**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Sunday, February 22, 2009

NIZAR MENJADI BAHAN KETAWA RAKYAT PERAK

Rakyat Perak ketawa melihat telatah Datuk Seri Nizar. Walaupun Tuanku Sultan telah menitahkan beliau meletakkan jawatan dan melantik menteri besar baru, tapi dia masih mendakwa jadi Menteri Besar.

Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat melaungkan tidak perlu turun dari kerusi MB kerana dia dipilih oleh rakyat. Kenapa mereka berselindung diatas nama rakyat? Adakah rakyat yang memilih beliau menjadi MB?

Mereka sebenarnya terkeliru atau saja-saja buat keliru atau sengaja mengelirukan mata rakyat dengan alasan tersebut.

Sebenarnya sistem demokrasi di negara kita, rakyat cuma memilih wakil rakyat untuk kerusi DUN dan kerusi parlimen. Rakyat tidak mengundi untuk memilih Menteri Besar atau Perdana Menteri.

Menteri Besar ditentukan oleh Sultan atau Raja bagi setiap negeri manakala Perdana Menteri ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong berasaskan parti yang mendapat suara majoriti.

Oleh itu benarkah seperti yang dilaungkan Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat, Tuanku Sultan Perak telah mengambil hak rakyat? Sudah tentu tidak sama sekali.

Tuanku Sultan tidak memecat Nizar sebagai ADUN Pasir Panjang yang dipilih oleh rakyat, sebaliknya Baginda menitahkan Nizar meletakkan jawatan Menteri Besar yang menjadi hak mutlak perlantikkannya oleh Tuanku Sultan. Itupun sebab Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa majoriti di DUN Perak.

Nizar sepatutnya tidak menderhaka atau membuat kecoh, sebaliknya berusaha mendapatkan semula sokongan seberapa ramai ADUN BN menyokongnya dan kemudian meminta perkenan Tuanku Sultan melantiknya semula sebagai Menteri Besar.

Cara yang Nizar lakukan ini sebenarnya memalukan dirinya sendiri dan akan menjadi bahan ketawa sehingga ke anak cucu.

Bukan mustahil selepas ini rakyat yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lepas akan beralih menyokong BN kerana bosan dengan gelagat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan bukan mustahil juga selepas ini beberapa lagi YB pakatan Rakyat akan menyeberangi sempadan.

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

7 comments:

Harimau-Menaip said...

Mungkin benar titipan Puan. Apapun kita tunggu sahaja keputusan mahkamah.

ps: kekanda saya ada join team nasyid yang Puan coretkan di blog satu lagi.Terima kasih kerana menjadi Sayap Kanan. Bacalah dengan minda merdeka kerana saya tiada agenda dalam menulis. Ianya kata hati dan suara orang bawahan sahaja.

ROSHATIKA said...

Salam Harimau,

T. Kasih. Boleh saya tahu siapakah gerangan kekandanya itu?

Saya memang rapat dengan semua anggota nasyid tersebut.

Sampaikan salam saya.

Parpu Kari said...

SAYA SETUJU DENGAN PUAN, SEPATUTNYA NIZAR BERUNDUR SECAR BERMARUAH, BUKAN BUAT ORANG MARAH...

Harimau-Menaip said...

Itu rahsialah Puan. Dia pun tak tahu...hehehe..

Saya memang dari keluarga UMNO (status saya rahsia) dan belah isteri saya kebanyakannya Pakatan Rakyat (kecuali DAP).

Tahniah kerana tulisan Puan tercoret dalam Sinar Harian hari ini.

GOMO said...

YA ...BETUL TU...

NI ANWAR AL-JUBURI PUNYA ANGKARA..
DIA DOK LIWAT SANA SINI AKAN MENYEBARKAN PEMBOHONGAN DAN MEMUTARBELITKAN FAKTA.

Sedingin Salju said...

Sepatutnya sebagai seorang islam, beliau kena bijak dan bukan dibijakkan.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan cawangan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog. Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dlm senarai link kami