**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Sunday, January 18, 2009

BN AKAN SUSUN SEMULA IMEJ PARTI BAGI MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT

Barisan Nasional menerima kekalahan calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan perasaan terbuka kerana percaya pada prinsip demokrasi selain menghormati pilihan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini bukan bermakna akan melemahkan iltizam dan semangat BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat tetapi akan melipat gandakan usaha memberi khidmat bakti kepada rakyat.

“BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk menyusun semula imej parti dan dasar serta pendekatan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN. Saya amat yakin, kesudahannya rakyat akan merasakan BN masih parti terbaik memimpin negara kita,” katanya.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN berkata demikian pada sidang media di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman, selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi apabila memperoleh 32,883 undi.

Wan Ahmad Farid pula meraih 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata, BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap UMNO dan BN.

"Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, BN memandang serius keputusan itu dan akan mengkaji secara mendalam hala tuju UMNO dan BN.

Beliau bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk menentukan punca kekalahan namun sepertimana biasa BN akan melakukan kajian terperinci.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna rakyat menolak BN, beliau berkata: "Ini hanya pilihan raya kecil. Semestinya ia satu tamparan kepada kita (BN) tetapi kita akan terus berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan tawar hati dengan keputusan ini.

Najib menolak andaian bahawa rakyat kini tidak lagi mahukan BN apabila parti itu kalah dalam dua pilihan raya kecil termasuk di Permatang Pauh pada Ogos tahun lalu.

"Kita pernah kalah dulu (Permatang Pauh) tetapi kita akan sifatkan ini sebagai satu pengajaran yang harus kita timba hikmah dari kekalahan ini (di Kuala Terengganu) untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan lebih positif lagi," katanya.

"Ia satu tamparan, tetapi hakikatnya ialah BN masih berkuasa di Terengganu," katanya.

Sementara itu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika ditemui para wartawan berjanji bekerja lebih keras bagi memastikan pengundi-pengundi yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, mengubah fikiran dan mengundi parti itu di masa depan.

Beliau turut berterima kasih kepada pengundi-pengundi BN walaupun jumlah diterimanya tidak cukup untuk memastikan beliau menang bagi mengekalkan kerusi yang dimenangi Datuk Razali Ismail pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut kerana diberikan kepercayaan oleh majoriti pengundi bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat dan selamat jalankan tugas sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu,” katanya.

Bekas senator dan timbalan menteri dalam negeri itu turut berterima kasih kepada jentera BN dalam dalam dan luar Terengganu yang membantunya berkempen.

“Saya tahu mreka sudah kerja kuat dan keras tetapi akhirnya rakyat yang buat keputusan dan rakyat harus terima,” ujarnya.

3 comments:

Anonymous said...

saya org sunggala..akak ni degil cakap saya..angkuh sangat UMNO ni kak oi..pesan nabi..kata benar walau pahit..dato najib pun antara faktor orang tolak UMNO..peribadi kak..kot telok kemang pun nak kekalkan md isa..hhehehe..u can predict la apa kan berlaku..skrng saya n geng tengah kumpul segala salah laku tan sri kesayangan akak 2..tgu PR 13..kelompok2 bebas n atas pagar macam saya ni akan bantai pemimipin islam(kononya) yang rasuah..cekik harta rakyat..org tgganu pun bijak takkan orang bagan pinang nak buek malu angkat org rasuah..kot saya jd akak..atas prinsip perjuangan..saya letak jawatan..saya tak sanggup allah tanye nape angkat n bersetongkol dengan pemimipin2 yang jelas zalim...saya doa hati akak terbuka mendapat hidayah..

ROSHATIKA said...

Orang Sunggala,

Akak tak nak komen pasal Tan Sri Isa...tapi akak nak cadangkan supaya orang sunggala n geng mengambil inisiatif menubuhkan sukarelawan dikalangan siswazah n mahasiswa yang berada di bawah DUN Bagan Pinang...yang dapat menggerakkan aktiviti untuk generasi muda...Akak rasa lebih berkesan kalau aktiviti tersebut dirancang oleh generasi muda sendiri dan sudah tentu kepimpinan di Bagan Pinang akan menyokongnya.

Kritikan dan salah menyalah tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya cadangan yang membina diperlukan.

Sebab tu lah akak masih menunggu email yang dijanjikan dulu untuk akak cadangkan kepada YB ADUN Bagan Pinang.

T. Kasih

awi.prt8 said...

Salam hormat,

mengkritik dan menghentam memang mudah....tapi saya rasa setiap persoalan yang kita bangkitkan sepatutnya disertakan dengan cadangan...tak ada la macam hentam keromo jer.Lagi satu orang sunggala nie kalau dia jujur nak mengkritik tak la dia pakai lamnama Anon.

Wassa