**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Saturday, February 14, 2009

KENYATAAN BIADAB AHLI PARLIMEN PKR TELOK KEMANG MENYOKONG KARPAL SAMAN SULTAN

KESABARAN kita ada titik noktahnya. Ketenangan pagi ini telah di cemari apabila membaca kenyataan biadab Ahli Parlimen PKR Telok Kemang, YB. Dato’ Kamarul Bahrin Abbas yang menyokong Karpal Singh menyaman Sultan Azlan Shah.

Kenyataan tersebut berbunyi “Saya ucapkan syabas kepada Karpal Singh! Semangat macam inilah yang kita perlukan. Tanpanya, tanpa seseorang yang berani seperti beliau, mencabar kesahihan isu yang sedang berlaku sekarang ini. Selagi itulah UMNO akan mengganas. Teruskan dengan memfailkan saman itu kerana selagi kita membiarkan perkara-perkara sebegini selagi itulah UMNO tidak akan sedar………… Teruskan dengan memfailkan saman & kita lihat sama ada langit itu tinggi ataupun rendah”. Kenyataan penuh boleh dirujuk disini.

Kenyataan ini secara rasminya mengikut rentak yang telah dicanangkan oleh Anwar Ibrahim iaitu 'MENGISTIHARKAN PERANG' terhadap Tuanku Sultan Azlan Shah.

Berselindung disebalik perundangan konon. Bukankah matlamat sebenarnya ialah untuk memulakan 'percikan-percikan api' bagi membenarkan satu gerakan REVOLUSI MENJATUHKAN SULTAN-SUTAN MELAYU!!!.

Memang benar Anwar Ibrahim telah menyemai semangat 'ketuanan rakyat' yang digembar-gemburkan sebagai satu platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara dengan menggunakan slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT’.

Sebenarnya ia membayangkan cita-cita Anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DALAM ERTI KATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN REPUBLIC OF MALAYSIA'.

Anwar Ibrahim adalah merupakan anak melayu yang pertama menyokong agenda menarik balik kuasa raja-raja melayu pada tahun 1993. Gertakan Anwar yang pada waktu itu merupakan Naib Presiden UMNO untuk mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja menyebabkan seluruh sultan-sultan melayu terpaksa tunduk di tangan Anwar

Dan kerana gertakan maha hebat inilah Anwar Ibrahim berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO setelah imejnya menumbangkan raja-raja melayu terbukti berhasil.

Anwar Ibrahim telah menyambung usaha-usaha `regim’ kafir untuk menghakis kedaulatan raja-raja melayu. Anwar Ibrahim dan 'ketuanan rakyat' telah berjaya menyambungkan semula idea 'malayan union' iaitu satu konsep total menghapuskan hak Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini.

Persamaan konsep 'malayan union' dan 'ketuanan rakyat' ini telah diimplementasikan di Penang dengan penghapusan DEB sehari selepas kemenangan DAP. Hari ini di Perak mereka telah memulakan langkah-langkah implementasi ke arah menjahanamkan maruah Ke Bawah Duli Sultan Azlan Shah.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh umat melayu khasnya yang berada di bawah Parlimen Telok Kemang...AYUH! BANGKIT DAN PERTAHANKAN SULTAN AZLAN SHAH HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR.

Kepada rakan-rakan seperjuangan di Parlimen Telok Kemang BANGKITLAH DARI KELESUAN INI. AYUH!!! PEMUDA HARAPAN BANGSA, SRIKANDI TIANG NEGARA, MARILAH SAMA-SAMA KITA BERSATU HATI MEMBULATKAN TEKAD, MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENDIRIAN AHLI PARLIMEN PKR TELOK KEMANG INI YANG MENYOKONG KARPAL SINGH MENYAMAN SULTAN AZLAN SHAH.

Kepada semua Mujahiddin Melayu di Telok Kemang, SEDARLAH, RAJAMU SEKARANG SEDANG DIPIJAK DAN DIHINA.

DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU

9 comments:

Anonymous said...

Double standardlah o\urang UMNO ni.Mengapa marah karpal saja, mengapa tak marah standard chartered yang mahu menyaman almarhum Yang Dipertuan Besar NS dulu? Yg ini tak biadab kah? Penyokong Idris Jusoh tak biadapkah sehingga membuat kain rentung bertulis 'natang'ditujukan kepada sultan Terengganu ? Kenapa tak bising yang ini ? Jawab !!!

Cheguman said...

Kerajaan nak tunggu apa lagi? Nak tunggu sampai ada yang berparang baru nak ambik tindakan ISA pada puak-puak tu? Kalau pemimpin UMNO atau PAS yang cakap camtu dah lama masuk ISA. Tapi bila PKR atau bukan Melayu, cukup takut nak ambik tindakan.

Anonymous said...

DAULAT TUANKU !
DAULAT TUANKU !
DAULAT TUANKU !

changkat lobak
arjuna waspada.

turionx said...

sebelum dakwa ahli parlimen telok kemang biadap.. puan rosyatika patut kata Mahathir, Annuar Musa, Idris Jusoh & Shahidan Kasim biadap..

Siapa yang kata NATANG pada yang dipertuan agong? Siapa yang hina raja-raja melayu? siapa yang tarik kekebalan raja-raja melayu

dan puan rosyatika patut kata mat hassan biadap..

ahli parlimen telok kemang tak biadap.. yang terlebih dahulu biadap ialah pemimpin UMNO..

turionx said...

selemum puan rosyatika kata ahli parlimen telok kemang biadap.. awak patutlah kata Mahathir, Anuar Musa, Idris Jusoh, Shahidan kasim & mat hassan biadap..

siapa yang kata NATANG pada Yang dipertuan Agong? siapa yang tarik kekebalan raja-raja? siapa yang terlebih dahulu hina raja?

nampaknya puan rosyatika telah menepuk air di dalam dulang dan meludah ke langit..

pemimpin UMNO lah yang terlebih dahulu menghina raja.. UMNO lah yang telah mengkhianati Raja..

Anonymous said...

selemum puan rosyatika kata ahli parlimen telok kemang biadap.. awak patutlah kata Mahathir, Anuar Musa, Idris Jusoh, Shahidan kasim & mat hassan biadap..

siapa yang kata NATANG pada Yang dipertuan Agong? siapa yang tarik kekebalan raja-raja? siapa yang terlebih dahulu hina raja?

nampaknya puan rosyatika telah menepuk air di dalam dulang dan meludah ke langit..

pemimpin UMNO lah yang terlebih dahulu menghina raja.. UMNO lah yang telah mengkhianati Raja..

ROSHATIKA said...

Salam Wira Damai, Dato',

Saya bagi pihak Kepimpinan UMNO di Parlimen Telok Kemang merasa amat kesal dengan kenyataan tersebut dan kami sedang merancang untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran.

T. Kasih

turionx said...

Huhuhu...
sebelum nak mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap ahli parlimen telok kemang yg kau org dakwa biadap.. kau org kena dapatkan permit polis dulu eh..

kalau kau org tak dpt permit polis, nanti kau org akan kena tangkap mcm khir toyol kena tangkap polis semalam kerana adakan perhimpunan haram kononnya nak bantah karpal singh.

kita org nak tengok jgak lpas ni org2 Umno telok kemang tidor kat balai akibat buat tunjuk perasaan takde permit.

huhuhu....

dan seperkara lagi.. ape hal mlm semlm kat Istana Iskandariah masa jamuan Sultan Perak, mamak Zamri (MB Perak yang haram tu) duduk kat meja paling belakang? tapi Nizar plak duduk kat meja depan Sultan. dan nama mamak zamri langsung tak diumumkan dlm majlis tapi nama Nizar plak diumumkan masih sebagai MB Perak..

dan, tak lama lagi Nizar akan ambik balik tempat dia sebagai MB Perak.. Sultan Azlan sengaja main 'game' nak kantolkan Najib poyo.. tak usah beranganla najib poyo nak jadi PM..

Huhuhu

ROSHATIKA said...

Wira Damai,

Jangan gunakan maklumat propaganda. Selidik betul-betul.

Sebenarnya Dr. Zambry duduk semeja dengan Tuanku Sultan Azlan Shah.

Nizar yang duduk meja belakang bersama ADUN-ADUN biasa yang lain.

T.kasih