**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Saturday, February 14, 2009

KENYATAAN BIADAB AHLI PARLIMEN PKR TELOK KEMANG MENYOKONG KARPAL SAMAN SULTAN

KESABARAN kita ada titik noktahnya. Ketenangan pagi ini telah di cemari apabila membaca kenyataan biadab Ahli Parlimen PKR Telok Kemang, YB. Dato’ Kamarul Bahrin Abbas yang menyokong Karpal Singh menyaman Sultan Azlan Shah.

Kenyataan tersebut berbunyi “Saya ucapkan syabas kepada Karpal Singh! Semangat macam inilah yang kita perlukan. Tanpanya, tanpa seseorang yang berani seperti beliau, mencabar kesahihan isu yang sedang berlaku sekarang ini. Selagi itulah UMNO akan mengganas. Teruskan dengan memfailkan saman itu kerana selagi kita membiarkan perkara-perkara sebegini selagi itulah UMNO tidak akan sedar………… Teruskan dengan memfailkan saman & kita lihat sama ada langit itu tinggi ataupun rendah”. Kenyataan penuh boleh dirujuk disini.

Kenyataan ini secara rasminya mengikut rentak yang telah dicanangkan oleh Anwar Ibrahim iaitu 'MENGISTIHARKAN PERANG' terhadap Tuanku Sultan Azlan Shah.

Berselindung disebalik perundangan konon. Bukankah matlamat sebenarnya ialah untuk memulakan 'percikan-percikan api' bagi membenarkan satu gerakan REVOLUSI MENJATUHKAN SULTAN-SUTAN MELAYU!!!.

Memang benar Anwar Ibrahim telah menyemai semangat 'ketuanan rakyat' yang digembar-gemburkan sebagai satu platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara dengan menggunakan slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT’.

Sebenarnya ia membayangkan cita-cita Anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DALAM ERTI KATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN REPUBLIC OF MALAYSIA'.

Anwar Ibrahim adalah merupakan anak melayu yang pertama menyokong agenda menarik balik kuasa raja-raja melayu pada tahun 1993. Gertakan Anwar yang pada waktu itu merupakan Naib Presiden UMNO untuk mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja menyebabkan seluruh sultan-sultan melayu terpaksa tunduk di tangan Anwar

Dan kerana gertakan maha hebat inilah Anwar Ibrahim berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO setelah imejnya menumbangkan raja-raja melayu terbukti berhasil.

Anwar Ibrahim telah menyambung usaha-usaha `regim’ kafir untuk menghakis kedaulatan raja-raja melayu. Anwar Ibrahim dan 'ketuanan rakyat' telah berjaya menyambungkan semula idea 'malayan union' iaitu satu konsep total menghapuskan hak Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini.

Persamaan konsep 'malayan union' dan 'ketuanan rakyat' ini telah diimplementasikan di Penang dengan penghapusan DEB sehari selepas kemenangan DAP. Hari ini di Perak mereka telah memulakan langkah-langkah implementasi ke arah menjahanamkan maruah Ke Bawah Duli Sultan Azlan Shah.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh umat melayu khasnya yang berada di bawah Parlimen Telok Kemang...AYUH! BANGKIT DAN PERTAHANKAN SULTAN AZLAN SHAH HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR.

Kepada rakan-rakan seperjuangan di Parlimen Telok Kemang BANGKITLAH DARI KELESUAN INI. AYUH!!! PEMUDA HARAPAN BANGSA, SRIKANDI TIANG NEGARA, MARILAH SAMA-SAMA KITA BERSATU HATI MEMBULATKAN TEKAD, MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENDIRIAN AHLI PARLIMEN PKR TELOK KEMANG INI YANG MENYOKONG KARPAL SINGH MENYAMAN SULTAN AZLAN SHAH.

Kepada semua Mujahiddin Melayu di Telok Kemang, SEDARLAH, RAJAMU SEKARANG SEDANG DIPIJAK DAN DIHINA.

DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU

POLITIK `DEGIL' ANWAR MENGUASAI PAS

Melihat kepada gelagat bekas menteri besar Perak dan pengikut-pengikutnya, jelas politik `degil’ Anwar telah berjaya meresap dan menguasai PAS.

Tanyalah pemimpin PAS yang terdahulu bermula daripada Dr. Burhanuddin Helmi sehinggalah kepada TG. Haji Abd. Hadi, adakah mereka mengajar pengikut mereka menderhaka kepada raja? Sudah tentu tidak. Kepimpinan ulamak di dalam PAS menyanjung Ke Bawah Duli Tuanku.

PAS pernah kecundang di Kelantan dan Terengganu. Tetapi pengikut mereka tidak turun ke jalanan melakukan demonstrasi dan keganasan. Malah pertukaran kerajaan berjalan dengan licin. Tidak kedengaran menteri besar tidak mahu turun dari takhta, kediaman dan kenderaan rasmi tidak mahu dipulangkan. PAS secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan yakin kepada qada’ dan qadar.

Tetapi kenapa kekecohan demi kekecohan berlaku di Perak, sedangkan menteri besarnya juga adalah daripada PAS? Perkara ini dikatakan bermula apabila kumpulan erdogan iaitu penyokong-penyokong Anwar Ibrahim berjaya menyusup masuk ke dalam PAS secara besar-besaran selepas Anwar di pecat pada 1998 dan sekarang mereka hampir-hampir menguasai PAS. Kumpulan ini tidak mendengar nasihat daripada kepimpinan ulamak tetapi menerima nasihat daripada Anwar Ibrahim. Itulah yang terjadi di Perak, Nizar mendapat nasihat terus daripada Anwar Ibrahim.

Pertentangan diantara kepimpinan ulamak dan kumpulan erdogan di dalam PAS semakin ketara. Perebutan mengemukakan calon daripada kumpulan masing-masing sudah kelihatan. Bermula di Kuala Terengganu, kepimpinan ulamak berjaya meletakkan calon mereka yang menyebabkan kumpulan erdogan dikatakan tidak bersungguh-sungguh menjalankan kempen. Pertentangan ini akan berterusan di Bukit Gantang.

Kejatuhan Nizar di Perak adalah satu lagi tamparan kepada kumpulan erdogan. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu nampaknya sudah tidak berbaloi kerana mereka telah kehilangan satu negeri. Kejatuhan Perak ini mestilah diletakkan di atas bahu Anwar Ibrahim. Seperti kata Karpal Singh Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah kerana Anwar mempromosikan lompat parti secara keterlaluan dan Anwar perlu bertaubat.

Inilah pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, pemimpin bukan Islam meminta pemimpin Islam bertaubat. Nampaknya Karpal lebih jujur (sekurang-kurangnya untuk kes lompat parti ini) dan politik DAP lebih licik. Mereka berani menarik `hand break’ apabila merasakan politik mereka terancam.

PAS seharusnya belajar dari DAP dan seharusnya bertindak dengan lebih berani di dalam membuat keputusan politik yang melibatkan orang melayu dan Islam. Perjuangan PAS tidak akan kemana selagi berada di dalam Pakatan Rakyat. Apakah yang boleh PAS harapkan dengan cita-cita PKR `dari Permatang Pauh ke Putrajaya' dan politik `Malaysian Malaysia’ DAP. Baliklah kepada perjuangan asal bak kata pepatah `carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum semula’.

Sekiranya dulu PAS menerima pelawaan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor, sudah tentu kekecohan di Perak ini tidak akan berlaku. UMNO bersedia merendah diri dengan menawarkan jawatan Menteri besar kepada PAS kerana UMNO tidak rela DAP berkuasa di dua negeri tersebut. UMNO tidak rela melihat orang melayu diperkotak-katikkan.

Berpijaklah dibumi yang nyata. Bertindaklah untuk agama dan bangsa.

Friday, February 13, 2009

PILIHAN RAYA KECIL BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU 7 APRIL, PENAMAAN CALON 29 MARCH 2009

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak pada 7 April 2009.

Penamaan calon pula ialah pada 29 March 2009 iaitu sehari selepas perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada 24-28 March 2009. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang menamatkan teka-teki mengenai kedudukan kerusi DUN Bukit Selambau.

Ini kerana bekas ADUN PKR kawasan itu V Arumugam dikatakan masih ' hilang' dan beberapa laporan polis di buat bagi memastikan surat perletakkan jawatan ADUN tersebut tidak dipalsukan. Abdul Aziz berkata hasil penelitian SPR kerusi itu sah kosong.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Seri Nizar Jamaluddin menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah bahawa beliau masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Thursday, February 12, 2009

MB KEDAH NAFI BUBAR DUN, PR SELANGOR BERMESYUARAT HARI INI

Di Kedah menteri besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan khabar-khabar angin beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat kerana bimbang terdapat ahli DUN yang akan melompat parti.

Azizan berkata, dia masih selesa dengan keadaan sekarang dan tidak berhasrat untuk membubarkan DUN.

Sementara itu Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan mengadakan satu mesyuarat hari ini bagi membincangkan `kehilangan' Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat yang akan dihadiri Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat itu turut akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri itu.

Wednesday, February 11, 2009

CERITA LANJUT ADUN PKR SELANGOR `HILANG'

Cerita ini saya petik dari blog warisan2057 yang saya rasa lebih jelas menceritakan kisah ADUN PKR Selangor yang hilang ini.

KHALID IBRAHIM; DARI POLITIK LEXUS KE SKANDAL SEKS

Tak habis-habis. Lepas satu-satu. Dari Bukit Selambau Kedah ke Klang Selangor. Isu yang sama, skandal seks. Ya, melibatkan parti yang sama. Tak sampai satu tahun berkuasa, pemerintahan PKR di selubungi pelbagai skandal dikalangan pemimpinnya.

Sudah tidak menjadi rahsia umum di Selangor bahawa seorang ADUN dari PKR telah ditangkap basah oleh isterinya sendiri beberapa minggu lalu. Peritiwa berlaku di sebuah hotel ternama di Pelabuhan Klang.

Menurut sumber, ADUN ini memang dah lama buat kerja. Kali ini perangkap isterinya mengena. Namun untuk menutup malu, isterinya telah tidak melapurkan perkara ini kepada pihak berwajib JAIS atau Polis. Menurut sumber lagi, maklumat ini disampaikan oleh pekerja hotel tersebut. Riuh rendah hotel pada malam peristiwa terjadi.

‘Well’ ini lah budaya politik Malaya. Mana-mana sama saja. Baik BN nya baik PKR nya, ‘politician’ tetap ‘politician’. Itulah natijahnya kalau menjadi pemimpin politik kerana ingin mengejar tiga Ta. takhTA, harTA, waniTA (nafsu).

Maka berkejar lah Khalid Ibrahim ‘politician nerd’ yang akan cuba berselindung disebalik kerendahan akal budi akhlak anak-anak buahnya.

Power corrupt, absolute power will corrupt absolutely. Even little power have corrupt very quickly.

Skandal seks yang menghantui adalah sebahagian dari ‘corrupted values’ yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin PKR yang selama ini melaungkan kerajaan bersih, transperansi dan reformasi. Rupanya mereka ini sama saja dalam satu parti. Bapak borek anak rintik.

Mereka tak perlu tunggu selama lima puloh tahun memerintah baru mereka hendak korup, rupanya di tahun pertama nya lagi mereka sudah menunjukkan taring sebenar akhlak mereka. Lembu, Lexus, Seks. Hebat.

Khalid, YB kamu itu tak hilang. Dia ada kat Medan tengah berbulan madu.

ADUN PKR SELANGOR PULA `HILANG'

Cerita ADUN PKR 'hilang' yang bermula di Perak dan kemudiannya di Kedah kini berjangkit pula ke Selangor.

ADUN PKR kawasan Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah dikatakan 'hilang' sejak lima hari yang lalu.

Difahamkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memanggil satu mesyuarat khas yang melibatkan semua ADUN dan Ahli Parlimen PKR Selangor pada Khamis yang lepas.

Semua tertunggu-tunggu apakah akan ada lagi surat perletakan jawatan dikeluarkan ekoran kehilangan ADUN berkenaan dan seperti biasa BN akan dituduh melarikan ADUN PKR tersebut.

Sementara itu sumber PKR memberitahu, ADUN Pelabuhan Kelang itu 'menghilangkan diri' kerana pernah 'ditangkap basah' oleh isterinya sendiri.

Ekoran itu pelbagai tekanan diterimanya daripada keluarga dan ahli-ahli PKR. Selain itu beliau juga kecewa kerana peruntukan kawasannya 'disekat' oleh Menteri Besar Selangor.

Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.

~Agendadaily

HANYA AKULAH KATAK YANG BERMORAL!!!

Kepada katak-katak lain sekiranya ingin dikatakan bermoral, mengikut sunnah, beriman, demokrasi bla...bla...bla...lompatlah kepada aku!!!

ARUMUGAM : PKR TAKUT PEKONG `MELETUP'

Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletak jawatan, ramai orang tertanya-tanya apakah sebab-sebab sebenar yang mendorong beliau membuat keputusan tersebut.

Pemimpin-pemimpin pembangkang menyebarkan dakwaan beliau diugut dan akan diculik oleh kerajaan Barisan Nasional. Ada juga dakwaan beliau di tawarkan RM5 juta untuk melompat parti.

Pelik bunyinya, orang yang diugut dan mahu diculik ditawarkan pula wang ganjaran. Yang selalu kita dengar, penculik yang akan meminta wang tebusan bukan orang yang menculik.

Apakah misteri di sebalik semua dakwaan ini?. Penduduk Bukit Selambau memang mengetahui rahsianya. Mereka sendiri yang menghantar memorandum kepada Sultan Kedah mendakwa Arumugam terlibat di dalam satu skandal iaitu bersekedudukan dengan seorang wanita sehingga melahirkan anak.

Difahamkan Arumugam sebenarnya tidak menghilangkan diri tetapi dikatakan berada dibawah perlindungan kepimpinan atasan PKR. Kepimpinan atasan PKR takut sekiranya dibiarkan skandal tersebut berlarutan, lama kelamaan ianya akan `meletup' dan memalukan lagi PKR yang sebelum ini telah dimalukan dengan skandal `sedekah seks'.

Tuesday, February 10, 2009

PERNAH LIHAT SURAT KHABAR INI?

Pernahkah anda sekalian terlihat suratkhabar-suratkhabar seperti di dalam gambar ini dijual secara terbuka kepada orang awam di kedai-kedai runcit atau di mana-mana sahaja?

Jika pernah, sila laporkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menurut KDN kedua-dua suratkhabar itu hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja dan bukannya untuk edaran orang awam.

Penulis juga mengucapkan tahniah kepada KDN kerana telah mengadakan operasi untuk merampas edaran kedua-dua suratkhabar milik PAS dan PKR ini kerana telah melanggar permit edaran suratkhabar parti politik.

Dan jika boleh, pihak KDN akan lebih tegas untuk memantau edaran suratkhabar tersebut kerana terdapat kandungan berita yang tidak sahih, bersifat menghasut dan fitnah.

Anda sekalian juga memainkan peranan untuk memantau penjualan suratkhabar-suratkhabar ini supaya tidak dijual kepada orang awam secara terbuka.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya ( Che Din Yusoh ketua Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ) kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.

"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” katanya, sambil ketawa kecil.

Beliau merujuk laporan Suara Keadilan pada September tahun lalu tetapi Musa menafikannya..Che Din berkata, jika kedua-dua penerbitan itu tidak mengikut syarat-syarat permit penerbitan yang digariskan, pihaknya mungkin mengambil tindakan lebih tegas."Sewaktu mohon permit dulu, macam akujanjilah.

Daripada dua kali sebulan (Harakah diterbitkan), kita beri dua kali seminggu. Kita anjal. Mereka kena patuhlah pada akujanji mereka," katanya.

Ditanya sebab organ pembangkang Rocket terbitan DAP tidak menjadi sasaran operasi KDN, beliau mengakui akhbar itu edarannya sedikit.

Che Din bagaimanapun berkata tindakan kementerian itu bukan memilih bulu, sebaliknya, jika akhbar terbitan Umno sendiri melakukan perkara yang sama, pihaknya akan mengambil tindakan yang sama.

~www.novandri.blogspot.com

ANWAR BALAS DENDAM?

Di dalam kita tersenyum merayakan kemenangan kerana semakin ramai wakil rakyat Pakatan Rakyat akan meninggalkan parti mereka, kita tidak seharusnya leka dibuai mimpi kerana kemungkinan Anwar akan membalas dendam.

Memetik sumber-sumber yang boleh dipercayai, orang-orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim sedang menyusun strategi dan memperhebatkan usaha memujuk wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya menyokong mereka pula.

Di dalam politik, segala-galanya mungkin berlaku dan tindak balas pihak lawan sudah tentu tidak dapat dijangka sama sekali.

Menurut sumber itu lagi, Anwar sekarang dalam keadaan terdesak dan sanggup berhabis-habisan bagi memulihkan semula keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat selepas tumbang di Perak.

Oleh itu saya menyeru kepada kepimpinan Barisan Nasional supaya memandang serius perkara ini dan memastikan semua wakil rakyat kita berdiri teguh di belakang Barisan Nasional tidak kira di peringkat pusat atau negeri.

TOLONG BERITAHU NIZAR!!!


SELANGOR IKUT JEJAK PERAK - 6 ADUN PR DALAM TANGAN

Pakatan Rakyat sudah mula gusar apabila senjata mereka untuk menawan negara dengan agenda lompat parti oleh Anwar Ibrahim kini memakan diri. Nampaknya yang di kejar tidak dapat manakala yang dikendong sudah berciciran. Mereka kini sudah mula merasakan bahang lompat parti apabila mengetahui bahawa lebih ramai lagi ADUN mereka akan menyertai BN atau pun menjadi wakil rakyat bebas.

Berita dari sumber yang boleh dipercayai menyatakan enam ADUN Selangor yang terdiri dari ADUN PKR, PAS dan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Mereka kini dalam stage yang terakhir rundingan dan enam dari mereka telah mengatakan persetujuan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka telah berjanji akan menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan Barisan Nasional kerana sudah bosan dengan cara Pakatan Rakyat berpolitik dan sikap Menteri Besar Selangor yang mengaut keuntungan peribadi dengan meminggirkan rakyat.

Menurut sumber itu lagi, mereka sekarang sedang menyelesaikan berhubung siapakah bakal Menteri Besar Selangor yang baru sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Difahamkan jawatan tersebut akan di berikan kepada PAS.

Monday, February 9, 2009

ARUMUGAM JUGA LETAK JAWATAN ADUN

Selepas melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Kedah, V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak malam ini.

Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.

Sehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Siang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri.

~Malaysiakini

ADUN SELAMBAU `HILANG' TANPA BERITA

Anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah V. Arumugam yang telah disahkan meletak jawatan Exco “menghilangkan diri” tanpa sebarang berita.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India itu gagal ditemui dan tidak menjawab sebarang panggilan telefon termasuk daripada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sementara itu menteri besar mengesahkan masih tiada ketentuan samada V. Arumugam juga akan melepaskan kerusi DUN Selambau yang dimenanginya di atas tiket bebas sebelum menyertai PKR.

SELEPAS SULTAN DAN ZAMBRY, SIAPA PULA NIZAR AKAN SAMAN?


Sementara itu di Ipoh pakatan rakyat dikhabarkan akan meletak `boneka DAP' ini bertanding di Parlimen Bukit Gantang.

ADUN BUKIT SELAMBAU LETAK JAWATAN?

Di fahamkan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah pada jam 3.00 petang ini berhubung isu perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) V Arumugam.

ADUN berkenaan yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah dikatakan tidak dapat dihubungi sejak beberapa hari lalu. Desas- desus mengenai perletakan jawatan ADUN berkenaan telah berlegar sejak seminggu yang lalu.

Ada yang menyatakan beliau juga akan meninggalkan PKR bagi menyertai BN. Bagaimanapun, MB Kedah yang akan mengadap Sultan Kedah dikatakan akan membawa surat perletakan jawatan Arumugam yang dipercayai surat yang telah ditandatangani selepas pilihan raya umum lalu sama seperti surat tidak bertarikh ADUN Behrang dan Changkat Jering di Perak.

AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG DARIPADA PAS MENINGGAL DUNIA

Berita ini saya petik daripada blog Drs. Khalil Idham Lim. YB Roslan Shaharom daripada PAS baru meninggal dunia.

al-Fatihah...

SETELAH PUAS MENCACI MEREKA SANGGUP MENERIMA KEMBALI

Spekulasi barisan Exco Perak daripada Surat Khabar Cina

Menjelang Majlis Angkat Sumpah Exco Perak yang baru, dikatakan YB Osman dan YB Jamaluddin tidak berada di dalam senarai.

Perkara ini memberi ruang kepada Parti PAS untuk membuat spekulasi bahawa mereka berdua akan beralih semula memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat sanggup menerima mereka semula.

Ini dinyatakan oleh Drs. Khalil Idham Lim iaitu ADUN Titi Serong daripada PAS yang juga merupakan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di DUN Perak di dalam blognya.

Beginilah standard kematangan berpolitik Parti PAS, setelah puas mereka mencaci kedua-dua Yang Berhormat ini, mereka sanggup pula menerimanya kembali di atas dasar mendapatkan kuasa.

Kalau sebelum ini mereka melabelkan kedua-dua Yang Berhormat ini sebagai `pengkhianat' bermakna sekarang mereka sanggup bersekongkol dengan pengkhianat untuk mencapai cita-cita mereka.

Beginikah standard wakil rakyat yang diperlukan oleh negara kita? Rakyat boleh menilai sendiri!!!

Sunday, February 8, 2009

KARPAL SINGH `LEPAS BOM'

PULAU PINANG, 8 Feb (Bernama) -- Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam ketua pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti)."Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda Umno berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung peralihan kuasa di negeri itu.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini.Selain itu beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.

Katanya sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar."Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri.

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim."Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang.

Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini, janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan PR dan demi kepentingan DAP," katanya.

Karpal menegaskan bahawa PR seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).

"Jangan ambil mudah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mandat untuk pembentukan sebuah kerajaan harus datang daripada rakyat," katanya.

~Bernama

Apakah kenyataan ini lahir dari hati Karpal Singh atau satu lagi sandiwara pemimpin Pakatan Rakyat?

PAKATAN RAKYAT : RETAK MENUNGGU BELAH

Apa sudah jadi? Karpal Singh yang dulu mencabar PAS `melangkah' mayatnya dulu sekiranya ingin menubuhkan negara Islam, hari ini pula mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP ini menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut.

Karpal dilaporkan berkata tindakan mengalu-alukan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Bota melompat menyertai Pakatan, sebelum beliau balik semula ke BN, telah mencetuskan ketegangan dalam Pakatan sehingga menyebabkan Perak jatuh ke tangan BN.

Marah sungguh pengerusi DAP ini, mungkin kerana perancangan mereka untuk menjadikan Perak `Singapura ketiga' selepas Penang tidak kesempaian.

BAWA-BAWALAH MENGUCAP.....

Mak saya ketawa terbahak-bahak apabila mendengar berita yang Nizar masih lagi mempengerusikan `mesyuarat exco' dan meluluskan berbagai-bagai projek walaupun sudah tidak menjadi MB lagi.

Saya teringat satu kisah benar yang berlaku kepada seorang pelabur `Pak Man Telo'. Dia tidak dapat menerima hakikat duitnya telah lesap apabila `Pak Man Telo' diharamkan. Kerana keretanya juga telah ditarik dia membeli sebuah basikal untuk kegunaan hariannya. Walaupun menaiki basikal dia tetap ke stesen minyak untuk `mengisi' minyak basikalnya.

Kepada Nizar saya menyeru, bawa-bawalah mengucap, terimalah kenyataan bukan jawatan yang dikejar, sebaliknya jawatan adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan. Sekiranya kita tidak mampu untuk melaksanakannya lebih baik kita serahkan kepada orang lain yang lebih layak.

Saya bersetuju dengan Dr. Zambry bahawa Nizar boleh terus mendiami kediaman rasmi dan terus menggunakan Camry sekiranya itulah matlamat perjuangannya.

Kepada Dr. Zambry, teruskanlah khidmat untuk rakyat. Mulakanlah agenda perubahan yang dilaung-laungkan semoga UMNO akan terus disayangi bukan sahaja oleh orang melayu tetapi juga kaum-kaum yang lain.

Kepada penyokong pakatan rakyat yang masih melakukan protes, hentikanlah usaha yang sia-sia dan memalukan ini. Sebaliknya marilah kita sama-sama merayakan kemenangan BN ini sebagai kemenangan untuk semua rakyat Perak yang tidak mahu hidup di bawah telunjuk `dua bersaudara' tersebut.

Saturday, February 7, 2009

LEXUS, CAMRY ATAU KEDUA-DUANYA

Mana satu kenderaan rasmi menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?. SUV Lexus, Toyota Camry atau kedua-duanya? Abdul Khalid berkata dia lebih selesa dengan Lexus sebab itu dia tidak gunakan Camry sebagai kereta rasmi.

Memanglah Tan Sri, Lexus lebih selesa daripada Camry dan Camry pula lebih selesa daripada Perdana. Tetapi pernahkah Tan Sri fikirkan ramai lagi rakyat di bawah jagaan Tan Sri yang berpanas dan berhujan dengan Kapcai?

APABILA WARTAWAN SIASAH DAILY MEMETIK KENYATAAN `ORANG MATI'.



Rasa nak tergelak apabila membaca kenyataan Siasah Daily yang menarik balik berita bekas Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan yang menyokong Karpal Singh menyaman Sultan Perak dan Kerajaan BN tidak tepat kerana Stephen telah meninggal dunia pada tahun 1997.

Yang menimbulkan persoalan di sini ialah adakah wartawan Siasah Daily ini `tidur' atau memang kerja dia menyampaikan berita yang tidak tepat. Jangan marah! he he he

APAKAH TANDANYA APABILA ADUN PKR KEDAH `BERCUTI'?

Sewaktu desas-desus BN akan menumbangkan kerajaan Kedah selepas kejayaan di Perak, seorang exco kerajaan negeri V Arumugam dikatakan `hilang' dan sedang `bercuti'.

Seorang kawan menelefon saya sebentar tadi bertanyakan "apakah tandanya apabila ADUN PKR Kedah bercuti?". Tanya saya kembali "Bercuti kat mana?". Jawabnya sambil ketawa "entah-entah bercuti kat Pekan kot".

Perkara ini telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina semalam yang mendakwa Arumugam tidak boleh dihubungi dan keadaan membuka ruang spekulasi kemungkinan wakil rakyat PKR Bukit Selambau tersebut akan melompat parti.

Laporan itu menyemarakkan lagi cakap-cakap bahawa Arumugam akan meninggalkan PKR bagi membolehkan BN memerintah di negeri itu seperti yang berlaku di Perak minggu ini.

Arumugam juga dilaporkan gagal hadir dalam perasmian daerah baru Pokok Sena semalam yang memberikan gambaran bahawa desas-desus ini mungkin benar.

Sementara itu di Kedah ada laporan menyatakan Pakatan Rakyat telah mengambil tindakan drastik memantau dengan ketat wakil-wakil rakyat mereka. Ada juga dakwaan mengatakan wakil-wakil rakyat mereka daripada PKR dan DAP dikurung bagi mengelakkan mereka melompat kepada BN.

Difahamkan antara wakil-wakil rakyat yang dianggap `berisiko tinggi' untuk melompat parti ialah Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Rahzi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim).

Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya.

Friday, February 6, 2009

TEORI DOMINO MENGHANTUI PAKATAN RAKYAT

Setelah Pakatan Rakyat tumbang di Perak, semakin kuat desas-desus yang kedengaran beberapa lagi ADUN Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor akan melompat parti sehingga boleh menumbangkan kerajaan kedua-dua negeri tersebut.

Selain daripada itu khabar angin juga bertiup kencang mengatakan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional yang akan membolehkan BN menguasai semua negeri di Malaysia.

Tindakan PAS ini ada kaitan dengan rasa tidak puas hati kepimpinan PAS kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang tidak dapat mengawal tiga ADUNnya di Perak keluar parti yang menyebabkan menteri besar PAS hilang jawatan.

Ini ditambah dengan desakan yang begitu hebat daripada akar umbi PAS yang merasakan perjuangan mereka untuk menubuhkan Negara Islam tidak akan dapat di realisasikan sekiranya terus berada bersama Pakatan Rakyat yang jelas perbezaan ideologinya seperti langit dengan bumi.

Tindakan Khalid Ibrahim di Selangor yang mengenepikan pandangan-pandangan ADUN PAS berkenaan agama Islam lebih menguatkan lagi khabar angin ini.

Berbagai skandal (termasuk Camry), kelembapan ekonomi dan isu manifesto yang tidak di tunaikan sangat memalukan pimpinan PAS dan menjadi beban kepada mereka untuk menerangkannya kepada akar umbi.

Difahamkan sekiranya perkara ini berlaku BN bersedia memberikan jawatan menteri besar kepada PAS di Selangor (selain yang sedia ada di Kelantan dan Kedah). Selain daripada itu akan melantik beberapa menteri dan timbalan menteri daripada PAS.

Daripada maklumat terbaru yang diperolehi, Pakatan Rakyat telah mengambil tindakan drastik dengan pengawasan yang ketat keatas semua wakil rakyat mereka.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.