**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, January 20, 2009

SAYANGKAN PARTI....DITEGUR DAN DIBETULKAN...

Selepas PRU-12 dan Permatang Pauh, sekali lagi rakyat bersuara di Kuala Terengganu. Sama ada suka atau pun tidak, itulah kenyataan yang harus diterima dan dihormati.

Walaubagaimanapun persoalan yang harus dirungkai adalah kenapa rakyat terus-terusan menolak Barisan Nasional?

Ramai yang berpendapat bila sesebuah perjuangan itu telah tersasar jauh dari matlamatnya, lambat laun gelombang perubahan pasti akan berlaku. UMNO yang diasaskan perjuangannya untuk agama, bangsa dan Negara, sekarang dilihat berkiblatkan material.

Kalau dulu pejuang-pejuang bangsa mencurahkan keringat, air mata dan darah tetapi sebahagian pemimpin sekarang dilihat begitu rakus mengumpul kekayaan. Mereka hidup di dalam dunia tersendiri dan `kelas’ tersendiri sehingga sukar di dekati rakyat.

Perkara ini bukan sahaja berlaku diperingkat atasan tetapi telah menular ke bahagian dan cawangan. Pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan dan bahagian dilihat rakyat terlalu sombong dan ego sehingga memburukkan imej parti.

Sebahagian daripada mereka sebenarnya tidak lagi menjadi aset kepada parti, malah menjadi liabiliti kepada parti kerana terlibat dengan gejala rasuah dan sebagainya. Mereka-mereka inilah sebenarnya memberi beban dan persepsi negatif terhadap parti dimata rakyat.

Selama seminggu saya di Kuala Terengganu, memang banyak kelemahan-kelemahan jentera BN yang dipertontonkan. Yang paling ketara ialah jentera-jentera BN daripada luar seperti datang `makan angin’ kerana mereka banyak menghabiskan masa di hotel-hotel walaupun tidak dinafikan ada sebahagian yang dilihat berkerja bersungguh-sungguh memenangkan parti.

Jentera daripada luar tidak digunakan secara yang maksima dan saya mencadangkan untuk pilihan raya kecil di masa hadapan supaya jentera daripada luar ini tidak ditempatkan di hotel-hotel tetapi ditempatkan dirumah-rumah pengundi supaya mereka boleh menerangkan dasar-dasar kerajaan yang mesra rakyat dengan lebih berkesan. Semoga beberapa hari mereka bersama pengundi, akan mewujudkan kemesraan dan membuka pintu hati pengundi menyokong BN.

Saya juga sempat berjumpa dan berbual dengan beberapa kumpulan pemuda yang memakai atau membawa lambang pembangkang. Tanya saya “kenapa adik menyokong pembangkang?”. Jawab mereka “Macam mana kami nak sokong BN, nak masuk UMNO pun diorang tak kasi?”. Saya Tanya “Siapa yang tak kasi?”. Jawab mereka lagi “Pemimpin-pemimpin UMNO kat cawangan lah”.

Jadi saya membuat kesimpulan, itulah antara sebab kenapa generasi muda tidak menyokong BN. Mereka di sekat, dihalang dan tidak dialu-alukan untuk menyertai UMNO. Oleh itu mereka mengalih menyokong pembangkang yang menyebabkan hampir semua saluran generasi muda di menangi PAS di Kuala Terengganu.

Inilah antara `penyakit-penyakit’ UMNO yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemimpin peringkat tertinggi.

Pintu UMNO haruslah dibuka seluas-luasnya. Semestinya tidak ada golongan yang mendominasikan parti dan menyekat kemasukan mereka yang lain lebih-lebih lagi golongan professional dan intelektual.

Pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian juga mestilah dilakukan dengan cara yang lebih demokratik. Menyediakan senarai nama atau `chai dan’ akan lebih menjauhkan ahli daripada parti.

Kecenderungan mewariskan jawatan kepada ahli keluarga dan sahabat handai walaupun tidak layak juga mesti dijauhi supaya ahli-ahli lain tidak merasa terpinggir dan tidak dipedulikan.

Akar umbi adalah tunjang kepada kekuatan parti. Tiada gunanya Presiden dan ahli majlis tertingginya dilihat begitu teguh tetapi di cawangan keadaannya begitu rapuh.

Oleh itu saya ingin cadangkan, sekiranya UMNO ingin distrukturkan semula, ianya harus bermula daripada peringkat cawangan. Walaupun seekor ikan busuknya bermula daripada kepala tetapi sepohon pokok akan tumbuh menghijau sekira akarnya di baja.

Walaupun siapa dia sekarang sama ada presiden parti atau ahli majlis tertinggi, sudah tentu dia juga bermula sebagai ahli biasa di cawangan. Pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan dan bahagianlah yang berhubung terus dengan masyarakat.

Selain daripada itu usaha-usaha merakyatkan pembangunan dan pentadbiran harus diteruskan supaya pembangunan dan pentadbiran yang dijalankan benar-benar memberi faedah kepada rakyat.

Akhir kata, inilah masanya untuk kita bermuhasabah, sekiranya kita sanggup menerima hakikat kelemahan kita dan memperbetulkannya, sudah tentu rakyat akan kembali menyokong kita di dalam pilihan raya yang akan datang.

Jangan berputus asa, sebaliknya terimalah kegagalan ini sebagai memberi ruang untuk kita menilai semula dan memperbaiki kesilapan.

SELAMAT BERJUANG!!!

2 comments:

Unknown said...

Strategi UMNO harus di rombak dan di tukar selari dengan perkembangan semasa dan terkini politik tanah air.

Pelbagai fitnah dan tohmahan serta strategi pembangkang yang menanam sifat benci dikalangan penyokong serta pengundi atas pagar terhadap UMNO dan BN ternyata berhasil.

Pemimpin UMNO sering tersasar dan tidak menjawab persoalan yang bermain di mulut dan fikiran rakyat.

Imej buruk UMNO dan BN dibiarkan tanpa dijawab, di terang atau di perbetulkan.

Pekara ini sangat penting untuk diatasi dan diperbetulkan. Gerak kerja Pakatan Rakyat berterusan. Berapa banyak ceramah mereka anjurkan di semua kawasan Parlimen seluruh negara setiap minggu dan bulan. Mereka tidak duduk diam.

Akhbar rasmi mereka secara terus memuji-muji mereka dan menghentam UMNO sedangkan akhbar kerajaan jarang menjelaskan usaha dan kerja yang dibuat pemimpin kerajaan. Sealu yang dikeluarkan berita berbentuk puji-pujian serta terlalu banyak ruangan hiburan.

Perubahan drastik sangat penting dalam UMNO. InsyaAllah, selepas pemilihan Parti pada Bulan Mac ini nati, yang menang bekerjalah bersungguh-sungguh, dan yang kalah janganlah menjadi duri dalam daging pula.

Sayangilah Islam, Melayu dan Tanah Air. Bejuanglah dengan Ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.

www.puteraumnokualapilah.blogspot.com

sahabat gunung said...

Benarkah UMNO sudah di ambang kehancuran? Benarkah UMNO siap sedia untuk ditalkinkan? Benarkah UMNO sudah jauh di hati orang-orang Melayu….?

Bagi aku, perjuangan ini baru nak bermula.

Mungkin pelik kerana UMNO itu sendiri sudah 62 tahun di arus perjuangan politik bermula dengan perjuangan Dato’ Onn menuntut kemerdekaan hinggalah ke zaman Pak Lah yang nampak macam 'menyesakkan' dada ahli-ahli UMNO.

Sedarlah… semua yang berlaku pada hari ini bukanlah salah Pak Lah, bukan salah anak dan menantunya, sebagaimana dakwaan beberapa pihak, tetapi salah kita yang tidak pernah serius dalam perjuangan dan sentiasa berasa selesa dengan kejayaan dan kemenangan kita sebelum-sebelum ini.

Bila dah jadi macam nie, baru nak salahkan Pak Lah, nak salah Khairy tetapi siapa Pak Lah atau Khairy jika bukan kerana pencalonan dan undi-undi kita sebelum ini.

Oleh yang demikian, apa yang berlaku hari ini bukanlah salah Pak Lah atau Khairy. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, menjelang Mac ini, marilah kita sama-sama menyusun barisan, bersama-sama membantu Pak Lah sebelum meninggalkan kerusi Presiden dan Perdana Menteri, untuk memperbaiki UMNO dari akar umbi.

Jika selama ini, masyarakat memandang kita sebagai pengamal politik wang, bertekadlah demi kekuatan UMNO itu, marilah kita sama-sama menolak segala unsur politik dalam memilih kepimpinan yang akan datang.

Itulah sebabnya aku mengatakan perjuangan kita baru bermula. Perjuangan kita menolak pemimpin yang lahir hasil amalan politik wang, dan memberikan sokongan padu kepada DS Najib dan barisan kepimpinannya…. Yang bakal kita pilih Mac ini.

Jangan sekali lagi melakukan kesilapan yang sama. Memang selama ini kita tidak pernah belajar dari kesilapan, tapi sampai bila kita tak nak belajar. Sampai UMNO ditalkinkan.

Tidak, aku tidak akan benarkan UMNO ditalkinkan. Aku akan berjuang sehingga ke titian darah terakhir, tapi mampukan aku berseorangan berjuang untuk UMNO. Ternyata, itu retorik semata-mata, tapi jika berjuang bersama-sama pejuang UMNO yang lain, aku yakin UMNO akin kembali di landasan yang sebenar.

Aku yakin, rakyat mahu melihat perubahan drastik pada UMNO. Tapi siapa yang akan meniup semboyan ini? Jangan bermain teka-teki atau sandiwara lagi kerana rakyat dan golongan muda hari ini semuanya dah cerdik-cerdik dan pandai-pandai belaka hasil perjuangan UMNO dan BN juga yang selama melakukan pembangunan yang seimbang, pendidikan yang sempurna, pembangunan modal insan…. Yang akhirnya memakan diri sendiri.

Tapi jangan menyesal dengan apa yang sudah kita buat selama ini. Jangan menyesal membina sekolah-sekolah yang sempurna, yang menyesal membina universiti untuk kecermerlangan anak-anak kita, jangan menyesal untuk semua yang kita dah lakukan selama ini.

Tapi, perjuangan kita baru bermula. Perjuangan membaiki UMNO, agar terus lekat di hati orang Melayu, agar terus mendapat kepercayaan rakan kompenan BN dan seterusnya masyarakat berbilang kaum.

Itulah perjuangan kita. Jika kita bermula dari hari ini, aku yakin apa yang kita takuti akan menjadi kenyataan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempertekadkan azam, memperkukuhkan barisan, memperbaiki sikap negatif kita untuk memperkasa semula UMNO.

Salam perjuangan buat semua.

Pantai Batu Buruk
K.Terengganu
19 Jan 2009 (11.15pm)