**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, March 17, 2009

ADA AGENDA UNTUK MENGHALANG SAYA ~ KHAIRY JAMALUDDIN

Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun sebenarnya dia tidak bersalah.

Khairy mendakwa terdapat agenda untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini.

"Saya tahu terdapat agenda tersebut, tetapi saya tidak tahu siapa yang bertanggungjawab dan mengapa mereka berbuat demikian."

"Saya tetap tidak bersalah," tambahnya.

Menurutnya, beliau telah memberikan penjelasan kepada lembaga disiplin. Walaubagaimanapun, beliau menghormati keputusan yang telah dibuat oleh lembaga tersebut.

Benarkah agenda sebenar mereka ini adalah untuk menghapuskan semua penyokong Pak Lah di dalam UMNO?. Dan agendanya telah bermula dengan Norza, Azalina dan hari ini Mohd Ali dan Khairy Jamaluddin.

Sekiranya benar, ini adalah satu lagi episod malang di dalam UMNO.

6 comments:

Bro Jinggo said...

Salam

Kita semua tahu ada konspirasi politik, sama ada ia datang dari Pembangkang atau pun didalam umno sendiri, Kami team setiakawan bloggers tidak pernah rasa goyah malahan semangat mempertahankan KJ semakin berkobar-kobar...

SAHABAT SETIAKAWAN, KUATKAN SEMANGAT!!! BERJUANGLAH BERSAMA KJ

Perjuangan kita masih belum tamat lagi.

Salam setiakawan
Salam Perjuangan

BJ

Anonymous said...

mudahnya bagi KJ kerana keadilan ditangannya -sudah rasa tidak bersalah kerana telah memberikan penjelasan kepada lembaga disiplin. memang mudah dalam UMNO, apabila bersalah, pergi lembaga disiplin dan beri penjelasan lalu bersih dan tidak bersalah. KJ boleh jadi calon pelawak bodoh!

Unknown said...

Kalau sendiri yang buat jgn nak salahkan org....
Jgn terikut2 fahaman PKR yang selalu menuding jari pada org lain atas kesalahan sendiri....
Lebih baik muhasabah diri . Jgn biar rakyat muak dengan anda

azlishukri said...

pada pandangan saya kita jangan buat spekulasi, adakah jika Khir toyo yang kena, maka kita juga akan berkata begitu?

kita terima keputusan tersebut dan jangan tuduh sesiapa dalam soal ini, yg penting maruah parti.

ROSHATIKA said...

Salam semua,

Kalau sesiapa tengok astro awani petang semalam, penasihat undang-undang UMNO telah menjelaskan kes yang berlaku kepada YB KJ ni.

Dia sebenarnya dikatakan bersalah kerana kesalahan ketua pemuda UMNO Sabah. Walaubagaimanapun ketua UMNO sabah tersebut bukannya agen rasmi beliau.

Cuma dikatakan agen beliau.

Bukankah perkara ini mendedahkan YB KJ kepada fitnah?

Adakah kesalahan tersebut berada di bawah kawalan beliau?

Perwakilan boleh menilainya sendiri.

T kasih

Tai said...

Ahli Umno matang dah.