**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, February 10, 2009

PERNAH LIHAT SURAT KHABAR INI?

Pernahkah anda sekalian terlihat suratkhabar-suratkhabar seperti di dalam gambar ini dijual secara terbuka kepada orang awam di kedai-kedai runcit atau di mana-mana sahaja?

Jika pernah, sila laporkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menurut KDN kedua-dua suratkhabar itu hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja dan bukannya untuk edaran orang awam.

Penulis juga mengucapkan tahniah kepada KDN kerana telah mengadakan operasi untuk merampas edaran kedua-dua suratkhabar milik PAS dan PKR ini kerana telah melanggar permit edaran suratkhabar parti politik.

Dan jika boleh, pihak KDN akan lebih tegas untuk memantau edaran suratkhabar tersebut kerana terdapat kandungan berita yang tidak sahih, bersifat menghasut dan fitnah.

Anda sekalian juga memainkan peranan untuk memantau penjualan suratkhabar-suratkhabar ini supaya tidak dijual kepada orang awam secara terbuka.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya ( Che Din Yusoh ketua Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ) kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.

"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” katanya, sambil ketawa kecil.

Beliau merujuk laporan Suara Keadilan pada September tahun lalu tetapi Musa menafikannya..Che Din berkata, jika kedua-dua penerbitan itu tidak mengikut syarat-syarat permit penerbitan yang digariskan, pihaknya mungkin mengambil tindakan lebih tegas."Sewaktu mohon permit dulu, macam akujanjilah.

Daripada dua kali sebulan (Harakah diterbitkan), kita beri dua kali seminggu. Kita anjal. Mereka kena patuhlah pada akujanji mereka," katanya.

Ditanya sebab organ pembangkang Rocket terbitan DAP tidak menjadi sasaran operasi KDN, beliau mengakui akhbar itu edarannya sedikit.

Che Din bagaimanapun berkata tindakan kementerian itu bukan memilih bulu, sebaliknya, jika akhbar terbitan Umno sendiri melakukan perkara yang sama, pihaknya akan mengambil tindakan yang sama.

~www.novandri.blogspot.com

1 comment:

Ahli Parlimen Telok Kemang said...

Tak elok awk buat cadangan supaya KDN rampas surat khabor suara keadilan tu. org ramai skrg ni dah benci dgn sikap UMNO, jgn tambah lagi kebencian ini.

Kalau ia pun surat khabor tu hanya utk edaran ahli parti keadilan saje, biorla..

kita bimbang, jika pihak UMNO suka sgt menekan pihak pembangkang, nanti rakyat jadi maskin tak suka dgn UMNO..

sama2 la kita fikirkan..

UMNO kena berubah cara, kembalikan sokongan rakyat pada UMNO, jgn tekan pembangkang.. nanti rakyat akan menilai..