**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Sunday, February 1, 2009

DUA ADUN PKR PERAK LETAK JAWATAN

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak."Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok/Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.

~Malaysiakini

Persoalannya, dua Exco PKR itu belum ditemui, jadi siapa yang menyerahkan surat berkenaan. Difahamkan surat itu adalah surat 'aku janji' tidak lompat parti yang ditandatangani oleh semua ADUN PKR,PAS dan DAP sebelum dilantik pegang jawatan.

Adakah surat tersebut sah di sisi undang-undang?. Kita tunggu maklumbalas daripada pakar-pakar perundangan.

4 comments:

Anonymous said...

salam...

kita jgn cepat melatah, biarkan Anwar seorg saje yg melatah..

Anwar pakar "main belakang", jadi petang tadi dia suruh Yg DiPertua Dewan Perak umum terima surat perletakn jwtn dari Yb Jamal & Yb Kpt[B] Osman.

Sebenarnya mereka keluarkan surat AkurJanji yg semua Yb2 dipaksa tandatgn tanpa tarikh bila kecoh2 ada Yb DAP nak lompat lama dulu.., surat yg nyatakan kalau keluar parti maknanya letak jwtn & kosong kerusi DUN..

Jgn risau, SPR akan panggil kedua2 Yb tu dan tanya apakah mereka benar2 letak jwtn..??

Yg Dipertua Speaker Dewan pun mungkin akan kantoi sbb menipu. dia kata terima surat dari kedua2 Yb petang tadi.., mana mungkin? MB kata dua2 Yb dah "hilang", mcm mane pulak nanti kalau kedua2 Yb tu buktikan alibi mereka tidak berada di Perak, dan surat tu mereka "dipaksa" tandatgn lama dulu...

red rooster said...

Walaupun situasi ini adalah ke arah menguntungkan BN (jika bekas ADUN ini menyertai Umno)dan mengembalikan sedikit moral setelah kes ADUN Bota, namun saya berpendapat perkembangan ini amat tidak sihat untuk diamalkan dalam politik M'sia. Ia bukan amalan yang bermoral. Lompat parti adalah suatu 'pengkhianatan', bukan hanya kpd parti asal, tetapi yang lebih penting ialah kpd amanah yg telah diberikan oleh pengundi.
Apa pendapat sdri???

Unknown said...

Kalau boleh lompat parti tentu mereka memilih untuk melompat ke parti BN. Kalau boleh lompat, tak payah susah-susah buat pilihanraya kecil.

ROSHATIKA said...

red rooster,

Undang-undang kita membenarkan lompat parti walaupun dari segi moralnya tidak.

Walaubagaimanapun pada pandangan saya tindakan ADUN-ADUN ini adalah tanda ketidakpercayaan kepada kerajaan PR.

Jadi jalan terbaik adalah MB Nizar sepatutnya bubarkan DUN dan mengembalikan mandat kepada rakyat.

T. kasih