**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, February 9, 2009

ARUMUGAM JUGA LETAK JAWATAN ADUN

Selepas melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Kedah, V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak malam ini.

Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.

Sehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Siang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri.

~Malaysiakini

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

kenapa dgn dia?

adaka dia yg dikritik sebelum ni bawa teman wanita ?

bahaya lagu ni.. takut ada orang bakar diri..

org melayu di perak ada juga..cuma tak sampai bakar diri..just gila jer dan meroyan nak cium bau kerusi kulit kereta Camry..

hehehe

Anonymous said...

Pelik betul ADUN PKR ni. Dia kata sebab letak jawatan ialah terlalu byk ugutan dan tekanan untuk beliau keluar parti dan masuk BN. Sebab BN nak bagi dia 5 juta tapi dia tak nak.
Kenapa pelik? Sebab biasanya bila orang kena ugut dia kena byr wang. Tapi yang ni, diugut sebab orang nak bagi 5 juta...Logik ke? Pelik...
Dari berita yang saya dengar sebab dia keluar parti ialah disebabkan desakan oleh orang ramai di kawasan dia termasuk pemimpin PKR. Mereka kecewa sebab tak ada apa yg boleh dia bantu. Lepas tu ada masalah sosial pulak tu. Untuk bersihkan nama PKR atau tidak mahu nama PKR jadi buruk, mereka mendesak beliau meletak jawatan.
Satu lagi ADUN yg akan didesak untuk letak jawatan ialah Tim Ketua Menteri I pulau pinang iaitu Fairuz. kalau tak caya , baca blog PKR sendiri. Mereka pun tak suka dgn budak ni. Merosakkan nama baik PKR di PP.
Inilah masalah dalaman sebenar PKR. Bila perkara ni berlaku, BN dan UMNO yg disalahkan.