**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, February 26, 2009

KENYATAAN PELIK KHALID IBRAHIM

Oleh: ROSLAN BIAN

Para wartawan yang menghadiri sidang media Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam agak terkejut bila beliau memberi gambaran seolah-olah Sultan Selangor ‘memberi restu’ berhubung isu lembu korban dan pengunaan kenderaan peribadi.

Ini kerana semua orang tahu kedua-dua kes tersebut akan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pejabat Peguam Negara tidak lama lagi setelah mendapati ada bukti kukuh untuk mendakwa.

Hal ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Ahmad Said Hamdan kepada para wartawan Jumaat lalu.

Lagipun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor setelah Khalid mengadap Sultan Selangor pada sebelah pagi jelas menyebut baginda Sultan tidak dapat memberi sebarang pandangan berhubung dengan isu Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kerana kes itu masih dalam siasatan polis.

Soalnya jika dalam Isu Elizabeth Sultan Selangor tidak mahu campurtangan bagaimana Menteri Besar itu boleh kata baginda menitahkan demikian. Maka ada yang bertanya apakah Khalid cuba ‘bersihkan diri’ dari kedua-dua kes dengan memberi gambaran seumpama itu.

Dalam sidang akhbar berkenaan Khalid berkata beliau menghadap Sultan Selangor, pagi tadi dan memberi taklimat kepada baginda mengenai hal ehwal pentadbiran termasuk derma lembu dan tuntutan selenggaran kereta persendirian.

"Tuanku Sultan Selangor menyatakan pendirian tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi," katanya.

Khalid menjelaskan, beliau juga memaklumkan kepada baginda bahawa beliau mengikuti proses undang-undang yang telah ditetapkan.

"Mengenai isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan tidak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah, malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Tun Razak," katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapat penjelasan suruhanjaya itu berikutan kenyataan Ahmad Said.

Dalam pada itu, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) kerana membuat tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan di media.

Menurut Khalid, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pengerusi GERAK terhadap dakwaannya itu sebelum tindakan tersebut.

Dalam sidang akhbar berkenaan Khalid juga memberitahu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada rabu bersetuju memutuskan Elizabeth meneruskan cuti sementara menunggu siasatan polis terhadap penyiaran gambar separuh bogelnya selesai.

Khalid juga berkata, kerajaan negeri akan membuat keputusan yang adil serta mengambilkira kepentingan rakyat khasnya dan negeri Selangor amnya seperti dititahkan Sultan Selangor.

Dalam satu kenyataan pagi Rabu, Sultan Selangor menyerahkan kepada Abdul Khalid untuk memutuskan kedudukan Elizabeth yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

~Agendadaily

1 comment:

Tai said...

Tak apa, jangan risau. Kebenaran akan datang jua.