**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Sunday, March 1, 2009

"BUMIPUTERAISME = APARTEID" BIADAP

SEREMBAN 28 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar aparteid adalah biadab.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan Cheng Hau tidak ubah seperti individu yang dangkal pemikirannya, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

‘‘Dia tahu ke apa itu aparteid. Kalau aparteid, hendak masuk ke bilik air pun tidak boleh. Naik bas, ke sekolah, bergaul dengan masyarakat, hendak dapatkan kerja semuanya tidak boleh. Peluang pun tidak ada.

‘‘Adakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang digubal oleh pakar-pakar pelbagai kaum hendak disamakan dengan aparteid,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti) di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Pekerti, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, Pegawai Kewangan Negeri dan Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman.

Sehubungan itu kata Mohamad, amat wajar Cheng Hau memohon maaf kerana kata-kata berselindung di sebalik imuniti dalam Dewan Undangan Negeri boleh juga didengar oleh rakyat.

‘‘Kita sudah terlalu payah menyatupadukan rakyat sejak 52 tahun lalu dan kita sudah bina penyatuan yang baik. Jadi ingatlah, kalau hendak jadi pembangkang, jadilah yang baik,” katanya.

Sementara itu dalam majlis berkenaan Mohamad turut menyampaikan sumbangan untuk tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan lslamic Relief Malaysia (IRM).

Sumbangan sebanyak RM15,000 itu disampaikan bagi pihak Pekerti dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) cawangan Negeri Sembilan sebanyak RM8,000.

Sumbangan diterima oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

~Utusan

3 comments:

Cheguman said...

Melihat pada kenyataan Dr Boon Cheng Hau itu, orang ramai akan menuduh beliau bodoh@bangang kerana gagal memahami istilah aparteid. Namun, takkanlah seorang yang bodoh boleh menjadi doktor. Ertinya beliau bukanlah bodoh sebaliknya beliau cuba mengambil kesempatan atas kelemahan orang Melayu yang masih enggan bersatu.

Sebenarnya cubaan provokasi ini bukan baru. Pada masa TDM menjadi PM dulupun dah ada. Tapi TDM tahu bagaimana nak mengatasi hal begini. Kunci kekuatan orang Melayu ketika itu ialah majoriti menyokong UMNO.

Anonymous said...

Nama aje Dr.Tapi Dr Boo(doh) ni bodoh sikit,tak tahu apa beza apartheid dan affirmative action

Anonymous said...

Aku kalau orang cakap kita ada apartheid,senang aje,aku bawa dia shopping,lepas tu ake suruh dia tengok cari kedai 2 Melayu atau India,memas jelas minimum ,itu pun kalau ada.

Ada Chinese yang memang suka memburukan nama Malaysia especially semasa kat luar negeri.