**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, January 12, 2009

PENYU MENANGIS SIAPA YANG TAHU


Penyu menangis siapa yang tahu…. Kuala Terengganu menerima kunjungan pengunjung yang begitu ramai sekali dalam berbagai-bagai agenda yang mewarnai pilihan raya kecil Kuala Terengganu P36 yang telah dikosongkan oleh Allahyarham Datuk Razali (Timbalan Menteri Pelajaran ) yang telah pulang ke Rahmatullah kerana serangan jantung ketika sedang beriadah.

BN yang mempertaruhkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Farid yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu di tentang oleh dua calon lain dari Pas dan bebas.

Tentangan yang diharapkan adalah dari calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut yang merupakan ADUN Wakaf Mempelam dijangkakan akan memberikan saingan yang sengit kepada calon BN.Calon bebas Azharudin yang menjalankan perniagaan perubatan alternatif di Kampung Ladang Pasar itu akan menggunakan “buku” sebagai lambangnya pada pilihan raya kecil itu.

Beliau yang berkata bahawa beliau yang telah mendapat Lintasan untuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, sesuai dengan profesion beliau sebagai pengamal perubatan alternatif di mana lintasan menjadi petunjuk kepada beliau.

Sementara itu Mohd Abdul Wahid Endut yang merupakan calon yang dipilih sendiri oleh Hj Hadi Awang telah menghentikan semua spekulasi nama calon-calon yang telah dikemukan oleh kumpulan Endorgan yang merupakan calon pilihan Anwar Ibrahim, Syed Azman dan juga calon yang menjadi pilihan Nik Aziz, Mat Sabu.

Pas sebenarnya menghadapi masalah untuk mengemukakan nama calon dan ianya terpaksa diumumkan pada 1 Januari kerana ada perselisihan pendapat antara Nik Aziz, Hj Hadi dan juga pemimpin yang lain.

Selain itu Dr Harun Taib juga mengemukakan nama-nama dari kumpulan Muqabalah seperti Dr Khazani, Mustafa Ali, Wan Muthalib Embong dan Ariffin Deraman.

Akhirnya, Hj Hadi telah membuat keputusan beliau sendiri dengan memilih Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon dan beberapa calon dikatakan telah merajuk hati dan tidak turut hadir pada hari penamaan calon yang lalu.

Isu Hudud telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan menjelang pilihan raya kecil ini apabila Pas yang sememangnya dahulu memperjuangkan Hudud tetapi terpaksa melupakan hasrat untuk memperjuangkan Hudud kerana terpaksa bergabung dengan Pakatan Rakyat ( pakatan yang belum didaftarkan- pakatan haram) Pas terpaksa memutarbelitkan isu ini apabila Husam dalam satu debat Transformasi Politik yang cuba mempertahankan isu Hudud apabila diserang oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, menyatakan bahawa Pas akan melaksanakan Hudud apabila menajdi kerajaan.

Berbagai reaksi bercanggah dan panas dari pemimpin DAP yang menentang perlaksanaan Hudud dan juga kini merupakan sahabat karib Pas yang telah memaksa Nik Aziz dan Hj Hadi mempertahankan isu ini.

Desakan agar Anwar yang membisu untuk menjelaskan pendirian beliau, akhirnya Anwar menjelaskan isu ini pada hari pertama beliau berkempen di Kuala Terengganu. Anwar menyatakan bahawa Hudud hanya untuk orang Islam.

Anwar yang sememangnya diketahui sebelum ini tidak berminat dengan Hudud pernah berkata pada satu ceramah di masjid lama, Kg Sebarang Marang Terengganu pada 14 Mac 86. “Islam yang cuba di tubuhkan oleh pemimpin Pas dengan kata-kata semata, itu hanya Islam ‘Ayat Kerusi ‘ dan ‘kerusi parlimen’ sahaja kerana mereka dengan jelas menolak kebenaran dan usaha meningkatkan syiar Islam di negara ini kerana dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional .

Jelas pilihan raya kali ini bukanlah satu pilihan raya yang hanya di wakili oleh Pas tetapi ianya melibatkan DAP dan juga PKR. Kemenangan dan kekalahan ini sebenarnya bukan menjejaskan atau melonjakkan nama Pas tetapi ianya akan melibatkan secara terus nama ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Menyokong Pas kini samalah seperti menyokong Anwar Ibrahim kerana dalam gabungan Pakatan Rakyat sekarang, suara Pas hanyalah suara halus yang ada kala hanya didengari sebagai batuk-batuk kecil yang tidak lagi dipedulikan.

Sebaiknya penyokong Pas memikirkan penglibatan Pas dalam Pakatan Rakyat yang telah banyak menjatuhkan kredibiliti dan telah banyak menyeleweng dari perjuangan sebenar. Seharusnya Pas perlu dikejutkan dengan keputusan Kuala Terengganu oleh penyokong Pas, nafikan kemenangan Mohd Abdul Wahid Endut, sama seperti menafikan Anwar Ibrahim.

Sumber : Kelab Penyokong Maya UMNO

3 comments:

Anonymous said...

Apa yang puan bangkit memboktikan kepada saya bukan soal perbalahan PAS memilih pemimpin. Tetapi menunjuk terlalu ramai tokoh-tokoh PAS boleh dicalunkan di KT.Kerana golongan cerdik pandai dan profesional amat banyak sekali dalam PAS hari ini.

Fasal HUDUD
Ya dalam fikah, HUDUD adalah untuk orang-orang Islam.Dalam sistem pemerintahan Islam, kita kena laksanakan HUDUD,tetapi bagi kaum yang bukan Islam mereka boleh memilih undang-undang Sekular kalau mereka tidak mahu HUDUD.Kenapa puan keliru.Persoalan sekarang orang bukan Islam tidak faham kedudukan sebenar mengenai HUDUD. Ini tiada menjadi masalah kepada PAS. Tetapi yang lebih keliru UMNO. Fasal apa dia tolok HUDUD.Hukumnya orang Islam kena laksanakan HUDUD.UMNO menentang.Penentangan HUDUD dari UMNO berbeza dengan penentangan HUDUD dari DAP. Ini UMNO kena faham

saya persilakan puan ke blog saya http://jamaludinmdisa.blogspot.com/

ROSHATIKA said...

Sdra Jamaludin,

Saya sebagai seorang Islam memang menyokong Hudud. Tetapi saya keliru hudud Pas iaitu untuk orang Islam sahaja. Adakah ini mengikut sunnah dan adil kerana setahu saya pada zaman Rasulullah dahulu hudud melibatkan orang Islam dan bukan Islam.

Kalau saya salah, tolong betulkan.

T. Kasih

Anonymous said...

Memang salah pun puan oooi! Hudud untuk org Islam saja. Org bukan Islam diberi pilihan, samada nak kpd Hukum Islam, atau hukum dalam agama dia. Faham? Jgn lupa pergi kuliah di masjid2. Jgn rosakkan aqidah anda! UMNO oh UMNO!