**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, March 6, 2009

AHLI PARLIMEN PAS BERCANGGAH PENDAPAT

Ahli Parlimen PAS di lihat tidak sekata di dalam isu penggunaan nama Allah. Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) ketika di Dewan Rakyat memberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Taib Azamudden yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Penjelasan anggota Parlimen Baling itu dilihat selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Terdahulu ketika membincangkan isu yang sama, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.

Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Lepas nie ramai orang PAS keluar PAS jadi YB bebas macam Ibrahim ali..

USD said...

Salam, apa nak buat...agama dah djadikan modal mraih keuntungan politik...kesian kita org islam.
jeffrey Kitingan pula dah lancar petition online kempen guna nama Allah!

Panglima Perang Cyber said...

kena baca fatwa JAKIM dan persidangan Mufti..

Tai said...

Awas, puak extrim pasti akan gunakan kesempatan yang diberi lampu hijau oleh PKR dan Pas.