**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, February 12, 2009

MB KEDAH NAFI BUBAR DUN, PR SELANGOR BERMESYUARAT HARI INI

Di Kedah menteri besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan khabar-khabar angin beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat kerana bimbang terdapat ahli DUN yang akan melompat parti.

Azizan berkata, dia masih selesa dengan keadaan sekarang dan tidak berhasrat untuk membubarkan DUN.

Sementara itu Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan mengadakan satu mesyuarat hari ini bagi membincangkan `kehilangan' Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat yang akan dihadiri Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat itu turut akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri itu.

4 comments:

Sahabat-Gunung said...

Panas bontot dah Pakatan Rakyat nie. Takpelah, buat apa sahajalah.

kau menang bukan beerti kau benar, kau kalah bukan beerti kau salah, menang dan kalah bukan sempadan kepada benar dan salah. Yang benar tetap benar walau dipertikai, yang salah tetap salah walaupun diselindungkan

API kecil kawan BESAR LAWAN said...

Politik malaysia bertambah warna warni.

Kalau dulu banyak lembu nak bertarung didalam gelangan
dituruti sang katak,
sang b***,
kini sang sumpah-sumpah pun teringin nak digelar YB,
Yang Berhormat untuk dihormat,
Yang Berharta,
Yang Berusaha untuk diri dan diri-diri
Yang Ber...
Yang Ber...
Yang Ber...
Yang Ber...
Yang Ber...
tiada yang positif hanya negatif
banyak (bukan ramai) sudah pandai kurangajar
kurangdiajar
kurangdiajar lebih mengajar
tok guru
ustaz
muslim
yang muslim
hanya janji luaran
hati nanya ALLAH yang tahu
ALLAH, tuhan untuk semua manusia
ALLAH yang ESA
tidak beranak dan diperankkan
aku nak belajar semula rukun iman
percaya kepada HARI KIAMAT, KADA dan KADAR

singamaraja said...

UMNO bila lagi nak ghampeh Kedah

Syammil said...

xpayah kacau kerajaan kedah..kedah sejahtera skg ni