**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, February 27, 2009

PEMBANGKANG JANGAN BERSORAK DULU

Semalam Perdana menteri meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang telah diumumkan kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Bernama dari Pattaya, Thailand.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," beliau dipetik berkata di sela-sela program Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean hari ini.

Oleh itu pembangkang janganlah bersorak dulu. Fikirlah kesusahan rakyat dengan kenaikan tersebut dan bukannya bergembira kerana dapat `menangguk di air yang keruh'.

Mereka sebenarnya bukan mempedulikan kesusahan rakyat, sebaliknya bersorak kerana dapat dijadikan bahan kempen mengelirukan rakyat.

Kalau kita masih ingat, beberapa minggu lepas apabila ada ura-ura harga gula akan dinaikkan, mereka juga bersorak gembira. Mereka tidak mempedulikan kesusahan peniaga-peniaga kecil terutama sekali penjual kuih-muih yang banyak menggunakan gula.

Bagi mereka kenaikan tersebut memberi peluang untuk mereka menghentam kerajaan BN.

Kepada PKR Telok Kemang, ubahlah mentaliti kamu semua. Jangan menjadi `talam dua muka'. Kerana anda telah dipilih oleh rakyat Telok Kemang, maka sama-samalah dengan kerajaan di parlimen mencari jalan menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh negara.

Sementara itu di Pulau Pinang Penduduknya terutama pengguna Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth masih menunggu janji manis kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menghapuskan tol Sungai Nyior.

Janji ini dibuat di dalam manifesto pilihanraya umum yang lalu. Dek kerana termakan janji ini rakyat negeri Pulau Pinang menghadiahkan Pulau Mutiara kepada DAP dan Pakatan Rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini dikritik hebat dalam isu tol sebaliknya telah mengambil langkah proaktif dengan menghapuskan dua tol iaitu di Plaza Salak Jaya di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) menghala ke Kuala Lumpur di New Pantai Expressway (NPE).

Rakyat tidak boleh ditipu selama-lamanya!!!

3 comments:

WIRA DAMAI said...

As.kum.. rasanya PKR tak talam 2 muka. tapi sebaliknya hanya setelah kewujudan PKR barulah UMNO mula mahu berubah dan bersedia utk menerima perubahan.

Kalau takde PKR dah tentu UMNO akan jadi terus alpa dan lupa..

Nasib baik ada PKR.. kerana PKR yang selalu mengingatkan UMNO agar berikan perkhidmatan yang terbaik utk rakyat.

Kalau takde PKR, dah tentu Melayu UMNO mudah lupa. Nasib baik ada PKR. Maka Melayu UMNO jadi lebih gigih berusaha utk mengembalikan sokongan rakyat.

UMNO tak boleh selama-lamanya mengatakan ora lain penipu, kerana lebih 51 tahun UMNO lagi telah banyak menipu. Jadi dengan adanya PKR, UMNO dah mula tinggalkan amalan menipu serta mula jujur pada rakyat.

Maka dengan adanya PKR, UMNO boleh berjaya. Tapi syaratnya UMNO kenalah kerja kuat. Bukan kencing kuat..

Generasi muda tak pandang duit UMNO, tapi generasi muda menilai kejujuran UMNO ataupun PKR.

Buat Cik Puan Rosyatika. Tahniah atas tulisan anda.. Marilah kita mengajak seluruh pembaca agar berfikir..

alluqman said...

Betul tu... Bijak sungguh PKR ni. Gempaq pulak 16 september nak tukar Kerajaan dan boleh lah pelabur cabut lari.... Bijak-bijak.... banyak minum susu cap lembu tu......

BRO JINGGO said...

Salam

Ada-ada saja yang dijadikan isu yang dimainkan oleh pembangkang ni... macam-macam andaian dibuatnya, sedangkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang sudah semakin parah dan tidak langsung memberikan kesan untuk membaiki keadaan... malah lebih teruk dari sebelumnya...

Sekarang ni Kapal Karam singh berani berkata Singh is King.Singh CELUPAR ini juga kini tidak ada batasannya lagi untuk menghina orang Melayu dan Raja Melayu .

Inilah Padahnya bila Melayu Pas benci Melayu UMNO tetapi jatuh cinta pada yang benci Islam.


BJ