**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, January 13, 2009

PAS DAN PAKATAN SEMAKIN PARAH


Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Seperti yang kita sedia maklum, Pas kini terperangkap di dalam mainan politik DAP dan pakatan rakyat sehinggakan maruah parti tersebut kini tercalar dan bertambah parah.

Penafian keras oleh rakan baik Pas, Karpal Singh yang menentang ideologi dan perjuangan parti Pas bertambah jelas apabila beliau mengkritik ketua beliau di dalam pakatan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tentu ahli-ahli Pas dan pemerhati politik bertambah pelik dengan permainan pemimpin-pemimpin Pas yang masih mahu berdampingan dengan pemimpin-pemimpin DAP yang begitu jelas merupakan duri dalam daging perjuangan Pas hari ini.

Penulis juga 'kagum' dengan kemampuan pemimpin-pemimpin Pas berwayang kulit serta membohongi ahli-ahlinya sendiri hanya kerana kuasa yang bersifat sementara sahaja.

Tentunya penulis bersimpati dengan ahli-ahli Pas yang telah lama menabur bakti, tenaga dan wang di dalam Pas tetapi sumbangan mereka itu diperkotak-katikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin Pas.

Penulis juga sedih dengan bangsa Melayu yang sanggup mengibarkan bendera dan memakai lencana DAP di Kuala Terengganu, seolah-olah mereka itu tidak pernah membaca dan memahami sejarah DAP dan kelekehan mereka terhadap bangsa Melayu dan sejarah Malaysia.
Apakah harga maruah orang Melayu begitu murah untuk digadaikan kepada parti DAP?

Seperkara lagi, apakah benar Anwar Ibrahim sanggup diludah?

Jika benar, beliau patut diludah mulai dari sekarang dek politik dan janji palsu beliau.

Sumber: www.novandri.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Salam buat Dr - Rasulullah saw sendiri upah org kafir sebanyak 4 dirham untuk tunjukan jalan ke Madinah dalam peristiwa Hijrah. Mengapa nabi tak suruh sahabat dia stay back,dan tunjuk jalan ke madinah? Sebab nabi nak ajar kita, untuk capai matlamat kemenangan Islam, boleh guna org kafir sebagai batu loncatan.
Seperkara lagi, org PAS tak perlu simpati Dr.
Untuk makluman, nama si kafir yg nabi upah itu ialah Abdullah bin Uraiqat.
Jgn jadi Dr tolol sudah la.....