KESABARAN kita ada titik noktahnya. Ketenangan pagi ini telah di cemari apabila membaca kenyataan biadab Ahli Parlimen PKR Telok Kemang, YB. Dato’ Kamarul Bahrin Abbas yang menyokong Karpal Singh menyaman Sultan Azlan Shah.Kenyataan tersebut berbunyi “Saya ucapkan syabas kepada Karpal Singh! Semangat macam inilah yang kita perlukan. Tanpanya, tanpa seseorang yang berani seperti beliau, mencabar kesahihan isu yang sedang berlaku sekarang ini. Selagi itulah UMNO akan mengganas. Teruskan dengan memfailkan saman itu kerana selagi kita membiarkan perkara-perkara sebegini selagi itulah UMNO tidak akan sedar………… Teruskan dengan memfailkan saman & kita lihat sama ada langit itu tinggi ataupun rendah”. Kenyataan penuh boleh dirujuk disini.
Kenyataan ini secara rasminya mengikut rentak yang telah dicanangkan oleh Anwar Ibrahim iaitu 'MENGISTIHARKAN PERANG' terhadap Tuanku Sultan Azlan Shah.
Berselindung disebalik perundangan konon. Bukankah matlamat sebenarnya ialah untuk memulakan 'percikan-percikan api' bagi membenarkan satu gerakan REVOLUSI MENJATUHKAN SULTAN-SUTAN MELAYU!!!.
Memang benar Anwar Ibrahim telah menyemai semangat 'ketuanan rakyat' yang digembar-gemburkan sebagai satu platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara dengan menggunakan slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT’.
Sebenarnya ia membayangkan cita-cita Anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DALAM ERTI KATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN REPUBLIC OF MALAYSIA'.
Anwar Ibrahim adalah merupakan anak melayu yang pertama menyokong agenda menarik balik kuasa raja-raja melayu pada tahun 1993. Gertakan Anwar yang pada waktu itu merupakan Naib Presiden UMNO untuk mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja menyebabkan seluruh sultan-sultan melayu terpaksa tunduk di tangan Anwar
Dan kerana gertakan maha hebat inilah Anwar Ibrahim berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO setelah imejnya menumbangkan raja-raja melayu terbukti berhasil.
Anwar Ibrahim telah menyambung usaha-usaha `regim’ kafir untuk menghakis kedaulatan raja-raja melayu. Anwar Ibrahim dan 'ketuanan rakyat' telah berjaya menyambungkan semula idea 'malayan union' iaitu satu konsep total menghapuskan hak Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini.
Persamaan konsep 'malayan union' dan 'ketuanan rakyat' ini telah diimplementasikan di Penang dengan penghapusan DEB sehari selepas kemenangan DAP. Hari ini di Perak mereka telah memulakan langkah-langkah implementasi ke arah menjahanamkan maruah Ke Bawah Duli Sultan Azlan Shah.
Oleh itu saya menyeru kepada seluruh umat melayu khasnya yang berada di bawah Parlimen Telok Kemang...AYUH! BANGKIT DAN PERTAHANKAN SULTAN AZLAN SHAH HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR.
Kepada rakan-rakan seperjuangan di Parlimen Telok Kemang BANGKITLAH DARI KELESUAN INI. AYUH!!! PEMUDA HARAPAN BANGSA, SRIKANDI TIANG NEGARA, MARILAH SAMA-SAMA KITA BERSATU HATI MEMBULATKAN TEKAD, MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENDIRIAN AHLI PARLIMEN PKR TELOK KEMANG INI YANG MENYOKONG KARPAL SINGH MENYAMAN SULTAN AZLAN SHAH.
Kepada semua Mujahiddin Melayu di Telok Kemang, SEDARLAH, RAJAMU SEKARANG SEDANG DIPIJAK DAN DIHINA.
DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU


























