**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Saturday, February 14, 2009

POLITIK `DEGIL' ANWAR MENGUASAI PAS

Melihat kepada gelagat bekas menteri besar Perak dan pengikut-pengikutnya, jelas politik `degil’ Anwar telah berjaya meresap dan menguasai PAS.

Tanyalah pemimpin PAS yang terdahulu bermula daripada Dr. Burhanuddin Helmi sehinggalah kepada TG. Haji Abd. Hadi, adakah mereka mengajar pengikut mereka menderhaka kepada raja? Sudah tentu tidak. Kepimpinan ulamak di dalam PAS menyanjung Ke Bawah Duli Tuanku.

PAS pernah kecundang di Kelantan dan Terengganu. Tetapi pengikut mereka tidak turun ke jalanan melakukan demonstrasi dan keganasan. Malah pertukaran kerajaan berjalan dengan licin. Tidak kedengaran menteri besar tidak mahu turun dari takhta, kediaman dan kenderaan rasmi tidak mahu dipulangkan. PAS secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan yakin kepada qada’ dan qadar.

Tetapi kenapa kekecohan demi kekecohan berlaku di Perak, sedangkan menteri besarnya juga adalah daripada PAS? Perkara ini dikatakan bermula apabila kumpulan erdogan iaitu penyokong-penyokong Anwar Ibrahim berjaya menyusup masuk ke dalam PAS secara besar-besaran selepas Anwar di pecat pada 1998 dan sekarang mereka hampir-hampir menguasai PAS. Kumpulan ini tidak mendengar nasihat daripada kepimpinan ulamak tetapi menerima nasihat daripada Anwar Ibrahim. Itulah yang terjadi di Perak, Nizar mendapat nasihat terus daripada Anwar Ibrahim.

Pertentangan diantara kepimpinan ulamak dan kumpulan erdogan di dalam PAS semakin ketara. Perebutan mengemukakan calon daripada kumpulan masing-masing sudah kelihatan. Bermula di Kuala Terengganu, kepimpinan ulamak berjaya meletakkan calon mereka yang menyebabkan kumpulan erdogan dikatakan tidak bersungguh-sungguh menjalankan kempen. Pertentangan ini akan berterusan di Bukit Gantang.

Kejatuhan Nizar di Perak adalah satu lagi tamparan kepada kumpulan erdogan. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu nampaknya sudah tidak berbaloi kerana mereka telah kehilangan satu negeri. Kejatuhan Perak ini mestilah diletakkan di atas bahu Anwar Ibrahim. Seperti kata Karpal Singh Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah kerana Anwar mempromosikan lompat parti secara keterlaluan dan Anwar perlu bertaubat.

Inilah pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, pemimpin bukan Islam meminta pemimpin Islam bertaubat. Nampaknya Karpal lebih jujur (sekurang-kurangnya untuk kes lompat parti ini) dan politik DAP lebih licik. Mereka berani menarik `hand break’ apabila merasakan politik mereka terancam.

PAS seharusnya belajar dari DAP dan seharusnya bertindak dengan lebih berani di dalam membuat keputusan politik yang melibatkan orang melayu dan Islam. Perjuangan PAS tidak akan kemana selagi berada di dalam Pakatan Rakyat. Apakah yang boleh PAS harapkan dengan cita-cita PKR `dari Permatang Pauh ke Putrajaya' dan politik `Malaysian Malaysia’ DAP. Baliklah kepada perjuangan asal bak kata pepatah `carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum semula’.

Sekiranya dulu PAS menerima pelawaan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor, sudah tentu kekecohan di Perak ini tidak akan berlaku. UMNO bersedia merendah diri dengan menawarkan jawatan Menteri besar kepada PAS kerana UMNO tidak rela DAP berkuasa di dua negeri tersebut. UMNO tidak rela melihat orang melayu diperkotak-katikkan.

Berpijaklah dibumi yang nyata. Bertindaklah untuk agama dan bangsa.

No comments: