap ada kat Kelantan. kalau nak hiburan pergi ke negara jiran.

sepatutnya negeri-negeri lain yang umno perintah juga mencontohi kelantan. kerana punca keruntuhan moral orang Islam disebabkan tinggal solat dan ada ruang-ruang untuk buat maksiat seperti disco, pub, konsert dll. dalam keadaan TG MB cuba kawal masih berlaku masalah sosial di kelantan apatah lagi ditempat lain.

Bagi saya politik adalah satu cara untuk dapatkan kuasa. dalam politik tak kira umno atau pas akan buat apa saja untuk berkuasa. cuma bila berkuasa apa tujuan kita sebenarnya? semata nak kumpul harta atau berjuang menegakkan agama ALLAH?

ROSHATIKA said...

Kumb@ng,

Sekarang sepatutnya kurang bercakap tetapi melakukan apa yang telah dicakapkan.

Kalau betul PAS tidak mempolitikkan hudud dan negara Islam, maka akak CABAR PAS untuk mengemukakan draf hudud dan negara Islam kepada PM baru, DS Najib.

Sekiranya PAS tidak mengemukakan draf tersebut maka terbukti PAS hanya `main-main' dengan isu tersebut untuk mendapat undi orang melayu/Islam.

Sekarang akak berpegang kepada kata-kata DS Najib, tidak perlu berdegar-degar cerita pasal Islam untuk kita memartabatkan Islam dan tidak perlu berdegar-degar bercerita tentang ketuanan rakyat untuk kita membantu rakyat.

Setelah hampir 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan hampir 2 tahun PR memerintah beberapa negeri, apakah yang telah dilakukan oleh PR samada untuk agama atau untuk rakyat? Jawapan kosong kecuali penuh dengan skandal seks, rasuah dan sebagainya.

Rakyat dah bosan dan mula sedar telah tertipu dengan janji kosong pembangkang semasa PRU-12. Buktinya di Manek Urai.

Akak bagi masa setahun sahaja lagi untuk rakyat kembali menyokong BN. InsyaAllah.

kumb@ng said...

salam kak,

kenapa nak kena tunggu PAS drafkan hukum hudud pada PM?

kenapa umno sendiri tak drafkan, bawa ke perlimen, luluskan dan kemudian laksanakan?

di sini kita bicara soal siapa yang paling berkuasa.

kuasa PAS di negeri dan kuasa umno persekutuan.

susah sangatkah umno nak laksana hudud?

ROSHATIKA said...

UMNO kan parti orang jahil, parti ajaran sesat ayah pin, mana pandai.

Atau PAS belum ada draf pun? Sebab tu lah akak kata, PAS ni pandai cakap je.

20 tahun perintah Kelantan tak buat apa-apa. Mercu tanda baru serambi Mekah yang 2 juta dan tertinggi di asia tu ada lah.

kumb@ng said...

salam kak,

maka benarlah apa TG kata umno sesat sebab ahli sendiri dah mengaku.

tapi saya tak anggap pengakuan akak kenyataan rasmi umno bagan pinang. mungkin akak bergurau kerana tiada jawapan kenapa umno tak mahu hudud.

untuk pengetahuan akak, draf hudud sudah diluluskan di DUN Kelantan pada tahun 1993. tetapi disebabkan halangan undang-undang persekutuan maka Hudud tak dapat dilaksanakan di Kelantan. Boleh saja PAS bermatian nak tegakkan hudud tapi itu bukan caranya. PAS nak cara demokrasi. melalui pilihanraya. walau dalam ruang yang terhad tanpa sokongan media perjuangan mesti diteruskan.

sebab tu saya bicara soal KUASA. UMNO ada KUASA, kenapa taknak laksana? nak draf hudud? jumpa TG Nik Aziz.

Di Terengganu pun ada. Hudud diluluskan di DUN pada tahun 2002.

Sudah ada 2 draf. pilih saja Kelantan punya atau Terengganu.

Dalam sesebuah kerajaan pembangunan adalah penting tetapi biarlah seiring antara pembangunan fizikal dan rohaniah. Umno memang megah dengan pembangunan fizikal tetapi mereka lupa itu memang tanggungjawab sebuah kerajaan. dan umno berjaya kerana semua peruntungan kewangan umno yang kawal. tetapi kena ingatlah. wang yang umno buat untuk pembangunan bukan duit kocek mereka tapi duit rakyat melalui cukai dan sebagainya.

dengan itu kelantan juga berhak dapat peruntukan seperti negeri-negeri lain dapat. bukan salur melalui KESEDAR yang umno kelantan kawal.

ROSHATIKA said...

Kumbang,

Nak laksanakan hudud pun kena ikut demokrasi ke? Mana yang lebih agung, hudud atau demokrasi?

Akak tak nak cakap pasal hudud yang PAS luluskan masa belum bergabung dengan DAP.

Kalau PAS lebih takutkan ALLAH, kemukakan pada PM baru sekarang kecuali PAS lebih takut kepada Karpal Singh.