**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, February 4, 2009

HAMPIR PASTI KERAJAAN BARU DI PERAK PETANG INI





Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sah telah meninggalkan parti masing-masing meletakkan kerajaan campuran negeri Perak kini ibarat telur di hujung tanduk.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang Hee Yiot Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak hari Rabu telah menghantar surat kepada parti masing-masing memaklumkan keputusan keluar parti.

Agendadaily yang mendapat salinan surat ketiga-tiga ADUN berkenaan daripada sumber dalaman PKR dan DAP, mengesahkan surat berkenaan telah diterima oleh parti masing-masing berdasarkan cop tanda terima PKR dan DAP pada surat berkenaan.

Dalam surat tersebut ketiga-tiga mereka menjelaskan telah hilang kepercayaan kepada parti masing-masing dan keluar dari parti yang diwakili. Namun surat itu menegaskan, perisytiharan keluar parti itu tidak bermakna mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN.

“Sila ambil maklum bahawa perisytiharan saya keluar parti/tidak lagi menjadi ahli DAP tidak bermaksud saya meletakan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri dan apa jua notis perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri yang ditandatangani secara “undated” dan tidak cop rasmi saya adalah dengan ini terbatal secara ab initio ,” demikian tegas Yit Foong dalam suratnya yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

Begitu jugalah kandungan surat Jamaluddin dan Osman yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Difahamkan surat tersebut telah sampai kepada pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Ekoran itu Nizar dijadual membuat sidang media jam 1.00 petang yang dikatakan akan membuat pengumuman pembubuaran DUN Perak tetapi telah ditangguhkan. Difahamkan pihak Istana Perak telah dimaklumkan mengenai perkembangan yang berlaku dan ketiga-tiga ADUN berkenaan telah mengutuskan surat kepada pihak Istana menyatakan sokongan kepada Barisan nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru.

~Agendadaily

No comments: