**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, January 9, 2009

PEMBANGKANG DIGESA HENTIKAN KEMPEN PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM

Oleh Kazman Kamal

Putrajaya -- Parti pembangkang digesa agar tidak memainkan isu-isu sempit yang boleh memecahbelahkan umat Islam sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu termasuk menyamakan UMNO dengan Israel.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebarang pertimbangan politik sempit yang sanggup menyatakan apa sahaja walaupun tiada isu akan menyebabkan umat Islam terus berpecah dan tidak bersatu.

Keadaan ini kata beliau lagi jika berterusan akan hanya menjadikan umat Islam terus bermusuh sesama sendiri dan ini amat merugikan.

"Elakkan perbuatan ini kerana ia hanya merugikan dan membawa permusuhan sesama Islam", katanya selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini , Khamis.

Kelmarin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamakan perjuangan pakatan pembangkang sama seperti Hamas yang dihukum Israel.

Pada masa sama, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali turut menyamakan hubungan Pas dengan UMNO seperti pergerakan Hamas dan Fatah iaitu dua kumpulan yang tidak sehaluan di Palestin.

Mustafa yang menyamakan Pas dengan Hamas mendakwa UMNO sering menekan Pas dalam pelbagai isu.

Hishammuddin seterusnya yakin jika kempen seumpama ini diteruskan membuktikan pembangkang sebenarnya cukup terdesak dan ketandusan isu.

"Kita percaya pengundi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu lebih bijak menilai helah pembangkang yang ketandusan isu dalam kempen mereka.

"Orang ramai akan melihat bagaimana kempen pembangkang diketuai Pas yang tiada isu baru untuk diketengahkan, sebaliknya masih menggunakan strategi lama untuk memburukkan UMNO dan BN", ujarnya.

Beliau berkata, kandungan ceramah pembangkang hanya seronok didengar, tetapi sebenarnya menunjukkan pemikiran yang sempit.

www.pemudaumno.org.my

1 comment:

Anonymous said...

Pecoh beloh tengkorak mu! UMNO la punca semua. Dah kalah praya, mcm gila babi perangai!