**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, February 11, 2009

CERITA LANJUT ADUN PKR SELANGOR `HILANG'

Cerita ini saya petik dari blog warisan2057 yang saya rasa lebih jelas menceritakan kisah ADUN PKR Selangor yang hilang ini.

KHALID IBRAHIM; DARI POLITIK LEXUS KE SKANDAL SEKS

Tak habis-habis. Lepas satu-satu. Dari Bukit Selambau Kedah ke Klang Selangor. Isu yang sama, skandal seks. Ya, melibatkan parti yang sama. Tak sampai satu tahun berkuasa, pemerintahan PKR di selubungi pelbagai skandal dikalangan pemimpinnya.

Sudah tidak menjadi rahsia umum di Selangor bahawa seorang ADUN dari PKR telah ditangkap basah oleh isterinya sendiri beberapa minggu lalu. Peritiwa berlaku di sebuah hotel ternama di Pelabuhan Klang.

Menurut sumber, ADUN ini memang dah lama buat kerja. Kali ini perangkap isterinya mengena. Namun untuk menutup malu, isterinya telah tidak melapurkan perkara ini kepada pihak berwajib JAIS atau Polis. Menurut sumber lagi, maklumat ini disampaikan oleh pekerja hotel tersebut. Riuh rendah hotel pada malam peristiwa terjadi.

‘Well’ ini lah budaya politik Malaya. Mana-mana sama saja. Baik BN nya baik PKR nya, ‘politician’ tetap ‘politician’. Itulah natijahnya kalau menjadi pemimpin politik kerana ingin mengejar tiga Ta. takhTA, harTA, waniTA (nafsu).

Maka berkejar lah Khalid Ibrahim ‘politician nerd’ yang akan cuba berselindung disebalik kerendahan akal budi akhlak anak-anak buahnya.

Power corrupt, absolute power will corrupt absolutely. Even little power have corrupt very quickly.

Skandal seks yang menghantui adalah sebahagian dari ‘corrupted values’ yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin PKR yang selama ini melaungkan kerajaan bersih, transperansi dan reformasi. Rupanya mereka ini sama saja dalam satu parti. Bapak borek anak rintik.

Mereka tak perlu tunggu selama lima puloh tahun memerintah baru mereka hendak korup, rupanya di tahun pertama nya lagi mereka sudah menunjukkan taring sebenar akhlak mereka. Lembu, Lexus, Seks. Hebat.

Khalid, YB kamu itu tak hilang. Dia ada kat Medan tengah berbulan madu.

2 comments:

sahabat gunung said...

Tolong...tolong...tolonglah jangan letak jawatan, penat sangat dah nie.

Dia ada skandal dengan perempuan ke? Takpelah juga, masih normal asalkan jangan bantai belakang macam bos dia sudahlah.

Apapun, tetap haram bila berskandal tu.

Anonymous said...

‘Well’ ini lah budaya politik Malaya. Mana-mana sama saja. Baik BN nya baik PKR nya, ‘politician’ tetap ‘politician’. Itulah natijahnya kalau menjadi pemimpin politik kerana ingin mengejar tiga Ta. takhTA, harTA, waniTA (nafsu).
Sepanjang saya menjelajah dari blog ke blog inilah paparan yang paling menarik,lagi pula dari blog orang politik sendiri,syabas.
Kebetulan saya sekarang sedang berkira untuk cuba mengadakan blog sendiri,bagaimana kiranya saya meminjam rangkap itu untuk post pertama saya.
Memang benar kata puan,tapi apa yang menjadi tumpuan saya mengapa hanya sekarang ia begitu heboh dan dipandang ramai penulis politik...?
Bagus dan menarik.