Selepas Pakatan Rakyat tumbang di Perak, perkara yang menjadi teka-teka kepada rakyat sekarang adalah siapakah menteri besar baru yang akan menerajui kerajaan Negeri Perak.
Antara nama-nama yang di sebut ialah ADUN Pangkor Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, ADUN Manong, Datuk Ramly Zahary dan ADUN Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan.
Kita percaya sesiapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan negara akan di sokong oleh rakyat Perak tetapi kita berharap menteri besar yang dipilih nanti adalah benar-benar di sukai oleh rakyat dan bukannya dipilih kerana disukai oleh sekelompok ahli parti.
Menteri besar Perak ini juga selain berkelayakan mestilah individu yang boleh merealisasikan agenda perubahan yang dilaung-laungkan oleh Parti.
Bagaimana pendapat anda? Sila tinggalkan pendapat anda di sini.
No comments:
Post a Comment