KUANTAN, 28 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata sebarang keputusan untuk mengadakan sidang DUN Perak bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung kes terbabit."Tak boleh (adakan sidang DUN), sebab ada tindakan mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Warga Universiti Malaysia Pahang dan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur, di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Speaker DUN Perak, V.Sivakumar semalam yang berkata sidang tergempar DUN Perak akan diadakan pada 3 Mac ini.Ditanya sama ada sidang DUN itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuhkan, Najib berkata: "Apa apa pun kita tunggu keputusan mahkamah dulu, kita kena 'establish' dulu kerajaan Perak dari segi perlembagaan.
"Pada 13 Feb lepas bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.
Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.
Walau apapun, Najib berkata yang penting ketika ini ialah kerajaan negeri Perak yang baru ditubuhkan itu memberi perhatian dan tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat."Yang mustahak kita beri tumpuan kepada kerja, untuk berkhidmat kepada rakyat, dalam konteks Perak ini, kita kena turun padang, kena tunjukkan kerajaan baru di Perak ini, kerajaan mesra rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya.
Turut hadir majlis itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Di TAIPING, Zambry berkata tindakan Sivakumar itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan peraturan Perintah Tetap persidangan itu.
Katanya terdapat peruntukan peraturan yang terkandung dalam Perintah Tetap dewan yang jelas menunjukkan sebarang persidangan yang mahu diadakan di DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu."Dia (Speaker) boleh kata dan baca ikut Perintah Tetap (perkara) 8, 11.
Cuba dia baca betul-betul dan lihat pula Perintah Tetap (perkara) 36, baca dan sebagainya. Ini tidak, dia ikut suka hati dia saja."Jadi dia buat peraturan ikut peraturan dia sendiri, suka hati dia apa yang dia nak buat.
Dia merasakan bahawa tindakan dia mahu mengatasi Sultan dan sebagainya...ada orang kata 'Singh is King' tapi tak tahulah kalau ada yang kata 'Siva is King'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi piliharaya kecil Parlimen Bukit Gantang di sini Changkat Jering di sini hari ini.
Katanya beliau yakin Sivakumar mengetahui tindakannya bertentangan dan tidak mengikut undang-undang serta peraturan yang ada tetapi masih mahu bertindak 'ikut suka hatinya'.Zambry berkata sejak dari mula apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, setiap tindakan yang dibuat oleh Sivakumar didapati bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri kerana beliau membuat tafsiran sendiri terhadap setiap peraturan yang ada.
Katanya seorang Speaker sepatutnya bersifat objektif dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambilnya serta mengetahui garis panduan dan peraturan-peraturan yang ada."Apa yang dilakukan sebelum ini (ialah) untuk cuba menghalang perlantikan menteri besar yang dilantik dan diperkenan oleh Sultan Perak.
Jadi sepatutnya dia perlu bersifat objektif dan tahu peraturan yang ada dan tidak mengejutkan kita apabila membuat tindakan. Selepas ini saya yakin mungkin dia akan membuat bermacam-macam lagi mengikut suka hati dia," katanya.Zambry juga menyifatkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar itu seperti cerita 'kartun' kerana dalam masa yang sama Sivakumar menggantungnya dan enam Exco kerajaan negeri dan tiga Adun bebas yang didakwa Sivakumar telah meletak jawatan juga tidak akan diberi notis hadir.
Ketika ditanya sama ada beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan menghadiri persidangan itu, Zambry berkata: "mereka patut faham bahawa ia tidak mengikut perlembagaan. Paling penting anda tanya mereka, sama ada apa yang dilakukan mereka betul atau salah, anda tanya mereka".
Semalam, Sivakumar berkata beliau akan memanggil satu sidang tergempar dewan itu pada Selasa ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.Sivakumar memberitahu pemberita di sini bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment