**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, February 5, 2009

KEDAH PANIK, AWASI RAPI ADUN PKR

Di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah pula kini menjadi sasaran BN seterusnya ekoran dakwaan terdapat beberapa wakil rakyat gabungan tersebut yang "berisiko tinggi" untuk melompat parti.

Difahamkan bahawa wakil-wakil rakyat terbabit kini diletakkan dalam pengawasan ketat kepemimpinan Kedah dan Pakatan Rakyat.Dalam keadaan panik dan berwaspada, pergerakan mereka kini difahamkan dipantau rapi kerana wujud dakwaan yang mereka sedang menjadi sasaran untuk ditarik melompat menyertai BN sejak minggu lalu.

Projek ini berkaitan usaha menumbangkan satu demi satu kerajaan negeri pimpinan gabungan pembangkang itu, bermula di Perak yang kini hanya menunggu saat rasmi kejatuhannya.Pakatan Rakyat memerintah Kedah dengan kelebihan lapan kerusi - 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, manakala BN pula 14 kerusi.Kerusi milik Pakatan itu terdiri daripada 16 kerusi PAS, lima kerusi PKR dan satu kerusi DAP.

~Malaysiakini

Nampaknya teori domino menghantui Pakatan Rakyat.

No comments: