**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Sunday, March 22, 2009

KHAIRY DI FITNAH LAGI!

Khairy Jamaluddin, calon ketua Pergerakan Pemuda UMNO di fitnah lagi. Kali ini menerusi penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin".

Buku yang ditulis dan diterbitkaan oleh Yahya Ismail tersebut dikatakan mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap Khairy bagi memberikan imej buruk kepadanya di mata perwakilan.

Saya difahamkan buku tersebut sedang diedarkan secara meluas kepada perwakilan pemuda UMNO yang akan memilih Ketua mereka pada hari rabu ini.

Selain daripada itu Yahya Ismail juga telah mengugut Khairy dan meminta bayaran sebanyak RM100,000.00 agar buku tersebut tidak di cetak, di jual dan di edarkan kepada perwakilan pemuda UMNO.

Walaubagaimanapun Khairy menolak permintaan tersebut.

Menurut Khairy lagi, Yahya Ismail juga telah mengaku dia ditaja oleh musuh-musuh politiknya sendiri, yang berada di dalam UMNO dan beliau sebenarnya telah mengenalpasti dalang yang berada di belakang penerbitan buku tersebut.

Khairy menambah, perwakilan pemuda UMNO harus sedar, penulis buku tersebut sebenarnya tidak mempunyai kredibiliti kerana dia sebenarnya adalah seorang penulis upahan dan menulis buku tersebut sebagai ugutan untuk mendapatkan wang daripadanya.

Perwakilan juga harus sedar bahawa penulis tersebut sebenarnya bukan mencari kebenaran tetapi sebaliknya mencari keuntungan peribadi .

Oleh itu pada hari ini beliau membuat satu laporan polis berkenaan perkara tersebut di Balai Polis Brickfield, Kuala Lumpur.

Beginilah nasib seorang pejuang. Fitnah, cabaran dan dugaan telah menjadi asam garam di dalam hidupnya.

1 comment:

kamal said...

.ini adalah satu lagi konspirasi untuk memusnahkan karier politik Khairy.Apakah Khairy mengunakan tangan tangan dibelakang untuk membela segala tohmahan yang datang dari atas,bawah,kiri,kanan.

khairy berusaha untuk mencapai visi dan memertabatkan pemuda tanpa ada sebarang tangan tangan yang menolaknya dibelakang.Ini semua adalah satu kekuatan yang ada pada khairy tanpa apa apa pertolongan tangan tangan dibelakangnya.

Kenapa nak takut untuk berhadapan dengan khairy.Jangan jadi dayus untuk berhadapan didalam perjuangan.Contohi perjuangan khairy yang tidak takut berhadapan dengan musuh musuh politiknya walau diserang dengan berbagai cara untuk melemahkan kesetiaannya pada parti dan bangsa.

Insyaallah dengan sifat rendah diri dan tanpa ada tangan tangan yang menolaknya ,perwakilan akan dapat menilai mana permata dan kaca.