Di fahamkan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah pada jam 3.00 petang ini berhubung isu perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) V Arumugam.
ADUN berkenaan yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah dikatakan tidak dapat dihubungi sejak beberapa hari lalu. Desas- desus mengenai perletakan jawatan ADUN berkenaan telah berlegar sejak seminggu yang lalu.
Ada yang menyatakan beliau juga akan meninggalkan PKR bagi menyertai BN. Bagaimanapun, MB Kedah yang akan mengadap Sultan Kedah dikatakan akan membawa surat perletakan jawatan Arumugam yang dipercayai surat yang telah ditandatangani selepas pilihan raya umum lalu sama seperti surat tidak bertarikh ADUN Behrang dan Changkat Jering di Perak.

2 comments:
satu lagi keruntuhan kerajaan Pakatan Rapuh akan berlaku??
kita tunggu...
selepas pilihanraya permatang pauh dan kuala terengganu, saya tak harap lagi kalau kerusi di bkt gantang dan selambau tu BN dpt sbbnya... malas nak cita dah. puak yg "org lain buat tak boleh tapi dia buat boleh" ni penat dah nak ckp.
tapi kita tak boleh putus asa.
Post a Comment