**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Saturday, March 14, 2009

TAHNIAH DR WAN NORASHIKIN

Bernama melaporkan Ketua Puteri Umno Perak Dr Wan Norashikin Wan Nordin hari ini mengumumkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Naib Ketua Puteri Umno pada pemilihan parti 24 hingga 28 Mac ini.

Beliau turut menarik diri daripada mempertahankan jawatan Exco pergerakan itu. Dr Wan Norashikin, 36, berkata keputusan berkenaan dibuat kerana beliau ingin memberi tumpuan terhadap kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang awal bulan depan.

"Saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi parlimen berkenaan," katanya kepada Bernama.

Dr Wan Norashikin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Gajah berkata beliau telah menghantar surat penarikan diri daripada bertanding kedua-dua jawatan itu kepada Umno petang Jumaat.

"Saya telah membuat pengumuman berkenaan pada mesyuarat Exco Puteri Umno sebelum menghantar surat berkenaan," katanya.

Katanya selaku Ketua Puteri Umno Negeri, tanggungjawab membantu BN memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang sudah cukup berat untuk dipikul dan beliau tidak mahu usaha itu terganggu dengan pemilihan jawatan parti.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan sokongan dan berharap mereka memahami pengorbanan yang telah saya buat...saya tetap akan bersama Puteri Umno dan memainkan peranan dalam kapasiti sedia ada," katanya.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Dr. Wan Norashikin kerana mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi.

2 comments:

perfectwater75 said...

Salam,

Dari ratusan pemimpin yang ada dalam UMNO hari ini, berapa orang yang berjiwa seperti Dr. Wan Norashikin? Dengar kata, ada puak yang akan boikot PRK Bukit Gantang kerana pemimpin mereka tak terpilih menjadi calon kali ini...betul ke? UMNO tak serik nak kalah lagi ke?

Salam Ziarah!
thx!

Tai said...

Ha, bagoih tu. Inilah contoh sorang peminpin.