**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Saturday, February 7, 2009

APAKAH TANDANYA APABILA ADUN PKR KEDAH `BERCUTI'?

Sewaktu desas-desus BN akan menumbangkan kerajaan Kedah selepas kejayaan di Perak, seorang exco kerajaan negeri V Arumugam dikatakan `hilang' dan sedang `bercuti'.

Seorang kawan menelefon saya sebentar tadi bertanyakan "apakah tandanya apabila ADUN PKR Kedah bercuti?". Tanya saya kembali "Bercuti kat mana?". Jawabnya sambil ketawa "entah-entah bercuti kat Pekan kot".

Perkara ini telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina semalam yang mendakwa Arumugam tidak boleh dihubungi dan keadaan membuka ruang spekulasi kemungkinan wakil rakyat PKR Bukit Selambau tersebut akan melompat parti.

Laporan itu menyemarakkan lagi cakap-cakap bahawa Arumugam akan meninggalkan PKR bagi membolehkan BN memerintah di negeri itu seperti yang berlaku di Perak minggu ini.

Arumugam juga dilaporkan gagal hadir dalam perasmian daerah baru Pokok Sena semalam yang memberikan gambaran bahawa desas-desus ini mungkin benar.

Sementara itu di Kedah ada laporan menyatakan Pakatan Rakyat telah mengambil tindakan drastik memantau dengan ketat wakil-wakil rakyat mereka. Ada juga dakwaan mengatakan wakil-wakil rakyat mereka daripada PKR dan DAP dikurung bagi mengelakkan mereka melompat kepada BN.

Difahamkan antara wakil-wakil rakyat yang dianggap `berisiko tinggi' untuk melompat parti ialah Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Rahzi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim).

Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya.

4 comments:

Syammil said...

sebab apa nak kacau kedah.biar la dok bawah ust azizan.melayu dan islam still untung.kedah sejahtera sekarang

mohd azrie ishak said...

betul2..
selagi xdak kandang babi kat kedah..

ustaz azizan dikira masih ok..
kalau ada..
ish..
susah sikit la

junkopile said...

itulah tandanya nampak dipandang
tanya sama anwar apa sudah jadi
nanti dia jawab hehehe

kedah takdak babi betui ka hang nih la nih kedah lagi banyak babi dari n sembilan..nak buat rekod kut

Syammil said...

buat kandang babi tu kira bagus la.pusatkan semua kandang kat kedah tu.semua buat dalam tu dari ternak sampai la ke siap proses.keluaq dari ladang tu dah dibekukan.xda babi yang hidup naik lori kat kedah lg dah pasni..lagi pun projek ni BN yang plan dlu..

ust azizan pun dah cancel nak beli keta baru.stil pakai perdana.banyak lagi la dasar ust azizan ni yang dia plan untuk islam n melayu kat kedah.selagi menguntungkan melayu dan islam kita kena la sokong..